Monday, June 30, 2014

Selamat Hari Raya di Awal Ramadhan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to wechat
Ini adalah autopublish entry.  Semalam tiba-tiba cx dapat message daripada wechat.  Alahai, ingatkan apa, rupanya wish. Bukan main awal lagi ucap selamat hari raya kan. Baru start puasa kot semalam. Cx tahulah wechat nak promosikan sticker aidilfitri dia tapi alahai, awal sangat. Hurm, tidak mengapalah, yang penting sekarang, ayuh kita rebut pahala yang banyak di bulan yang mulia ini. :) Assalammualaikum sahabat! :)

Salam AlMubarak
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Atasi Nafas Berbau Ketika Berpuasa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam Ramadhan cx ucapkan kepada semua.  Alhamdulillah hari ini hari kedua kita berpuasa.  Semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya dalam menjalani ibadah puasa.  Mari cx kongsikan kepada semua cara kita atasi nafas berbau ketika berpuasa. :)  

credit to Mr.Google
1. Berus gigi secara menyeluruh sebelum tidur dan selepas bersahur.
2. Flos gigi dan kumur dengan ubat kumur anti bakteria
3. Banyakan minum air kosong sewaktu berbuka dan bersahur.
4. Melakukan rawatan gigi serta menampal gigi berlubang.
5. Mengawal pengambilan makanan yang menyebabkan bau seperti rempah ratus, bawang putih dan sebagainya. 

Okay kawan-kawan, semoga dapat membantu :) Jangan malas-malas gosok gigi ya :) ohya, jangan pula selalu berkumur pula, boleh jatuh makruh nanti :) selamat berbuka! ehh awal sangat pula. heheh kbai.

Ramadhan bulan Mulia
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Sunday, June 29, 2014

BERKAT BERTEMU RASULULLAH SAW

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Di waktu Rasulullah saw sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: 'Ya Karim! Ya Karim!' Rasulullah saw menirunya membaca 'Ya Karim! Ya Karim!' Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: 'Ya Karim! Ya Karim!' Rasulullah saw yang berada dibelakangnya mengikuti zikirnya 'Ya Karim! Ya Karim!'

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh kebelakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: 'Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkan ku, karena aku ini adalah orang Arab Badwi? Kalaulah bukan karena ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.'

Mendengar bicara orang Badwi itu, Rasulullah saw tersenyum, lalu bertanya: 'Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?''Belum,' jawab orang itu. 'Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?' 'Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan saya membenarkan putusannya sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,' kata orang arab Badwi itu pula.

credit to Mr.Google
Rasulullah saw pun berkata kepadanya: 'Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!' Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.'Tuan ini Nabi Muhammad?!''Ya,' jawab Nabi saw. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah saw.

Melihat hal itu, Rasulullah saw menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: 'Wahai orang Arab! Janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, ALLAH mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita ancaman bagi yang mengingkarinya.'

Ketika itulah, Malaikat Jibril `alaihi salam turun membawa berita dari langit dia berkata: 'Ya Muhammad! Rabb As-Salam (puncak keselamatan) menyampaikan salam kepadamu dan bersabda: Katakanlah kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih ALLAH. Ketahuilah bahwa ALLAH akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil maupun yang besar!'. Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Orang Arab itu pula berkata: 'Demi keagungan serta kemulian ALLAH, jika ALLAH akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNYA!' kata orang Arab badwi itu. 'Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan ALLAH?' Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika ALLAH akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa besar maghfirahNYA,' jawab orang itu. 'Jika DIA memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunanNYA. Jika DIA memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawananNYA!'.

Mendengar ucapan orang Arab Badwi itu, maka Rasulullah saw pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab Badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril `alaihi salam turun lagi seraya berkata: 'Ya Muhammad! Rabb As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sungguh karena tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Nah katakan kepada temanmu itu, bahwa ALLAH tak akan menghisab dirinya, juga tak akan memperhitungkan kemaksiatannya. ALLAH sudah mengampuni semua kesalahannya dan ia akan menjadi temanmu di surga nanti!' Betapa sukanya orang Arab Badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. Ia lalu menangis karena tidak berdaya menahan keharuan dirinya. - Petikan daripada buku Aku sanggup duhai Muhammad SAW.

