Monday, December 1, 2014

Kita Tak Sama

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Manusia itu dicipta Allah berbeza
bagi setiap wataknya.
Ada masa Allah beri rezeki meruah limpahannya
Ada masa Allah tahan rezeki walau sekelumit zarah yang ada

Ada kala Allah beri permulaan itu indah belaka tanpa sebarang keringat mengalir tak terpaksa.

Ada kala permulaan itu Allah berikan keringat yang membasah diri tak terkata 

Allah itu Maha Mengetahui bagi sesuatu yang tercipta lakarannya.
Manusia pula fikirannya tak tercapai dek akal akan sesuatu yang menongkah.

Lihatlah sekeliling kita nasib mereka.
Bukan sesukanya menghujahkan hanya menurut pengalaman kita.
Allah uji kadangnya serupa namun ianya berbeza bagi setiap penerimanya.

Allah tak cipta sesuatu itu sengaja suka suka memenuhi masa.
Namun agenda Allah itu adalah kebenaran yang tak pernah kita mampu teroka.

Anggaplah nasib mereka juga nasib kita.
Anggaplah duka mereka turut kita merasa.
Anggaplah derita mereka derita kita.

Mudahkanlah keadaan
Sepertimana kemahuan kita
Cerdiklah bertindak memamah dunia
Kerna tanpa menduga apa-apa
Anggap sahajalah kita di tempat mereka.

.             .            .

Aku yang melakar sendiri dunia tanpa pengetahuan mereka.

Bukan sombong bukan menduga
Hanya sekadar membiar sahaja apa yang aku rasa kerna tak siapa memahami apa yang hidup aku melata.

Diam aku kerna sesuatu
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

2 comments:

Deanna Morni said...

sungguh mendalam maksud..moga kita lebih tabah menghadapi dugaan mendatang :)


GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA

Jane said...

Allah sebaik2 perancang...