Wednesday, November 5, 2014

Kes Pencuri Dib*g*lkan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kini tersebar kes seorang pencuri motor yang dib*g*lkan penduduk. Alahai. apa jua kesalahan yang dilakukan, korang tak boleh hukum dia macam itu. Korang dah dikira mengaibkan dia. Maruah kot. 

Sekarang orang kita pun suka sangat dah meniru style orang luar dengan memb*g*lkan pesalah. Fikirlah eh, kalau kita buat salah, agama Allah telah tetapkan hukuman yang setimpal, undang-undang dunia pun ada hukuman yang sepatutnya untuk pesalah. Korang rujuk balik undang-undang Allah dan dunia, ada ke pesalah mesti dib*g*lkan?

credited
Maaflah ya, mana letak akal fikiran yang Allah pinjamkan? Janganlah hukum orang lain sesuka hati. Pesalah pun ada hati dan perasaan, ada maruah. Paling terkilan adalah yang buat itu orang melayu islam kita. Allahuakhbar! Cx tak menyebelahi pesalah, memang benar dia salah sebab nak mencuri tetapi hukuman korang itu patutkah?

Cuba bayangkan pesalah itu adalah darah daging korang? Dapat malu mencuri dah satu hal. Malu dib*g*lkan? Allahuakhbar. Ampunilah dosa-dosa mereka. Amin.

Ini sekadar pendapat cx ya kawan-kawan. Harapnya, janganlah hukum orang sesuka hati lagi selepas ini. Hantar sahajalah ke balai, biar undang-undang buat kerja. Habis cerita. 

Tak Patut Sungguh!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

9 comments:

Yumida Huda said...

ada kes lamak lam berita dolok. tertuduh tek ditangkap sidak, lepas ditumbuk sampei mati. bila disiasat rupanya tek org ya x salah. nang tolen2 mati percuma jak. dah la org ya ada anak bini. org nak belasah ya tek kenak jel. nang padan muka. suka gilak nak molah undang2 dikpun.

CXopportunities said...

Ya Allah kesiannya sampai mati. Mane pergi iman dalam diri diorang? *sigh

Lulu Caldina said...

itulah lulu nak tengok pun tak sanggup.. mesti dia malu sangat :(

Deanna Morni said...

hmmmm...rasa xperlu kot sampe macam ya...aib bahh...xsanggup mek nangga...(-_-)

YaNg AyEsHa said...

terkejut tgok gmbr tu smlm..masalahnya yg buat macam tu mereka yang pergi ke masjid, baru lepas solat..apakah pergi masjid sekadar menunjuk dan rasa diri dah bagus sebab tu rasa hebat bila dapat bogelkan orang macam tu?

CXopportunities said...

itulah masalah org kite

Jazz Lover said...

Mun setakat belasah ya, mungkin owg dah geram gilak kali. Kedak sik da keja lain. Tapi bab2 pesik baju ya nang sik patut2.

ros_reeza said...

ada juga baca di fb tentang kes ni. macam macam pula yg berlaku sekarang ni ye.

CT Humairah said...

betul betul.. CT pun ade tengok. dahla send kat whatsapp isk isk.. gambar cemtu tersebar. bayangkan perasaan dia.