Alhamdulillah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Credit to Mahabbah
Salam Ramadhan cx ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger dan para pembaca.  Kesempatan ini, cx ingin mohon ampun dan maaf seandainya cx tersalah kongsi atau ada salah silap yang cx tak perasan. Harap tiada yang simpan ya. Jika ingin luahkan sebarang kata-kata yang tersemat dihati, boleh terus hubungi cx melalui cxopportunities@yahoo.com ya semua.  Minta halal setiap ilmu yang dikongsi ya :) Salam Ramadhan! Selamat berteraweh semua! Ayuh menuju ke jalan yang diredhai Allah. InShaaAllah. :)

Alhamdulillah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Friday, June 27, 2014

Kini Tercapai!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua, pejam celik, esok tibalah hari yang dinanti oleh umat Islam. Tibalah hari untuk kita mengerjakan ibadah puasa. Selamat berterawih pada malam esok ya kawan-kawan. Jangan tak puasa ya semua! Jangan puasa 'yang yok' pula. hehe. Hari ini entry saja-saja.  Sebenarnya cx tiada benda yang hendak dilakukan lagi di rumah apabila semua telah cx siapkan. Memandangkan cx bosan, makanya cx memberi tumpuan kepada pou_cx. hik3. Apa yang cx nak kongsi disini adalah, game pou. Cx suka sangat main game dekat pou sebab nak kumpul duit banyak-banyak untuk beli baju pou. Semangat sungguhkan? 


Nampak tak? Inilah game yang cx main. Hehe. Hoops namanya :)  Cx pada mulanya tak reti langsung nak main tapi husband cx teror betul. Jeles. huhu. Makanya, bermatlamat jugalah cx nak kalahkan high score suami cx. hehe.  Orang putih cakap 'practice make perfect' ... aicewah. ;) Akhirnya, keputusannya adalah seperti di bawah. hehe. yeah!


Okay kawan-kawan. Ini bukan entry berlagak mendabik dada okay. Baiklah, walaupun score cx ini tidak mampu melawan pou yang lain, tetapi sekurang-kurangnya mencapai target cx untuk kalahkan score husband cx. hehe. Akhirnya! Cx berjaya! hehe.  :) Senyum selalu, gembirakan jiwa, bersihkan hati dan manjakan diri. ehh! haha kbai

Salam Ramadhan!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Thursday, June 26, 2014

Wechat dan Sticker Aidilfitri

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Siapa ada wechat? Cx pasti ramai dikalangan blogger mempunyai akaun wechat.  Wechat ini ada baik dan ada buruknya namun itu semua bukan persoalan.  Menjadi fokus cx sekarang adalah sticker baru wechat.  Amboi bukan main awal lagi wechat keluarkan sticker aidilfitri. Puasa pun belum lagi. Excited sungguh. huhu. okaylah, korang dah tengok belum sticker baru tu? cx siap download uols. Haha, nak kata wechat excited, padahal cx pon sama dua kali lima. hahah. kbai.

credit to Wechat

salam ramadhan
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, June 25, 2014

Masak di Atas Muka Jalanraya!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Sambil-sambil tengok Temptation of Wife tadi, sempat juga cx dapat information ini daripada perkongsian kawan cx. Kalau diikutkan cuaca dan suhu dekat Malaysia ini, mesti korang semua pun tahu tahap kepanasan sekarang macam manakan? Bayangkan duduk dalam rumah yang berkipas pun boleh berpeluh macam baru lepas main futsal. Betul tak? Okay, cx nak korang tengok video yang cx akan kongsikan pada korang. 

