Monday, May 25, 2015

Mungkin Mereka Lupa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hidup kita memang yang tua dihormati, yang muda disayangi. Adat ibu bapa kita ajar supaya dengar cakap orang lebih tua sebab mereka lebih makan garam. Kita yang muda perlu lebih ikut kata dan kemahuan mereka. Islam pun ajar benda yang sama.

Namun mereka mungkin lupa.  Dalam Islam ada batas yang diberikan. Jangan terlalu hadap dengan adat sehingga lupa dosa pahala. Setiap manusia dijadikan mempunyai perasaan dan hati. Bukan macam robot, ikut sahaja arahan yang diprogramkan.

credit to affizzarcorner

Sebagai contoh, memang seorang mak atau nenek itu besar titlenya.. Namun mereka tidak bolehlah sewenangnya jatuhkan hukum kepada anak cucu cicit. Andai anak tidak menjadi seperti yang dikehendaki, degil dan tidak mendengar kata, bolehkah mereka jatuhkan hukuman bahawa anak mereka itu anak yang derhaka? "Nanti aku dah mati, kau kencinglah dekat kubur aku! Anak derhaka!"

Ingat ya, kadang-kala ada yang beriya menegur tetapi dalam keadaan mengaibkan. Itu bukan yang di ajar Islam. Bila anak muda pula cuba menyatakan sesuatu kesalahan yang tua itu sudah lakukan.. Mulalah keluar ayat, "Kau dah pandai nak ajar aku kan? Umur baru setahun jagung, ada hati nak ajar aku"..

Dalam Islam, tak ajar orang tua boleh sesuka hati herdik orang lain. Mentanglah mereka lebih makan garam.. Ingatlah wahai manusia.. walau siapa pun kamu, jika kamu mengguris hati orang lain.. Tetap jatuh dosa kerana menyakiti mereka dengan sengaja.  Akhirat nanti tak adanya Allah hisab ikut berapa tua dan sejauh mana kamu makan garam.

Sayangilah Sesama Kita
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

5 comments:

tenku butang said...

Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 1268
Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

Official Blog :
http://tengkubutang.blogspot.com/

Catlover Blog :
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

tenku butang said...

hemm.. betul.. kalau marah sekalipun janganlah keluarkan ayat anak derhaka tu kan

Sekamar Rindu said...

assalamualaikum wbt..lama tak singgah sini..

salam Ramadhan..

Mime MF said...

ya betul...kadang2 bukan semua apa yg kita cakap itu betul wlpn kita lebih "senior"..bukan semua benda kita tahu..tak salah kalau kita ambil tegran dari mereka yang lebih muda..:)

Abe Kie said...

As salam. Sayangilah sesama insan dan berbaiklah pd bln Ramdan yg mulia ini. abe kie follows you!