Friday, October 10, 2014

PTPTN: Tuntutan Hutang, Belum Bekerja

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to BH Online
Macam-macam isu sekarang ini. Menjadi lebih rumit apabila PTPTN mengeluarkan kata putus tiga bulan untuk peminjam membayar semula pinjaman, ditujukan khas buat peminjam yang langsung tidak pernah membuat bayaran. 

Memang benar hutang perlu dibayar namun bagi graduan yang masih belum dapat kerja, bagaimana untuk melangsaikan hutang piutang dalam tempoh sesingkat itu? Nak bayar pakai apa? Air Liur? *GelengKepala

Siapa sahaja yang tidak mahu bayar hutang? Perit azabnya kalau hutang tak dibayar. Allah! Bagaimana nak bayar kalau kerja pun susah dapat? Bagaimana nak kerja kalau tempoh perkhidmatan ditingkatkan sehingga umur tujuh puluh tahun? Bagaimana nak bayar kalau barang dan minyak harian harganya naik dengan gaji myr900 sebulan? Komitmen lain? Bujang dengan bayaran motor kereta lagi, yang bekerluarga? Komitmen anak bini lagi, rumah sewa lagi, kereta, api air? Allahuakhbar! *sekadar luahan pendapat.

*La IlaHaillaAnta Subhanaka Inni KuntuMinazzolimin.

May Allah ease
lahirkanlah keikhlasan dihatimu. 

7 comments:

Khai♥Rin : anies said...

brg kali yg belum dpt pekerjaan dikecualikan (diberi tempoh) tp yg masalahnya da keje berthn2 gaji bertimbun2 tp x byr blk... mmg ptt la kn CRISS

Nurashikin ZA a.k.a NAZECK said...

Alamak.
Kesian..nak bayar pakai apa kan?
Try bayar sikit kott..at least masuk rekod dari xde lgsg.
Ada family member yang pernah kene tahan masa kat airport sebab x bayar ptptn.
Lgsg burn tiket flight.

Nurul Aini said...

Itulah, sedihlah gitu. Kita ni nak cari kerja pun susah sekarang, bukan memilih. Sekarang pun kerja main tangkap muat je. Alahai! Memang target dpt kerja tetap nak bayar PTPTN. Takut kan hutang, tak lena dan tak tenteram.

Mas Zull said...

assalamualaikum CX...eloklah cpt2 bayarkn kalau x susah nanti...;)

Mar Mansor said...

ramai yang taknak bayar..
kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
pakai kete besar boleh..loan ptptn taknk bayar..bayar sikit pon ok ler..huhu..
kalo pendapatan kecik & belum kerja tu perlukan consider

Engku Muzahadin said...

Kan? Mcm manalah nak bayar, sedangkan mcm2 benda lagi nak kena bayar dgn gaji yg tak seberapa. Menyesal ambik ptptn dulu... Huhu

CT Humairah said...

nasib lah pemuda pemuda negara kena layan macam ni. then kasilah kami kerja.. ni kalau tak ada pengalaman tanak hire macam mana.. tapi syukur CT dapat tajaan mara jadi tak perlu rasa bebanan ptptn..

tp CX.. CT ada sorang kawan yang x penah banjekan wang pinjaman secara sia-sia. kalau tngk dia ya Allah zuhudnye lahai kawan aku ni. tapi semua cukup. laptop handphone semua ada and dia x kecoh nak tukar tukar snetiasa. dia jimat and bila habis belajar.. suku duit yg tersimpan terus dia bayar balik. huurm..