klik gambar untuk tengok video
Nampak tak? Ini bukan propa okay. Korang boleh tengok sendiri video ini dengan hanya klik gambar di atas ya. Cx sudah pun linkkan.  Kepanasan melampau sehingga mencecah 46 darjah celcius. Boleh bayangkan tak betapa panasnya?  Video tersebut bukan hanya tunjuk masak telur sahaja okay, Siap buka gerai lagi. Korang tengoklah sendiri, cx nak cerita pun macam tak berapa nak percayakan? Haha. 

boleh masak udang uolls.
Baiklah kawan-kawan, jangan lupa tekan gambar masak telur di atas untuk tengok video sebenar ya :) Cx hanya mampu berdoa agar Allah pulihkan semula keadaan bumi dengan dilimpahi hujan dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau agar tidak lagi panas. Sekarang ini pun suhu Malaysia agak tinggi memandangkan pakar turut menyatakan bahawa bumi kita akan kepanasan selama 18 bulan. Allahuakhbar! Semoga Allah pulihkan bumi kita. Amin.

Sayangilah Bumi Kita
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tuesday, June 24, 2014

Surah Kesukaan Nabi s.a.w

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Selamat pagi semua! :) Apa khabar? Semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya. Awal pagi ini, cx nak kongsikan surah kesukaan Nabi Muhammad s.a.w.. Memandangkan pagi tadi cx berkesempatan menonton Tanyalah Ustaz di tv9, jadi cx nak kongsi kepada semua agar sama-sama mendapat manfaatnya. InShaaAllah :)

Credit to Mr.Google
Antara surah yang disukai Nabi Muhammad s.a.w adalah Surah Al-Mulk, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Zalzalah, Surah Al-Kafirun dan Surah Al-Fathi.  Makluman semua, Surah Al-Ikhlas merupakan surah yang umpamanya mendapat 1/3 pahala khatam Al-Quran, makanya kata Ustaz tadi, bacalah sehingga genap pahala khatam.  Allahuakhbar!. Mudahnya Allah bagi kita untuk dapat pahalakan kawan-kawan? :) Manakala Surah al-Zalzalah dan surah Al-Kafirun pula pahala adalah 1/4.  Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang ya korang :) 

Ayuh! Rebut Pahala
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, June 23, 2014

Comment Box Cx Hilang!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Okay, selamat petang semua! Sekarang ini sibuk tentang system blog yang mungkin mempunyai masalah apabila bahagian untuk kita reading list all blogs hanya menunjukkan 'view more' tetapi apabila ditekan, tiada kesan langsung. Masalah system  lah tu kot.  Cx harap nanti ianya kembali normallahkan sebab susah nak blogwalking. Tetapi lain pula masalah yang dihadapi cx. Alahai since 20/6 haritu, baru semalam perasan, itupun setelah ditegur oleh blogger Ary_Lee. Terima kasih sangat. Tak tidur malam dibuatnya apabila kotak komen tak keluar dekat entry. Sedih!

Siapa yang tidak sedihkan apabila kotak komen tiada.  Benda paling penting bagi seorang blogger kot.  Patutlah tiada komen masuk padahal cx blogwalking bagai rak.  Peliklahkan? Memang tak tidur malam semalam, cx mencari apa sebab utama. Akhirnya dekat jam lima pagi, cx jumpa punca utama. Ya Allah!!! rasa nak nangis tahu tak? Alhamdulillah sangat-sangat. Rupanya, bahagian options dah tukar jadi 'hide'. Boleh rujuk gambar. Alhamdulillah, selepas betulkan sahaja, berduyun komen masuk, Okay cx tipu, takdelah berduyun. hehe. Happy sangat okay. Betul-betul buat cx rasa nak nangis. Syukur Ya Allah :').

