Monday, December 29, 2014

Banjir 2014 : Temerloh Pahang Kini Tenggelam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

ihsan whatsapp group
Fenomena Alam: Banjir 2014 semakin teruk melanda. Allahuakhbar! Semakin banyak nyawa yang hilang. Semakin musnah harta benda yang ada. Semakin lemah semangat para manusia yang kehilangan orang tersayang. Allahuakhbar! "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentikanlah daripada curahan hujanmu" .. Kota Bharu kini sudah surut banjir tetapi kesan yang ditinggalkan, Allah. Sungguh banjir kali ini sangat teruk. Kini maklumat banjir di Temerloh juga semakin menjadi-jadi.  Temerloh, rumah saudara mara cx, Allah. Semoga Allah permudahkan. 

Kepada kawan-kawan yang mahu memberikan sebarang sumbangan, korang boleh salurkan ke tempat yang betul, benar dan berdaftar ya. Walaupun keadaan banjir, tetapi masih ada manusia yang tiada hati perut melakukan jenayah.  Semoga kebaikan kalian setimpal dibalas Allah dalam membantu mangsa yang terlibat. Takziah untuk semua mangsa banjir. Sabarlah sayang, Allah sedang menguji. 

Sabarlah Sayang
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

5 comments:

Iola said...

Allahuakbar..banyak negeri affected kali ini

Deanna Morni said...

Semoga mereka selamat dan bantuan smpai dengan cepat...aminnn

Mime MF said...

memang teruk sgt banjir kali ni...moga mangsa tabah...doakan terbaik bt mereka..amin..

Mas Zull said...

assalamualaikum cx...mmg teruk banjir kali ini...

CT Humairah said...

tabahkan hati mereka mereka..
Allah uji.. dapat tolong mana termampu..