Monday, December 29, 2014

Banjir 2014 : Temerloh Pahang Kini Tenggelam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

ihsan whatsapp group
Fenomena Alam: Banjir 2014 semakin teruk melanda. Allahuakhbar! Semakin banyak nyawa yang hilang. Semakin musnah harta benda yang ada. Semakin lemah semangat para manusia yang kehilangan orang tersayang. Allahuakhbar! "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentikanlah daripada curahan hujanmu" .. Kota Bharu kini sudah surut banjir tetapi kesan yang ditinggalkan, Allah. Sungguh banjir kali ini sangat teruk. Kini maklumat banjir di Temerloh juga semakin menjadi-jadi.  Temerloh, rumah saudara mara cx, Allah. Semoga Allah permudahkan. 

Kepada kawan-kawan yang mahu memberikan sebarang sumbangan, korang boleh salurkan ke tempat yang betul, benar dan berdaftar ya. Walaupun keadaan banjir, tetapi masih ada manusia yang tiada hati perut melakukan jenayah.  Semoga kebaikan kalian setimpal dibalas Allah dalam membantu mangsa yang terlibat. Takziah untuk semua mangsa banjir. Sabarlah sayang, Allah sedang menguji. 

Sabarlah Sayang
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Friday, December 26, 2014

Fenomena Alam : Banjir 2014

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

ihsan siakap keli
Merenungkan keadaan dunia sekarang, Allah sedang menguji bumi Malaysia. Allahuakhbar! Dugaan demi dugaan pada tahun 2014 ini. Mudahan Allah menerima segala amalan dan taubat kita sebelum mengambil semula bumi pinjamanNya ini. Amin Ya Rabbal'alamin.

Melihatkan kekeruhan banjir yang semakin menjadi-jadi dan tiada petanda untuk surut, ayuhlah kita sama-sama berdoa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Angka korban turut menjadi mangsa selain angka mangsa yang senantiasa meningkat. Cx berdoa kepada Allah agar kepada mangsa-mangsa yang terperangkap, dapat dijumpai pasukan penyelamat.  Bayangkan tiada apa yang boleh digunakan untuk meminta bantuan. Elektrik semua terputus bekalan, apatah lagi air dan makan minum. Nak pentik api pun peratusnya rendah supaya dapat meminta bantuan dengan memberitahu lokasi mereka. 

Mudahan Allah permudahkan dan Allah kembalikan keadaan sediakala.  Tadi terlihatkan gambar-gambar kucing yang terkandas dalam banjir. Luluh hati mengenangkannya. Tengok muka takut dan terpinga-pinga, macam manalah nasib mereka. Allah Ya Allah. Bayangkan kita? Allahuakhbar. Apatah lagi mangsa banjir yang bergelar manusia. Allahuakhbar! Cx harap sangat Allah selamatkan semuanya. Amin. Ayuh kawan-kawan, jangan putus doa. Doa adalah senjata kita. InShaaAllah. 

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, December 22, 2014

Mereka Panggil Cx Mama?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla everybody! Hari ini nak update juga even rasa macam nak demam. Asyik bersin daripada tadi. Hope semua orang dikurniakan kesihatan yang yang baik hendaknya ya. Kepada adik-adik yang cuti sekolah, apa sahaja aktiviti korang? Manfaatkanlah sebaiknya cuti yang ada ya adik-adik. 


Haa, nampak screenshot di atas? Haha. hari itu, cx ada cerita tentang 'Borak dan Belajar Bahasa' kan? Entry kali ini boleh dikatakan sambunganlah. haha. Alkisahnya dah terkantoi dengan dua orang lagi kenalan cx dekat sini, Makanya mereka suka juga belajar even sedikit-sedikit. At least dapat juga ilmu. Memandangkan mereka selalu deal dengan dealer China, So, mereka mengambil kesempatan untuk menggunakan apa sahaja yang berkaitan. Perkara baik tak baik disimpan seorang. kan? 

Even cx tak pandai cakap dan tak faham jika orang China bercakap, tetapi at least ada juga perkataan yang boleh kita tangkap dan faham. kan? :) So, cx rasa sangat seronok. Hope so impian cx untuk pandai cakap mandarin, dimakbulkan Allah dan dipermudahkan segala urusan. Amin. 

Cx's Says:
Sebenarnya nak cerita pasal 'Mama Sya' tu. tetapi dah tercerita lain pula. Haha! Maka jadilah tajuk dan entry adik beradik sama bapa lain ibu. ehh! haha. kbai.