Syukur Sangat
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Alhamdulillah. Terima Kasih.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Cx sangat bersyukur dengan kurniaan Allah dalam kehidupan cx. Apa yang cx minta, telah Allah makbulkan pada 18/06/2014 kelmarin. Alhamdulillah sangat :) Sangat-sangat bersyukur ke hadrat Allah Taala. Rasa sangat tenang sekarang. Tenang setenang-tenangnya. Alhamdulillah :)

Credit to: Mr.Google
Apa yang cx nak cakap dekat sini, cx jenis yang sangat menyayangi orang yang cx kenal. Tidak kira sejauh mana perkenalan yang berlaku, cx memang tetapkan dan terapkan kasih sayang bagi setiap satunya. Cuma jangan silap langkah, lain jadinya. :) Cx cuma berharap agar, Allah dengar lagi dan terima lagi permintaan cx ini. Mudahan Allah makbulkan dan jangan lupa doakan agar Allah terima permintaan cx ini ya :)

Alhamdulillah Syukur
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Sunday, June 22, 2014

blogwalking SEBELUM puasa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

http://www.ayuinsyirah.my/2014/06/segmen-blogwalking-sebelum-puasa.html
Click HERE to join
Tamat:
28/6/2014 : 2200

marilah sokong!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

GiveAway Contest MasyghulOnline: Pelikat Pants

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Click HERE to join
Cx layak untuk memenangi hadiah utama kerana cx seikhlas hati support segmen awak walaupun tak dapat jemputan dan cx tak mengira siapapun blogger even newbie yang membuat segmen, cx pasti join. Terutama yang syarat utama mereka simple dan tidak menyusahkan peserta. huhu.

Tamat:
8 Julai 2014 : 23:59

mari join!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Thursday, June 19, 2014

Siapa ada Resdung? Cx ada Ubatnya! :)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Siapa ada resdung? Sila angkat tangan!! Haa, cx nak kongsikan kepada kawan-kawan semua.  Memandangkan cx juga ada resdung yang tahapnya boleh tahan teruk juga, makanya cx nak kongsikan apa yang cx makan sehinggakan resdung cx Alhamdulillh sedikit demi sedikit pulih :) Cx tak tipu, penawar ini sangat bagus dengan izin Allah. :) Korang boleh baca sendiri testimoni cx di bawah. 

sila zoom untuk pemandangan yang lebih meluas. hehe
Makluman semua, cx baru makan untuk 15 hari sahaja okay sebab cx nak cuba half pack sahaja waktu itu tetapi kesannya sangat memuaskan. Cx boleh jamin pada semua kawan-kawan dengan izin Allah :) Korang boleh cubalah okay! :) Tak rugi langsung tetapi setiap orang kesannya bergamtung kepada badan masing-masing. :) InShaaAllah. Nak tahu apa produknya? Sila tengok gambar seterusnya ya. :)

klik jangan tak klik ya :)
Kepada sesiapa yang nak beli, korang boleh terus hubungi Puan Aimi ditalian +60 19-363 3478 atau korang boleh add beliau melalui facebook beliau di SINI  untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan. :) 

Ayuh kembalikan kesihatan kita
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, June 18, 2014

#June18: Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


akan datang
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tuesday, June 17, 2014

Blog Reviews : Is It Yours? :) [June16]

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click header
hai semua! dah lama rasanya cx tak buat blog review ini kan? huhu. okay, kali ini cx suka header blogger lieya ini. Kenapa? Macam biasa, cx suka benda yang colorful. Yalah, setiap orang lain-lain citarasakan? Cx suka sangat benda kecil-kecil warna-warni di header lieya ni. Gula-gula kan kalau tak silap? huhu. Okay, nak tahu siapa lieya? Korang boleh terjah!! :) kbai.

warnailah kehidupan kita
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Internet Main Cak-Cak!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Sedang kusyuk cx blogwalking dan kemaskini blog, tiba-tiba sahaja unable to connect to the internet. Eh! eh! terkejut cx. Cx cuba refresh banyak kali tapi masih unable. Then cx tengok sign internet di lappy, haaa ada tanda seru. Makanya memang line sedang sengaja kenakan cx. fuhh. Akhirnya, cx off internet supaya ianya kembali normal dan taraaaaa~ cx dah dapat update entry ini. hik3. Okaylah. Tata! :)

bersangka baik jom!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Lipstick Pencerah Bibir Gelap [Collagen D'Herbs]

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Apa khabar semua? Cx lambat pula nak update blog hari ini. Cx actually dah lama nak update tentang gincu bibir ini tetapi asyiklah tak jadi. *padahal terlupa. hihi Semakin hari berlalu, tiba-tiba ada seorang blogger bertanya melalui komen di entry Cara Mencerahkan Bibir Gelap. Sebenarnya memang nak update selepas cx update entry tersebut tetapi setahun telah berlalu. haha. 

Click photo to grow it up
Cx pun tidak terkecuali mencuba lipstick ini. Setelah setahun cx menggunakannya, Alhamdulillah, positif. Tetapi perlu digunakan secara keraplah. Lipstick ini apabila kita apply di bibir, automatically bibir kita akan bertukar merah mengikut warna darah kita. Selepas pakai, bibir akan jadi lembut, mulus, segar dan cantik. Seriously cx tak tipu. Korang boleh cuba sendiri. Sekali oles boleh mengekalkan sehingga berjam-jam lamanya. :) 

Packaging baru.
Kepada blogger yang bertanya, lipstick ini boleh dibeli di kedai yang ada jual jamu-jamu atau pun pergi sahaja ke kedai Orang Kampung. Atau boleh click SINI.  Harga hanya RM25.00 sahaja untuk Semenanjung dan RM27.00 untuk Sabah Sarawak. :)

Hargai Pinjaman Allah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, June 16, 2014

Permintaan Pelik Pasukan Bola FiFa 2014

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

-sumber-
Menjelang Fifa world cup 2014 kali ini, cx tetiba terjumpa permintaan pelik pasukan-pasukan fifa kali ini.  Apa yang menarik perhatian cx adalah daripaa pasukan Algeria. Korang nampak apa yang diminta? Haa, menarik kan? Anyway, korang sokong pasukan apa tahun ini? Agak-agak siapa menang ya? Huhu. kbai

Manfaatkanlah yang Baik
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Nasibah Khushairy , Kasih Lestari Abadi , Nor Farihan Ayob , Nannie Isa , dan yangbaik .


mudahan murah rezeki
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Cara 'Hide' Last Seen Whatsapp

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Memandangkan ramai yang kecoh sangat nak bergaduh pasal last seen whatsapp, tak nak online whatsapp sebab takut boyfriend girlfriend detect last seen. Maka dengan itu, mari cx ajar korang. Ramai tanya macam manalah nak hilangkan last seen ni? Senang sahaja tetapi korang perlu tahulah serba serbi tentangnya ya. Jom!

1. Masuk Whatsapp dan Cari ''Setting"
2. Apabila dah masuk ''Setting'' , Cari ''Account''
3. Then, ''Privacy"
4. Next, Carilah "Last Seen"
5. Korang pilihlah "Nobody"
Okay siap! Makluman, apabila korang sudah setting 'nobody' , automatically orang lain memang tidak akan boleh nampak 'last seen' korang. Tetapi korang juga tidak akan nampak last seen orang lain atau lebih senang sesiapa pun.  Cuma ''online'' status sahaja yang akan boleh dilihat dengan nyata :)) Faham tak? hehe. Okaylah, next time cx update new entry kelebihan dan kelemahan last seen ini daripada pengalaman cx sendiri. Okaylah. Babai.

