Friday, May 15, 2015

Pesan Ustaz

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Cx banyak belajar dengan apa yang disampaikan oleh para Ustaz.  Alhamdulillah jika kita tekad dan berniat baik.. Allah akan bantu mempermudahkan urusan kita. Syukur.  Apa yang ustaz pesan adalah berkaitan perkongsian kita di facebook.

Ya benar facebook adalah hak milik kita dan ikut suka hati kita nak buat apa. Namun apa yang ustaz sampaikan... amat membuka minda cx untuk berfikir semula dan muhasabah diri.  Tidak mudah untuk kita istiqamah dalam melakukan sesuatu tetapi jika kita usaha.. In Syaa Allah. Mudah-mudahan Allah permudahkan.
Ustaz pesan, jika sudah berkahwin.. jangan suka sangat upload selfie kegembiraan dengan suami/isteri.  Kenapa ustaz? Sebab ada orang yang masih belum berkahwin. Ada orang yang mungkin sedang bergaduh atau salah faham. Mungkin jua ada orang yang di ambang penceraian.  Apa perasaan mereka? 

Ustaz juga pesan.. Tak perlu upload gambar kita seorang diri banyak-banyak di muka buku. Tak kisah awak bujang atau berdua. Kenapa ustaz? Kerana.. tak semua orang suka dengan kita. Ada yang iri hati mungkin dengan kelebihan yang kita ada. Mungkin ada yang menaruh hati pada kita dan simpan gambar-gambar kita tanpa pengetahuan. Mungkin juga ada yang mahu jadikan modal nafsu mereka. Nauzubillahiminzalik.

Ustaz pesan.. nak buat sesuatu.. biar berpada-pada  Jika rasa tiada faedah, tak perlu lakukan. Kebahagiaan yang ada.. simpan sahaja. Biar orang tidak tahu tetapi hidup kita terjaga dan terbela. In Syaa Allah. Sebab orang zaman sekarang kita susah nak jangka. Sekadar perkongsian :) Terpulang kepada individu :)

Jagalah maruah diri
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

No comments: