Wednesday, July 23, 2014

Pengalaman Mengidam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai korang! Hari ini nak kongsikan pengalaman cx ketika mengidam. Haha. Siapa yang dah menjadi ibu bapa atau bakal menjadi ibu bapa, mereka lebih memahami. Mengidam ini suatu perkara yang di luar kawalan kita. Bak kata orang tua-tua, baby dalam perut yang nak sebenarnya, dan bukan ibunya. Betul tak? Tapi sometimes mengidam itu juga satu perkara yang kelakar apabila diimbau kembali. Manisnya saat itu. :)

credit to Dr.Zubaidi.com
Ada orang yang jenis mengidam simple sahaja, ada pula yang bukan-bukan. Haha, kenapa cx cakap bukan-bukan? Yalah, tiba-tiba mengidam nak makan daging unta. Kita duduk dekat Malaysia, jenuhlah suami nak cari sampai ke Arab sana. Huhu. Kalau suami kaya raya tidak mengapalah. Hehe Nyanyi sikit .. Kalau aku kaya, hari-hari hari raya, bil-bil jiran keluarga aku belanja selamba ~ Lalalalala~  Orang mengandung ini, kadang-kadang ada yang tak mengidam sangat pun tapi biasanya yang macam ini, mereka lebih terjerumus kepada berperangai pelik bin ajaib. Haha Comel sungguh! Contohnya, suka makan beras, suka bau minyak petrol, suka makan sabun. Haa, siapa nak tambah lagi? hehe

Masa cx mengidam, Alhamdulillah tak mengidam bukan-bukan. Untung Mr.Suami tak perlu cari yang pelik-pelik. :) Nak tahu cx mengidam apa? Haha, sangatlah kampung-kampung. Antara yang cx nak makan adalah peanut choc waffle, roti canai kosong, tosei, betik, dll. Haa, mudahkan? Sangatlah kampung-kampungkan? Haha. Biasanya apa yang kita idamkan itu, ianya melambangkan peribadi anak kita. Tapi tak tahulah kalau bila dah keluar, lain pula jadinya. Huhu. Cuma satu sahaja yang tak dapat makan, iaitu mangga baru masak. Rasa  manis dan bukan masam tu, buah pelam dia yang bentuk bujur dagu tu. Pernah makan tak? Huhu

Ramai orang mengidam nak makan masam-masam kan? Nak pelamlah, nak asam itulah inilah, tapi tidak bagi cx. Benda masam-masam ni langsung tak boleh masuk. Pernah juga cuba makan mangga yang tak berapa nak masam, bukan main kecur air liur lagi bila letak dekat lidah. Terus tak makan. Haha. Macam-macam ragamkan orang mengandung ni? Tapi itulah moment yang paling indah :) Syukur Alhamdulillah Allah bagi nikmat untuk merasa :) Korang bagaimana? Apa  pengalaman korang? Share sikit please ;)

Alhamdulillah Syukur Nikmat
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, July 21, 2014

Manual atau Auto?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam sejahtera semua! Pejam celik dah nak rayakan? Korang dah buat pesiapan belum? Haa, jangan lambat-lambat, nanti ada sahaja yang tidak lengkap di pagi raya pulakan? :) Semoga dipermudahkan ya semua. Entry kali ini cx nak sentuh tentang kereta. Siapa yang sudah ada lesen, pasti tahu apakah yang menjadi titik tolak sebagai pemandu. 

Cx dapat lesen P pada 08 September 2010 dengan disebabkan kedegilan cx untuk ambil juga lesen walaupun arwah abah tak bagi. Iyalahkan, anak perempuan seorang, mesti nak jaga 100%. hehe.  Tapi Alhamdulillah abah izinkan jua akhirnya, sebagai bukti, abah langsaikan baki tertunggak bayaran ketika itu. Terima kasih abah :) Korang  macam mana? Okay, seperti yang kita ketahui semua orang akan belajar menggunakan kereta manual, memerlukan kepekaan yang tinggi supaya tidak berlaku sebarang ketidakingingan.

credit to ericpetersautos dan carraplace
Cx dapat lesen pada tahun 2010, kemudian arwah abah memang tak pernah nak bagi keizinan untuk cx bawa kereta. Haha! Makanya sehingga memakan masa setahun setengah iaitu pada tahun 2012.  Arwah Abah mula sakit ketika itu. Cx tekad belajar bawa kereta namun, kereta arwah abah merupakan auto gear. Makanya dalam masa sehari, cx dah boleh bawa kereta ke bandar. Auto is easy kan? haha kerek! okay tak! Alhamdulillah cx dapat izin arwah abah. Cx ingat lagi arwah abah masa itu cakap, 'Nanti nak suruh akak belajar bawa kereta balik' .. Allah. Sayu pula hati tiba-tiba.  Semoga tenang abah di sana. Amin.

Menjadi satu ketakutan yang normal apabila sudah lama tidak bawa manual gear. Siapa cakap tak takut? Jangan tipu! Melainkan korang dah dapat lesen dan terus ada kereta. Huhu. Cx tak pernah lupa macam mana nak masuk gear manual, cuma yang menjadi ketakutan adalah ketika naik bukit dan permulaan gear satu. Takut mati enjin oii! Haha! Tapi Alhamdulillah around bulan lima 2014 kot, cx bawa manual semula. Syukur Alhamdulillah. Credit to Mr.Husband. *Beliau sibuk suruh cx up nama beliau dalam blog ini tau. Tapi memang taklah. Haha! Terima kasih abang, suamiku dunia akhirat! :) 

Uish ada lagi nak cakap ni! Belum habis! haha. Okay, bawa manual semula menggunakan kancil adalah tidak kekok langsung. Yalah, dulu belajar pun pakai kancilkan? So, no wonderlah. First try, terus  bawa kereta balik rumah uols! Masuk AMJ okay.  Haha lorat! Boooo! Kemudian, apabila dekat rumah, cx terpaksa bawa honda yang ber'cc'kan 1.8. Haa, cc kereta dah berbeza, percubaan pertama, bukan main asyik mati enjin. Haha. Drive siap tersengguk-sengguk honda macam tompok-tompok tahi unta. Haha! Tapi berkat usaha dan ketabahan *aicewah, Alhamdulillah. Dah boleh bawa seperti biasa. Syukur sangat. :) Okaylah, korang pula pengalaman bagaimana? :)

Syukur Alhamdulillah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Rentetan Peristiwa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا

Selamat pagi semua! Nampaknya sudah beberapa hari cx tidak bersua muka dengan blog ini. Alhamdulillah pageview masih positif. Terima kasih pembaca cx sekalian :). Komitmen yang ada perlu di kendong sebaiknya agar tanggungjawab tidak di persoal di akhirat kelak. InShaaAllah. Seperti yang kita semua ketahui, terlalu banyak perkara yang berlaku terhadap bumi kita. Adakah kita peka atau sekadar meleka? Peka itu tidak perlu dengan 'show off' kemata dunia, cukup sekadar jika terdetik akan rasa di hati yang kita tidak alpa.

Pertama sekali cx ucapkan takziah kepada keluarga MH17 yang meletup di sempadan Rusia.  Innalillah. Semoga waris mangsa tabah dan mangsa seagama ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di bulan yang mulia ini. InShaaAllah. Mari sama-sama kita doakan agar dalang kepada perkara ini dapat kita ketahui secepat mungkin.  Cx cuma ada sedikit pesanan, sebagai manusia biasa, tidak usahlah kita memandai-mandai dalam meneka itu dan ini. Biarlah yang bertanggungjawab melaksanakan tugas mereka sebaik mungkin. Usah menjadi pakar bidan terjun tatkala adanya musibah yang menimpa, ianya hanya memburukkan lagi keadaan. 


Alkisah kedua berkaitan saudara mara seislam kita di bumi Gaza. Allahuakhbar! Terlalu banyak kemusnahan dan kematian yang dicipta oleh pihak Yahudi. Terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan langsung! Dalam Al-Quran pun dah sebutkan? Yahudi laknatullah! Ayuh kita berdoa supaya Allah selamatkan bumi Gaza, Allah turunkan kekuatan kepada tentera Al-Qasam untuk menentang musuh laknatullah. InShaaAllah kemenangan milik Gaza kerna kita yakin, Allah akan memberi kemanangan kepada Gaza seperti yang termaktub di dalam Kalam Allah. Kita saudara seislam usahlah leka dan alpa, ayuh tadah tangan dan berdoa agar Allah percepatkan kemenangan Gaza kerna terlalu ramai anak-anak kecil menjadi mangsa Yahudi laknatullah. Allahuakhbar!

CDM25, siapa yang tidak mengetahui akan kisah yang secara tiba-tiba menjadi hits di media sosial kita yang melibatkan seluruh dunia mengecam individu tersebut.  Pada cx, benar wanita itu salah namun kita janganlah menghukum dia terlampau-lampau.  Siapa kita untuk menjatuhkan hukuman? Uncle Sim pun telah memaafkan diakan? Cuma cx terkilan, kenapa mesti pemuat naik video tersebut tergamak kongsikan hal sedemikian ke mata dunia sedangkan itu maruah bangsa mereka sendiri. Islam tidak pernah mengajar uuntuk mengaibkan orang lain tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun.  Benar mereka salah tetapi siapa punca keadaan semakin menjadi teruk sehingga mengaibkan mangsa? Fikirlah. 

Baiklah kawan-kawan, mari sama-sama kita berdoa untuk kebaikan bersama. Usah suka sangat jadi hakim tak bertauliah di media sosial. Jangan terlalu mudah mengecam orang lain umpamanya kita tidak pernah berbuat dosa.  Ingat ya kawan-kawan, apa yang kita buat pada orang, kifarah itu ada. Berhentilah agar keturunan kita tidak menjadi mangsa akan perbuatan kita. 

Salam Sayang
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, July 16, 2014

#July16: Worldless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to Mr.Google
Jujurlah dalam Beribadah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Thursday, July 10, 2014

Bahayanya Carpal Tunnel Syndrome

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai kawan-kawan. Tahukah anda apakah itu carpal tunnel syndrome ini? Haa, jangan tidak tahu ya kawan-kawan, CTS ini merupakan satu penyakit saraf yang melibatkan anggota badan kita.  Dulu  cx pernah update tentang Carpal Tunnel Syndrome : Sakit Otot pada 26/11/2011. Tapi hari ini cx nak up lagi sebab nak bagitahu bahawanya ianya bahaya. Korangkan selalu mengadu sakit atau lenguh bahagian pergelangan tangankan? Pernah tak? Jangan tipu ya awak semua. Korang tahu tak bahawa CTS ini sangat bahaya? 

mouse

CTS ini adalah keadaan di mana korang rasa sakit disebabkan pergerakan yang tidak betul berlaku secara berulang, akan mengalami rasa kebas, lenguh, sakit di bahagian tangan akibat dari tekanan saraf yang tersepit di pergelangan tangan. Contohnya, apabila korang pegang mouse komputer lama-lama, dan korang akan rasa sakit di bahagian pergelangan tangan. Korang tahu kenapa? Sebabnya cara korang pegang mouse serta kedudukan korang ketika memegang itu adalah salah. Nak tahu cara pegang yang betul? Tengok contoh gambar di atas.

Tahu kenapa cx kata bahaya? Sebabnya pesakit boleh mula hilang keupayaan dan menjadi lemah sehingga tidak mampu memegang objek, walaupun yang ringan.  Korang nak ke hilang keupayaan? Lebih menyayat hati adalah, cara penyembuhannya adalah cuma melalui pembedahan sekiranya saraf korang telah rosak teruk. Makanya kawan-kawan, sila google cara duduk menghadap komputer yang betul, cara pegang mouse yang betul, cara menaip yang betul ya. Google gambar sekali, cx taknak letak sini sebab seram. haha. Okay, Sila ambil perhatian kalau korang sayang diri korang. Cx student office management yang memang belajar pasal hal ini. So, tolong jaga diri korang okay :) Kalau sayang dekat diri sendirilah ya. Okay babai. 

Sayangilah diri anda
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, July 9, 2014

Lelong Kasut Raya!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Credit to Kak Long Mimi
Haha! Kecik hati sangat tau apabila gambar ini dikongsikan oleh Ipar cx, Kak long Mimi diruangan aplikasi whatsapp group. Masa awal-awal cx tengok, cx dah terbahak gelak. haha. Tak senonoh tau kak long bagi kasut macam ini. Haha. Okay-okay, korang dah beli kasut raya atau belum? Tahun ini jenis kasut yang macam mana pula menjadi pilihan hati? :) Jangan lambat-lambat ya, nanti tidak ada pula kasut raya tahun ini dan bolehlah kot try kasut raya atas ini. huhu . Just kidding! kbai!! ;p

Jangan Marah Haa
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

#July09: Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to Mr.Facebook
Brazil vs Germany
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tuesday, July 8, 2014

Aku Tak Hamaklah Hal Kau!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Haha. Okay kawan-kawan, jangan salah faham. Tajuk kadang-kala tidak melambangkan intipati sesebuah entry yang hendak dihujah. Baiklah, seperti yang cx katakan, di bulan mulia ini, biarlah entry yang hendak dikongsikan itu bermanfaat dan biarlah menjadi saham akhirat kita. InShaaAllah.

Credit to Mr.Facebook
Nampak tak gambar di atas? Haa, inilah yang cx nak ujahkan kali ini.  Sebab itu tajuk sedekian rupa.  Bukan nak kisah atau lorat atau heran sangat dengan kehidupan orang lain tetapi kita cakap atau nasihat atau tegur adalah kerana kita tak nak orang yang kita kenali atau sayang terusan mendapat dosa free gara-gara tindakan masa lalu.  Kadang mereka tidak sedar bahawa gambar mereka yang tidak menutup aurat itu masih terdedah sedangkan sekarang mereka sudah berubah menjadi insan yang lebih baik dengan berhijab contohnya.

Tahukah kita bahawa gambar lama yang terdedah aurat itu menjadi satu dosa selama mana gambar itu dilihat oleh ajnabi? Bayangkan sehelai rambut kita jika dilihat ajnabi pun telah mendapat dosa, inikan pula rambut satu kepala? Ayuh kawan-kawan! Bukan 'Aku nak hamak sangat hal kau' tapi kerna kita sayang dan kita care :) Mudahan niat kita ini mampu mengubah orang disekeliling kita. InShaaAllah. :) 

Niat kerna Allah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Sebab Rezeki Sukar Masuk

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pada bulan mulia ini, biarlah entry yang dikeluarkan itu boleh menambah saham kita di akhirat kelak.  InShaaAllah Makanya, cx ingin kongsikan ilmu ini agar sama-sama memberi kita manfaat. Jika ada yang sudah mengetahuinya, Alhamdulillah. Jika ada yang masih belum mengetahuinya, Alhamdulillah juga kini akan ketahuinya. :)

credit to Mr.Google
1. Gemar mengunkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yang tidak mencukupi untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
4. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat, kemungkaran
7. Tidak atau kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur atau banyak mengeluh

Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang semata tetapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.  Ada juga antara kita yang membuat kemungkaran tetapi masih memperoleh rezeki yang melimpah ruah.  Tapi ketahuilah itu nikmat yang paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. Wallahua'lam. - Sumber daripada Legacy Secret Trading

Manfaatkan Ramadhan
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, July 7, 2014

GA Cash RAYA RM1000 by Emas Putih

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]


Allah suka hambaNya yang meminta-minta
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Golongan yang Mendapat Kehinaan Dunia Akhirat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credit to Mr.Google
1. Seseorang yang mendengar nama Baginda Nabi Muhammad (saw tetapi tiDak berselawat kepada Baginda

2. Seseorang anak yang masih mempunyai ibu bapa sudah uzur atau tua, tetapi tidak berbakti kepada mereka dan tidak mendapat keredhaan ibu bapanya.

3. Seseorang yang disampaikan umurnya hingga bulan Ramadhan Al-Mubarak, tetapi tidak mendapat pengampunan Allah setelah Ramadhan berlalu pergi
-Maksud Hadis-

Berbaktilah Selagi Bernyawa
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu



Sunday, July 6, 2014

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 BY AINAA ROSEBERRY

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Click Banner Untuk Join!

GIVEAWAY DUIT RAYA GEMPAK 2014 | AINAA ROSEBERRY | Giveaway ini dianjurkan oleh AinaaRoseberry dengan kerjasama MawarKhayalan dan  FeroMusic. Malah juga di sponsor oleh beberapa blogger yang terkemuka seperti:


Giveaway ini akan berlangsung dari 2 Julai 2014(Rabu) hingga 20 Julai 2014(Ahad). Pemenang akan diumumkan 3 hari selepas GA ini tamat iaitu pada 23 Julai 2014.

Semoga Rezeki Murah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Saturday, July 5, 2014

Golongan yang Dirindui Syurga

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua! Alhamdulillah sudah tujuh Ramadhan kita lalui. Syukur ke hadrat Allah.  Sudah adakah kawan-kawan yang telah diberikan cuti oleh Allah? hikhikhik. Makan sorok-sorok okay ;p Baiklah, di pagi hari yang mulia ini, sedang Melaka disirami hujan yang mencurah sejak semalam, cx ingin kongsikan tazkirah yang cx dengar semasa teraweh Ramadhan ketiga.  Sesungguhnya Nabi Muhammad saw bersabda, syurga amat merindukan tiga golongan iaitu;

credit to Mr.Google
1. Pembaca Al-Quran
Ianya bukan sekadar amalan di bulan Ramadhan tetapi berterusan.  Pemberian rahmat Allah adalah tidak terbilang, seperti yang kita sedia ketahui nikmatNya iaitu, nikmat mata, makan, minum, berjalan dan seterusnya.  Allah bersabda, Wahai orang beriman, difardukan kuasa atas kamu, sesungguhnya mudahan kamu bertaqwa akan nikmat yang aku berikan. Aku berikan masa yang berpanjangan agar kamu boleh beribadah. 

2. Penjaga Lidah
Diajarkan Nabi Muhammad saw, berzikirlah kamu walaupun zikirmu pendek, tetapi ianya lengkap supaya kita persembahkan ke hadapan Allah.

3. Pemberi Makan Orang yang Lapar

4. Orang yang berpuasa di Bulan Ramadhan

Sabda Nabi Muhammad saw;
Tiap-tiap sesuatu itu ada pintunya, makan pintu ibadat adalah kuasanya, maka perbanyakkan solat sunat.  Menunaikan solat sunat seumpama menunaikan satu fardu jika dalam bulan Ramadhan.

Okay kawan-kawan, semoga bermanfaat kepada kita semua. Semoga kita istiqamah dalam beribadat dan semoga kita menjadi di antara golongan yang dirindukan oleh Syurga. InShaaAllah :)

Islam itu Indah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Giveaway Simple Bah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

klik banner
semoga ada rezeki
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu (Pengedar Shaklee Paling Popular)

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/06/ramadan-giveaway-by-welovesusuibu.html
klik SINI
Tarikh Giveaway:
29 Jun hingga 18 Julai 2014

Nak duit raya!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Rahsia Berat Cx Turun Dalam Sebulan!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua! Ingat lagi tak entry cx tentang Rahsia: Turun Berat dalam Sebulan! Korang dah cuba CATALYST Virgin coconut oil (VCO)? Terlalu banyak kelebihan VCO ini. Nak tahu kelebihannya? Cukuplah jika korang lihat testimoni cx sendiri di bawah buat permulaan terlebih dahulu ya; 

credit to Mr.Google
1. Mengurangkan Berat Badan.
Sangat menakjubkan apabila dalam masa sebulan, cx mampu turunkan berat tanpa bersenam. Tak percaya? Korang rugi! Bayangkan berat cx pada 6/5/2014 adalah 52kg, dan pada 30/6/2014 pula adalah 47kg. Tak percaya? Lagi sekali rugi! 

2. Mengurangkan Resdung.
VCO ini merupakan pembunuh anti-virus, makanya ia mampu menyahkan percambahan virus, bakteria, kulat etc. Cx baru makan sebulan dan Alhamdulillah sangat, Resdung cx semakin baik. Tak perlu nak pantang makan lagi! 

3. Mengurangkan Rambut Gugur.
Cx merupakan pesakit resdung makanya resdung penyebab rambut gugur, setelah cx mengamalkan VCO, Alhamdulillah rambut cx dah tak gugur! Korang bayangkanlah setiap hari dulunya rambut gugur dalam bilik siap boleh gumpal-gumpal lagi. Banyak tak? Tapi sekarang tidak lagi. Tak tipu okay. Cx siap main tarik-tarik rambut nak tunjuk bukti kepada sepupu, dan beliau sangat teruja! 

4. Penyahtinjaan yang Baik
Cx sebelum ini memang kadang-kadang tu, susah juga untuk membuang air besar, tetapi setelah mengamalkan vco, Alhamdulillah, pelawasan sangat baik. Makluman korang, vco ini membuang segala toksin dalam badan melalui penyahtinjaan. Makanya kita akan lebih sihat. Tak perlu sibuk-sibuk beli product nak buang toksin. hehe

5. Badan Rasa Ringan
Fungsi VCO ini adalah menyeimbangkan metabolisma badan kita, maknanya kalau metabolisma korang kurang, vco akan bantu menaikkannya. Sebab itu VCO boleh membantu korang menurunkan berat badan dengan sendirinya tanpa sebarang senaman. Cx Alhamdulillah badan rasa ringan dan segar sentiasa.

6. Kebaikan untuk Suami/Isteri
VCO membantu para suami isteri daripada segi kesihatan dalaman. Cx nak cerita dekat sini pun macam 18SX sahaja. haha. Makanya kalau nak tahu, boleh terus tanya cx ya! :) Ini pengalaman cx sendiri setelah makan VCO. 

Haa, banyak tak kelebihan yang cx dapat selepas consume VCO?  Baru sebulan tau cx makan VCO dan dah nampak perubahannya sepantas ini.  Korang jangan ingat VCO ini ubat untuk kurus tau, VCO adalah supplement yang membantu dalam memberi kesihatan kepada tubuh badan kita. Okay, nak tahu lebih lanjut? Nak order? Harga sangat berpatutan, sebotol RM39.90 sahaja untuk pengambilan sebulan, tidak termasuk postage. Sila pm cx laju-laju melalui facebook cx di CXopportunities Blogspot! Cx akan bongkarkan lagi rahsianya! :) InShaaAllah

Moga Dipermudahkan
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Friday, July 4, 2014

Kesalahan berbahasa Arab

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kita sering mendengar atau membaca tulisan...
"Baarakallahu fiik" atau "Jazaakallahu khoiron"

Diantara kesalahan kebanyakan orang, mereka menyamakan antara keduanya.. 
Sehingga ketika dikatakan “jazaakillahu khoiron” yang berarti menunjukkan untuk perempuan, mereka juga menyebut “baarakallah” menjadi “baarakillah” dengan maksud ditujukan kepada perempuan… 
Bahkan ada juga yang menuliskannya dengan “baarakumullahu”

Credit to Mr.Google

Maka ini adalah suatu KESALAHAN.. dan justru artinya merupakan doa yang jelek..

Baaraka (بارك) adalah satu kata yang artinya berkah atau memberkahi, berbeda dengan jazaakallah (جزاك الله) yang terdiri dari 3 kata, jazaa (جزا), ka (ك) yang merupakan kata ganti dan lafadz Allah (الله)

Sedangkan kata baara (بار) justru bermakna cobaan atau rusak. Yang jika dikatakan “baarakillah” atau “baarakumullah”, maka bermakna “Semoga allah memberi ujian kepadamu”

Yang benar dalam mengungkapkannya untuk perempuan atau jama’ adalah dengan ucapan

Baarakallahu fiiki dan Baarakallahu fiikum (Semoga Allah memberkahimu)

Maksud kata ki (كِ) di atas adalah untuk perempuan, dan kata kum (كم) menunjukkan kalian (jama’)

Semoga dengan ini tidak ada kesalahan lagi dalam mengungkapkannya. - Sumber

Semoga Allah ampuni kita
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Thursday, July 3, 2014

Entry Cx Paling 'Laku' di Bulan Ramadhan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah. Selama cx berblogging, banyak ilmu yang cx peroleh dan sedaya upaya juga cx berusaha untuk kongsikan ilmu yang cx tahu agar dapat memberi ilmu baru kepada pembaca yang masih belum mengetahuinya.  Alhamdulillah sangat. Entry ini merupakan entry paling laku sepanjang cx jadi blogger.  Sepanjang tahun, since entry ini di post, apabila tibanya Syaaban yang bakal menjelang Ramadhan, entry ini pasti akan menjadi laku selaku lakunya.  Tidak pernah missed untuk berada di top popular post. Alhamdulillah. Terima Kasih kepada semua pembaca. Sekurang-kurangnya cx dah sampaikan ilmu yang cx ada agar sama-sama memberi manfaat bersama. Alhamdulillah. 

baca SINI
Alhamdulillah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Syukur: Cx Menang Segmen 12 Jam Bloglist #9 Mia Liana

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Alhamdulillah. :) Rezeki bulan Ramadhan :) Cx tak perasan sebenarnya Mia Liana dah pun mengumumkan pemenang. Kebiasaannya cx memang tak pernah nak lekat sebagai 'pemenang' kalau join sebarang contest pun tetapi kali ini rezeki menyebelahi cx. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah :) Cx turut ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang yang lain :) 

Senarai peserta Segmen 12 Jam Bloglist Mia Liana

Alhamdulillah nombor bertuah. :) 

Cx dah tunaikan janji untuk Mia Liana :) 
Alhamdulillah sangat sebab bertuah kali ini :) Termasuk contest ini, baru tiga kali cx bertuah. hehe. Alhamdulillah sangat :) First and second contest cx menang hadiah, kali ini menang bloglist blogger yang famous dengan jumlah followers nya begitu wow! okay kawan-kawan, sekian sahaja perkongsian cx :) tata.

Syukur ke Hadrat Allah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Mini Giveaway Blog HT

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

http://herba-tihara.blogspot.com/2014/06/mini-giveaway-blog-ht.html
click SINI untuk turut serta
cx pilih manggis :)

semoga berjaya
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Ramadhan Giveaway By Miss Cadburry

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

 

Klik SINI untuk join

Hadiah :

First place [ random ]
Novel RM50x2

Second place [ random ]
Novelx1

Random.org
Novelx2++


nak novel sebenarnya hehe
lahirkanlah keikhlasan dihatimu 

Segmen : Cik akak mencari bloglist julai 2014

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Click banner untuk join :)
Tarikh tutup penyertaan : 
20 Julai 2014 [Jam 8.00 pagi]

Ikhlas, Usaha Tawakal
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, July 2, 2014

Diet Semasa Bersahur

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua! :) Sihat? Semoga baik-baik sahaja hendaknya ya. :) Berpuasa biasanya akan mengubah diet harian kita kan. Namun begitu, kesihatan badan kita haruslah dikekalkan dengan pengambilan diet seimbang dan mencukupi. Sebagai permulaan, jangan sesekali abaikan sahur kerana tenaga amat diperlukan bagi meneruskan ibadat puasa di siang hari.  Cx kongsikan kepada semua diet semasa bersahur ya :)

credit to Mr.Google
1. Makan makanan berkhasiat walaupun menunya sederhana.  Apa yang penting, pastikan menu mengadungi lima unsur gizi lengkap.

2. Banyakkan makan makanan berserat seperti sayur dan buah0buahan bagi membantu melancarkan proses pencrnaan.

3.  Minum banyak air putih atau jus buah-buahan bagi menelakkan tubuh mengalmi dehidrasi.

4. Kurangkan makanan berlemak atau makanan ang mengandungi karbohidrat tinggi kerana ini akan membuatkan rasa mengantuk.

5.  Jangan tidur selepas bersahur kerana tubuh memerlukan sedikit masa untuk mencernakan makanan terlebih dahulu.

Okay kawan-kawan! Selamat berdiet ketika bersahur. Semoga kita semakin sihat dan bertenaga. InShaaAllah :) Mudahan dengan izin Allah ya. Sama-samalah kita :)

Semoga bermanfaat
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

#July02: Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


cuba teka
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tuesday, July 1, 2014

Arahan Dwi Bahasa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hai uols! :) Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua! :)  Selamat berpuasa! Selamat petang. :) Sebenarnya dah beberapa hari berlalu untuk cx update entry ini tetapi asyik tergendala disebabkan komitmen yang lebih penting. Terbiar sehingga ke hari ini. Akhirnya tercipta juga entry ini. Ehh!

Bahasa Inggeris
Kalau korang, lebih prefer arahan dalam bahasa mana? Bahasa English atau Bahasa Melayu? Pada cx, bergantunglah kepada jenis arahan yang hendak diberikan dan jenis penerima arahan.  Contoh, jika penerima arahan adalah warga emas yang sekolah pun ada yang habis dan ada yang tidak, adakah patut untuk kita gunakan bahasa yang mereka kurang faham? Haa. jelaskan? :)

Jika menggunakan bahasa english, ianya lebih ringkas, mudah, padat dan terus terang.  Kadang-kala orang guna bahasa english sebab ianya kedengaran lebih sopan. Tidak mengecilkan hati si penerima.  Jika menggunakan bahasa melayu, kita perlu menggunakan aksara yang betul. ehh, aksara? haha okay, bahasa melayu kita melambangkan negara kita, budaya dan agama, makanya, jika nak bagi arahan, gunakan kata-kata yang paling sopan agar penerima tidak berkecil hati atau arahan tersebut menjadi kurang enak untuk didengari. 

Bahasa Melayu
Okay, sekarang korang cuba perhatikan gambar yang cx upload.  Apa yang cuba cx sampaikan adalah, pemberi arahan perlu bijak dalam menggunakan perkataan agar arahan tersebut lebih manis, sopan dan lemak berkrim untuk sampai ke pendengaran si penerima.  Contoh, perkataan 'rogol' adalah tidak sesuai dan lebih enak jika menggunakan perkataan lain seperti 'perkosa'.  Setuju? *cx selalu perhati penggunaan perkataan ini di salah sebuah slot berita Malaysia. Sangat tidak enak didengar. Sungguh ya pun kan. Okaylah, korang bagaimana? Cx harap, apa yang cuba cx sampaikan ini, sampailah seeloknya dan harap juga tiada salah faham. :)

Ahlan Wasahlan
lahirkanalah keikhlasan dihatimu

Variasi World Cup 2014 Doodles Google

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ







Cx sangat tertarik dan tabik spring kepada pencipta doodles google for world cup 2014 ini.  Sangat kreatif apabila banyak doodle yang mampu dihasilkan dengan kreatif.  Mungkin banyak kepala yang rekakan? Perhaps. Okaylah, cx just suka tengok apabila cx tekan new tab, keluar doodles yang berlainan. huhu. Jika korang nak ketahui banyak lagi doodles yang dihasilkan, korang boleh pergi tekan SINI. okbai! :)


FiFa vs Ramadhan
lahirkanlah keikhlasan dihatimu 

"Segmen 24 Jam : Saya nak kad raya daripada Pink Ummi"

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click banner to join

Cuba Nasib
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Rahsia: Turun Berat dalam Sebulan!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Testimoni Cx :) Klik untuk gambaran yang lebih meluas.

Cx pasti ramai kawan-kawan perempuan di luar sana yang risau akan berat badan sendiri kan? Perempuan mana yang tak ambil endah akan berat badan mereka? Tipu sangat kalau ada yang cakap tak kisah. Okay, ini testimoni cx sendiri. BMi cx sangat ideal sekarang. Alhamdulillah. Nak tahu bagaimana? Boleh contact cx melalui cxopportunities@yahoo.com untuk maklumat lanjut. :) Niat cx hanya nak menolong sesama kita :)  InShaaAllah 

ayuh sihatkan badan
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Ketuk-Ketuk Aidifitri

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Ketuk-Ketuk Aidilfitri(KKA) merupakan satu program pertama di Malaysia yang diasaskan oleh Puan Siti Aisyah Bt Zulkifli Ramond yang merupakan seorang pengarah pemasaran dalam syarikat Farich Holdings Sdn. Bhd. Program ini merupakan hak milik dan diuruskan oleh Farich Holding Sdn. Bhd secara sepenuhnya. Program ini direka untuk memberi peluang niaga kepada setiap individu yang berminat menjadi usahawan terutama usahawan muslim.

KKA mengumpulkan pengeluar-pengeluar 'premium cookies' iaitu pengeluar biskut dan kek lapis terbaik dari seluruh Malaysia yang menggunakan bahan-bahan berkualiti dalam menghasilkan biskut mereka. Biskut-biskut dari seluruh malaysia ini dikumpul di HQ(Farich Holdings Sdn Bhd) untuk dijenamakan dibawah program KKA sebelum diedarkan kepada stokis-stokis di setiap negeri sebelum dijual kepada pelanggan.

Produk KKA ini adalah 100% keluaran muslim dan mempunyai 20 produk iaitu 18 jenis biskut dan 2 jenis kek lapis kukus yang berkualiti dan beraneka rasa. Setiap jenis dihasilkan dengan bahan-bahan yang berkualiti yang berjenama seperti 'Butter Anchor'. Setiap kotak biskut mempunyai 36 keping hingga 60 keping biskut bergantung kepada jenis.

Senarai jenis dan harga  biskut dan kek lapis boleh dilihat pada katalog dibawah;




Anda boleh dapatkan biskut raya "Premium Cookies Ketuk-Ketuk Aidilfitri' daripada stokis dan agen berhampiran anda.



  • Negeri Sembilan(HQ) - Puan Aisyah Ramond [018-3232100] / Office [06-6510455] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri HQ

  • Selangor - Puan Norlinna [019-2669569] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Selangor

  • Perak - Puan Nor Azira [016-5914902] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Perak

  • Terengganu & Kelantan - Puan Naqiah Khalidah [017-9674567] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Terengganu

  • Kedah - Puan Siti Roshila [012-5890080] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Kedah

  • Perlis - Puan Najah Farahin [012-5735856] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Perlis

  • Pahang - Puan Nor Azira Hassim [014-8173975] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Pahang

  • Pulau Pinang - Cik Ainul Hafizah [019-4236435] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Pulau Pinang

  • Johor - Puan Rosliana [012-7522409] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Johor

  • Melaka - Puan Azlina [019-6588803] (senarai agen) FB : Ketuk-ketuk Aidilfitri Melaka
  • **tempahan produk-produk KKA akan ditutup selepas minggu pertama puasa 2014**

    **update terbaru senarai agen sila ke D'nialiciousBlog**




    Ketuk-ketuk Aidilfitri
    lahirkanlah keikhlasan dihatimu

    Ketuk-ketuk Aidilfitri Giveaway

    بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
    اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



    semoga berezeki
    lahirkanlah keikhlasan dihatimu