Selamat Mencuba
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Sunday, June 15, 2014

'GIVEAWAY SAJE-SAJE'

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click HERE!
GIVEAWAY TAMAT PADA 18 JUN 2014

Hope ada luck! ;p
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Saturday, June 14, 2014

Juara Idola Kecil Ultra [2014]

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Siapa yang follow Idola Kecil Ultra ini? Cx di awal-awalnya cx follow lah tetapi tengah-tengah dah tak follow. Tahu-tahu sahaja dah final malam ini. Korang macam mana? Jika dulu Id 1, 2, 3, 4 cx follow, Id 5 dan 6 tidak sebab komitmen tersendiri. Aicewah. Padahal tiada masa pergi honeymoon. Hahaha! ehh tidaklah. cx main-main sahaja. Okay sekarang cx perkenalkan juara Idola Kecil Ultra musim pertama ini. Beliau adalah Daniel!! 
Daniel
Anugerah Paling popular Idola Kecil Ultra pula jatuh kepada adik Azzam! yeah! dulu pun dia juga yang popular. huhu. Tahniahlah dik! :) 

Azzam Syam
Tahniah dik! :) Memang the best among the best! Bertuahnya adik ini apabila terikat contract album selama setahun dan wang tunai RM30 ribu ringgit. Siapa tak mahu kan? Okaylah, all the best dear for your future! :)) Cx actually suka wada tapi wada takde rezeki nak ke final. huhu. Mungkin rezeki dia di tempat lain. Siapa tahukan? :)

Tahniah Semua!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Dunia Nyata

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Credit to Mr.Google
Hai semua! Apa khabar? Selamat berhujung minggu! Cx sambil tengok Idola Kecil Ultra, sambil update blog.  Dalam kesibukan hidup kita, pernah tak kita duduk sendiri dan fikirkan semula apa yang kita pernah buat sepanjang hidup kita? Muhasabah dirilah senangkan. 

Pada cx, setiap orang ada buat salah dan silap namun tak semuanya ikhlas dalam penyesalan mereka. Jika hanya melibatkan diri sendiri dengan Allah, itu hak mereka tetapi yang tidak boleh diterima adalah apabila khilaf itu dilakukan melibatkan orang lain.  Contoh terbaik macam dalam gambar di ataslah. Sibuk sangat canang aib orang lain kepada orang lain.  Bahagia pula tu buat benda macam tu. Hurm. Susahlah nak cakap. Okaylah bai. Nak sambung tengok Idola Kecil Ultra. Tata!

jadi orang biar bergelar insan
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mialiana.com

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 14 Jun 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Senang dan mudah bukan?

    12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2014.

    tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

    bersegmen di hujung minggu
    lahirkanlah keikhlasan dihatimu

    Friday, June 13, 2014

    Sunnah Rasulullah s.a.w

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    sumber
    Suka tengok moment sebegini? Seronok rasanyakan apabila di saat selepas akad nikah, sesi membatalkan air sembahyang,  suami  melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w dengan meletakkan tangan di atas ubun kita sambil membacakan doa yang maksudnya; 

    “Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya''. [Abu Daud, Ibn Majah - Hadis Sahih]

    Allahuakhbar. :) Kepada bakal pengantin baru, korang jangan lupa dan terlepas peluang untuk aplikasikan sunnah Rasulullah s.a.w ini ya. Lebih sempurna apabila dikerjakan solat sunat secara berjemaah bersama suami atau isteri. Mudahan perkahwinan kita diberkati, disayangi, dilindungi dan dirahmati Allah. In Shaa Allah. Amin :)) 

    Selamat Pengantin Baru
    lahirkanlah keikhlasan dihatimu

    Cara Block Game di Facebook

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    Apa khabar sahabat semua? Aik? Cx muncul lagi? hahah. Semalam beriya cakap jumaat sabtu dan ahad untuk berehat. huhu Alahai kawan-kawan, cx terajin dan idea datang mencurah-curah secara tiba-tiba. :) Tak sabar rasanya nak kongsikan kepada semua. :) 

