Tuesday, March 24, 2015

Mohon Doa dan Bantuan: Adik Zikri Leukemia Tahap Dua

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Adik Iskandar Zikri menghidap Leukemia Tahap Dua

Liputan dari Berita AlHijrah 22/3/ 2015 (Ahad).
Iskandar Zikri berusia 3 tahun, merupakan anak sulung dari 2 beradik menghidap penyakit leukemia tahap dua, sejak berusia 2 tahun. Sudah menjalani 12 kali rawatan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ibu kepada pesakit tersebut Puan Zarina Chung Abdul Razak, terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga anaknya. Manakala pendapatan suaminya yang tidak menentu memberi kesan kepada keluarga tersebut dalam proses rawatan anaknya yang memerlukan mereka berulang alik ke HKL setiap minggu untuk rawatan setiap bulan.Keluarga yang tinggal di Kampung Asam Kumbang, Bemban, Jasin Melaka ini memerlukan sumbangan dari pihak Tuan / Puan yang sudi membantu
Bagi sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan, boleh menerusi Akaun Maybank 154 035 39 7686 (Zarina Chung Abdul Razak).

Bemban Jasin Melaka. Mohon doa dan bantuan kepada sesiapa yang sudi membantu adik Iskandar Zikri. Adik Zikri merupakan seorang anak yang sangat aktif sebelum ini memandangkan cx pernah berjumpa dengannya turut mengenali ibu bapa adik Zikri.   Pada awal perkenalan cx sangat suka tengok adik Zikri kerana rupa parasnya yang sangat sempurna comel dan manis.  Tetapi siapa sangka anak yang masih cilik dan tidak mengerti apa-apa ini diduga Allah dengan  kurniaan penyakit yang tidak disangka.  Cx doakan adik Zikri dan keluarga dikurniakan hati yang tabah dalam mengharungi dugaan ini. InShaaAllah Amin. Maklumat lanjut klik SINI

Semoga sihat sayang.
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

3 comments:

Yumida Huda said...

sian mek nangga. hope sidak sekeluarga tabah berdepan ujian. hope adik ya segera sembuh

Deanna Morni said...

xsampe hati mek ngga mukanya...jaik ati huuhuh

Nao Mei said...

Tedah sian nga nya dik...