Semoga segalanya indah belaka
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Thursday, December 18, 2014

Pirate Kings! Siapa Invite CX ni?!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Amboi! ramainya dok invite cheq main pirate king ni! Siapa asyik sahaja invite cx ni? Sila angkat tangan cepat! Okay cx nak block depa semua yang asyik invite cx game. Upst! no no no no! mana boleh! huhu. Cx bukan block kawan-kawan tapi cx block game sahaja. Nak tahu cara block game? boleh ke 'Cara Block Game di Facebook' .. Tekan sahaja link tersebut ya kawan-kawan. Okay mai sat pakat dok ramai-ramai depan cheq, cheq nak ceghita sikit.

pirate king
Okay, sebenarnya asalnya cx di invite untuk main pirate king ini oleh kawan cx. Kemudian, cx cakaplah dekat encik suami yang cx nak main game ini dan nak install lah kan? tup-tup cx dapat invitation game ini daripada encik suami cx pula. Cx apalah lagi, cakaplah dekat encik suami, 'mana aci! kita suruh dia tengok sahaja game itu tetapi dia dah install dan main dulu' . kan? So, cx pun mainlah game ini. Pada mulanya macam bosan tetapi apabila dapat menyerang dan mencuri! Miahahaha! memang jadi lanun sungguh! Muehehehe. Seronok habak hang! huhu

Kepada sesiapa yang mendapat invitation cx untuk game ini, cx mohon maaf ya. Sebenarnya apabila kita invite game untuk kawan-kawan main, kita dapat extra 10 spins. Then apabila kawan-kawan yang dijemput itu mula main, kita dapat lagi extra 20 spins. Main game ini memang gila spin sebab nak dapatkan defend, spins, steal atau attack. Cubalah main game ini if berminatlah. huhu. Okaylah, nak sambung buat kerja. *kerjalah sangat! muahahah. kbai!

Pupuk amalan mulia dihati
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, December 17, 2014

#Dec17 : Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, December 10, 2014

Badminton Jom!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

credited
Holla everyone! Alahai lamanya rasa tak update blog tercinta intan payung ucuk2 ni. ehh! .okay korang semua apa khabar? Moga sihat belakalah ya. 

Sementara menanti encik Suami beriadah di petang hari, di dalam court badminton yang tiada deruan angin meniup lembut, cx mengambil kesempatan untuk kemaskini blog. Akhirnya ada masa. aicewah. Macam sibuk bebenau. Hehe

Siapa suka main badminton? angkat tangan cepat! Lamanya cx tak main badminton. teringat arwah abah, Jaguh segala jaguh badminton dan kini abah sudah tiada lagi. rindu. 

Okay okay. Walau sesibuk mana, walau sehebat mana perjalanan dunia yang dikejar, jangan lupa jaga kesihatan baik-baik. Beriadah mampu meningkatkan tahap kesihatan kita. InShaaAllah. take care semua! kbai.

Sihatkan badan, cerdaskan minda
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, December 1, 2014

Kita Tak Sama

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Manusia itu dicipta Allah berbeza
bagi setiap wataknya.
Ada masa Allah beri rezeki meruah limpahannya
Ada masa Allah tahan rezeki walau sekelumit zarah yang ada

Ada kala Allah beri permulaan itu indah belaka tanpa sebarang keringat mengalir tak terpaksa.

Ada kala permulaan itu Allah berikan keringat yang membasah diri tak terkata 

Allah itu Maha Mengetahui bagi sesuatu yang tercipta lakarannya.
Manusia pula fikirannya tak tercapai dek akal akan sesuatu yang menongkah.

Lihatlah sekeliling kita nasib mereka.
Bukan sesukanya menghujahkan hanya menurut pengalaman kita.
Allah uji kadangnya serupa namun ianya berbeza bagi setiap penerimanya.

Allah tak cipta sesuatu itu sengaja suka suka memenuhi masa.
Namun agenda Allah itu adalah kebenaran yang tak pernah kita mampu teroka.

Anggaplah nasib mereka juga nasib kita.
Anggaplah duka mereka turut kita merasa.
Anggaplah derita mereka derita kita.

Mudahkanlah keadaan
Sepertimana kemahuan kita
Cerdiklah bertindak memamah dunia
Kerna tanpa menduga apa-apa
Anggap sahajalah kita di tempat mereka.

.             .            .

Aku yang melakar sendiri dunia tanpa pengetahuan mereka.

Bukan sombong bukan menduga
Hanya sekadar membiar sahaja apa yang aku rasa kerna tak siapa memahami apa yang hidup aku melata.

Diam aku kerna sesuatu
lahirkanlah keikhlasan dihatimu