Monday, November 3, 2014

Resepi Capati Homemade by Cx

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai hai hai. Apa khabar semua? Amboi seronok aih aok sume orang pahang cuti ye. Tahniah tahniah pasukan aok menang. koi tak tengok pon bola haritu. Macam malas. muehehe. Okay, hari ini nak kongsikan cara membuat capati. Yeah! Siapa makan capati? Sila angkat tangan! 

bahan-bahan
Baik. Mula-mula sediakan bahan seperti di atas. Kalau nak makan ramai, boleh buat satu kampit tepung (30-36keping), kalau makan tak ramai, buat setengah kampit tepung (12-14keping). Bahan-bahannya adalah; *Cx biasa buat sekampit tapi kali ini setengah.

√ Tepung gandum 1/2 kampit. *Biasanya guna tepung atta tetapi cx guna gandum.
√ Minyak sapi 2 sudu besar. *Tak kisahlah jenis apa pun.
√ Air garam secukupnya. *Korang rasalah masin atau tidak. 
√ Bekas untuk menguli doh.
√Penggelek capati, Alas penggelek capati dan cooking pan memasak. Kuali pon boleh *lupa nak ambil gambar. hehe


Cara penyediaan doh;

√ Masukkan tepung dan dua (2) sudu besar minyak sapi ke dalam bekas dan gaulkan sehingga sebati. *Sebati jadinya apabila kita ramas tepung, jadinya peroi, rujuk gambar nombor satu (1).
√ Kemudian masukkan air garam ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh seperti gambar nombor dua (2).
√Setelah menjadi doh, dikehendaki menguli doh selama satu (1) jam atau satu setengah jam (1 1/2) supaya lembut. Jika guna tepung atta, tidak perlu uli lama. 
√Setelah lembut, bolehlah diceraikan menjadi bebola seperti gambar nombor tiga (3). 
√Kemudian bentukkan membulat supaya doh menjadi bulatan yang kemas dan cantik *ada tekniknya, nak ajar dekat sini macam kena buat video pula kan. hehe. So, cx suggest korang bulatkan sahaja macam bola, asalkan bulat. Hehe.


Cara masak:

√Korang mulakan menggelek doh kecil bulat tadi menjadi seperti gambar satu (1). Inilah sebabnya kenapa cx suruh buat bulatan kecil. Kan cantik tu. hehe
√Mulalah letakkan di atas cooking pan, api jangan besar, pastikan sentiasa balik-balikkan capati, kalau tidak ianya cepat hangus.

Okay. Taraaaa! Dah siap! Bolehlah lawan dengan sambal sardin contohnya, atau kari atau asam pedas atau gula pasir atau susu pekat. Haa, sedap sangat.  Huhu Selamat Mencuba! Sebarang pertanyaan boleh cari cx di facebook atau ym. kbai

All The Best SPM Candidates!
Lahirkanlah Keikhlasan di Hatimu

4 comments:

Sidratul Muntaha said...

ya Allah sedapnya
ni kalau bgi ank yg no2 mesti dia makan
dia suke roti rotian

btw..dah follow 1142
boleh singgah n follow blog kami
http://iceboxrivet.blogspot.com/
http://setotdanara.blogspot.com/
http://lapassiondemacuisine.blogspot.com/


Jazz Lover said...

Nampak menyelerakan. Dahlah cantik pulak tu. Teringin nak buat tapi tak cukup bahan pulak. Huhu.

Petak Bunga said...

Mcm senang je..kan?
Free..boleh try ni.
X pyh kembngkan.

DeAnnA said...

oohhh myyy...my peberetttt...nyummm2...sedapnyeee...heheheheh