    Memandangkan cx tak berapa nak best dengar dan orang selalu sangat update di status masing-masing tentang perkara ini, cx akhirnya mengeluarkan new entry.  Antara status mereka adalah "SILA JANGAN INVITE SAYA SEBARANG GAME. SAYA TIDAK MAIN GAME DI FACEBOOK!. TERIMA KASIH" Haa begitu caps lock lagi cx buat. haha. Okaylah, Harap sangat dapat membantu. :) Ayuh ikut steps berikut;

    1. Pergi ke 'Setting'

    2. Cari 'Blocking' di sebelah 'left side bar'
    3. Apabila dah tekan 'Blocking', ianya akan keluar senarai, cari 'Block Apps' di bahagian bawah sedikit.
    4. Apabila dah jumpa, korang bolehlah tulis game apa yang korang tidak mahu.
     Baiklah, inilah steps yang perlu kalian lakukan. Cx buat contoh sahaja okay untuk Candy Crush Saga tersebut. Jangan banned okay! huhu *Padahal ramai tanya. haha Okaylah, itu sahaja entry untuk pagi ini. Babai! :))

    Ayuh Senyumlah
    lahirkanlah keikhlasan dihatimu

    Thursday, June 12, 2014

    Cili dan Pedasnya

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    Pou CX
    Hahaha! Okay. Cx sengaja dera pou cx. Muehehe. "Siapa makan cili dialah terasa pedasnya" Ehh takde kena mengena. Kui3. Okay, Kesian pou sakit ya sayang? Alololo. Bak kata husband cx, 'aish pou ni, mengada betullah asyik bunyi nak makan je!, haaa ini makan dia!' hahaha! okay. Tetiba rindu encik husband. ehh! miahahaha. kbai.

    Cx's:
    Entry tiada motif betullah cx ni! Muehehehe. Jumpa Isnin nanti ya! Jumaat, Sabtu dan Ahad merupakan hari rehat dan waktu untuk blogwalking serta bersegmen. :))

    salam rindu sayangku
    lahirkanlah keikhlasan dihatimu

    Wednesday, June 11, 2014

    Diperbetul dan Memperbetul

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه


    ''Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik 
    walaupun hanya sekadar senyuman"

    Kehidupan kita adalah pinjaman Allah. Setiap suatu kurniaan Allah itu adalah sekadar pinjaman buat kita. Terciptanya Adam dan Hawa tidak sesempurnaNya. Kerna itu Allah ciptakan setiap hambaNya itu punyai kekurangan dan kelemahan tersendiri agar kita senantiasa beringat dan tidak mendabik dada. Tidak cukup andai mulut berbicara sekadar biasa namun hati tidak serupa yang diutara. 
    ''Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan"
    Kerna terlalu agung akan pinjaman yang Allah kurniakan, kita menjadi alpa dan leka.  Tidak dijaga segala yang dikurnia sebaiknya. Terturut kata hati dan nafsu semata. Ya! Benar tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Mengapa kita ungkapkan mutiara kata sebegini dikala kita merasa rendahnya diri kita disamping berbanding sesiapa? Kerna apa? Sekadar selingan iklan yang sementara? Ingatkah kita dulunya kita khilaf dalam bertindak, dan mengapa masih kita melakukan kekhilafan kali kedua? Dalam bentuk yang berbeza? Tidak ingatkah kita akan hukuman yang Allah turunkan? 

    Sudah terhantuk baru nak terngadahkah? Disaat orang lain simpan kemas rahasiamu, dimana keperimanusiaanmu dalam menjaga rahasia mereka? Dimana? Adakah kamu lupa akan dosa lampaumu itu sehingga kamu bermaharajalela mencela dan membuka aib orang ke serata dunia? Tanpa sedikit perasaan berdosa? Tiada hati dan perasaankah dirimu? Allahuakhbar!

    Mengapa kamu tidak pernah terfikir akan khilafmu yang suka mencanang, membuka cela dan aib orang lain kepada orang lain? Mengapa kamu rasa diri kamu lebih baik dalam menjaga maruah orang lain sedangkan kamu menghebahkan aibnya? Allah! Pernahkah kamu melihat mereka membuka sekelumit aibmu? Pernahkah?!

