Tuesday, October 14, 2014

Mimpi Ntah Apa-apa!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Baru hari ini ada keinginan untuk update blog. Lately, badan tak berapa nak sihat. Mencari punca tetapi tidak jumpa. Mudahan Allah permudahkan. 'LaIlaHaillaAntaSubhaNakaInnikuntuMinazzolimin' .amin

Semalam tertidur awal, sangat awal, kononnya nak teman encik suami yang tengah sakit kepala sahaja, kot-kot encik suami nak air ke ubat ke kan, tapi atlast, cx pun kelaut, tidur. haha  Apa yang tak bestnya terbangun gara-gara bermimpi.

credit to cwibo.files

Memang mimpi itu mainan tidur tetapi kadang kala ianya menjerat hati, perasaan dan emosi kita apabila teringat semula.  Cx mimpi apa? Haa, tak perlu cx mention dekat sini sebab yang membaca bukan seorang, tak memasal cx dapat tukang tafsir mimpi tak bertauliah pula. huhu *Jangan marah haaa 

Okaylah cx bagi contoh mimpi yang lain ya. Pernah cx mimpi hantu dok kejar cx dan hantu itu menjelma melalui gigi cx. Ntah apa-apa sahajalah mimpi cx. Paling cx pelik bila ada mimpi yang story dia tiada kena mengena langsung dengan watak-watak yang ada dalam mimpi. Bila fikir semula, rasa sangat tak boleh blah. =.=' Okaylah, itu sahaja nak kongsi. Babai.

Mudahan Berhasil
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

10 comments:

Mar Mansor said...

tula CX..tido tak basuh kaki ni..hehe

CXopportunities said...

hahhahaha sis mar ni . tak baik tau ;p

Amy J said...

saya kalau penat, kompem mimpi -.- kadang2 tu smpai takut nak tidur balik.

xpe, xyah cerita. lagi2 kalau mimpi buruk, lagi x elok cerita kan ^^,

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Masa kecik, saya selalu mimpi hantu.
Mimpi tu pulak sama setiap kali.
Dalam mimpi tu saya akan menjerit, tapi x kluar suara.

YaNg AyEsHa said...

baru mimpi entah apa-apa jugak malam tadi gara2 tido dalam gelap sorg2..roommate x de..kih3

Engku Muzahadin said...

Muz kalau ada benda tak elok nak jadi kekadang dpt petunjuk drpd mimpi, tak taulah kebetulan ke apa, tp mmg slalu mcm tu, sama mcm Mak. Tapi seram pon ada bila dpt mimpi mcm tu.

ary_lee said...

hantu kluar ikut celah gigi. Haha. Comel.

Cx tak sihat+husband sakit kepala = pregnant kot? cer cek.

CXopportunities said...

memandai je ary lee ni. ;)

CT Humairah said...

letih sangat kot CX sampai mcm tu sekali mimpinya.. CT pun penah mimpi pelik pelik gak.. and mimpi yang buat rasa tanak bangun tido pun penah jugak :P

Jazz Lover said...

Ui, takutnya.