    Allah, Satukan Hati Kami
    lahirkanlah keikhlasan dihatimu

    #June11: Wordless Wednesday

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    Credit to Mommy Rahmah

    Anak itu Rezeki
    lahirkanlah keikhlasan dihatimu

    Tuesday, June 10, 2014

    Urutan Baiki Diri

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    selamat petang semua pembaca cx yang disayangi sangat. huhu. tak kira kalian pembaca jenis apa pun. tak sembunyi dan juga sembunyi. haha! okay. entry kali ini cx nak kongsikan apa yang cx baca dan amalkan. diharapkan dengan perkongsian ini, dapat membantu kalian juga :)

    Credit to Mr.Facebook

    Okay, sekarang kalian nampak tak gambar di atas? Jika kurang jelas, sila zoom ya. Cx dapat ilmu ini melalui pembacaan cx di ruangan sosial yang ada. Kenapa ianya dikatakan urutan baiki diri? kerana menurut sumber, sambil-sambil kita berehat dan bersantai, kita bolehlah cuba perbaiki badan kita sendiri. Jika kalian rujuk kepada grafik yang di atas, kalian boleh cuba untuk picit dan gosok bahagian-bahagian berkenaan di tapak tangan kalian. In Shaa Allah bermanfaat untuk kesihatan. Lagi elok dan baik jika sedang kita memicit dan menggosok, kita bacakan surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan tiga surah Qul.  Cx turut gabungkan pada awalnya dengan bacaan Bismillah sebanyak tujuh atau sebelas kali. In Shaa Allah. Yakin dengan kekuasaan Allah.

    Pada awalnya cx jumpa grafik ini, cx cuba buat dan Alhamdulillah. Pada cx, kita boleh atau perlu cuba dan ikhtiar apa cara sekalipun selagi tidak melanggar syarak agama.  Cx amalkan dengan niat untuk sembuhkan diri dan minta kesembuhan daripada Allah. In Shaa Allah :) . Memang ada perubahannya. Pastikan niat yang baik-baik ya kawan-kawan. 

    Sayangi diri kita
    lahirkanlah keikhlasan dihatimu

    Monday, June 9, 2014

    Ikhlas, Redha Ketentuan Allah

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

    Alhamdulillah akhirnya cx dapat kembali memanjakan jari jemari menaip papan keyboard ini. terima kasih cx ucapkan kepada semua pembaca yang masih sudi meluangkan masa membaca coretan cx yang tidak seberapa ini. maaf jika cx tidak berkesempatan blogwalking kembali. cx sangat menghargai kalian semua. ikhlas daripada hati. :)

    credit to Mr.Google
    cx tidak mempunyai masa untuk blog cx sebab cx sedang dalam proses pemulihan diri. cx mengharapkan kalian semua mendoakan cx semoga cepat sembuh. cx baru lima hari melepasi hari pembedahan tempoh hari. cx percaya setiap sesuatu yang diturunkan Allah adalah ketentuan yang paling baik untuk kita. :) cx yakin dengan ketentuan yang telah Allah tetapkan. 

    ohya, pada 8 Jun 2014 iaitu semalam merupakan hari ulang tahun blog cx yang ketiga tahun. Alhamdulillah. bukan mudah untuk menjadi seorang blogger kerana apa yang kita tulis dan kongsikan kepada pembaca adalah merupakan tanggungjawab kita sepenuhnya dunia dan akhirat. Ingat ya kawan-kawan, Allah akan hitung setiap perkongsian kita. Jika baik, Alhamdulillah. Jika sebaliknya? Allahuakhbar! okaylah kawan-kawan, jaga diri baik-baik ya. :)

    jumpa lagi!
    lahirkanlah keikhlasann dihatimu