Wednesday, July 8, 2015

Kad Raya Pertama 2015!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla everyone! Pagi ini nak cerita yang cx masih dapat kad raya! Yeah! Hehe. Tak sangka sebenarnya. Sebab request dekat orang lain awalnya tapi dapat daripada orang lain kemudiannya. Muehehe. 

Semalam alkisahnya apabila mak mertua ketuk pintu bilik dan selitkan surat di bawah pintu (gara-gara tidur tak ingat dunia! Miahaha!). Dapat sahaja terus cx buka dan taraaa~


Perkara pertama yang cx tengok adalah tulisan di alamat. Cantik! Seriously cantik! Cx memang jenis addict sikit dekat tulisan yang cantik-cantik ini. Iyalah, tulisan sendiri pon bila orang tengok ... 'ehh! Ini tulisan kau ke?' Nampak tak betapa tak senonohnya tulisan? Muahaha! Orang yang study dengan cx tahulah tulisan cx macam mana. Hehe  Tapi memang cx suka dekat tulisan yang cantik. 

Haaa dah kelaut entry ini. Okay. Korang tengok pon korang tahu dah kad ini daripada siapa. Terpampang kot! Huhu. Terima kasih banyak cx ucapkan kepada sis @azhafizah.com sebab sudi bagi kad raya! 

Seronok bila dapat kad raya. Fenomena yang semakin pupus. Ehh! Betulkah penggunaan fenomena? Ke salah? Maaflah ya. Hahaha! Macam pelik pula. Okaylah.. ada yang nak bagi cx kad raya lagi tak? Haaha tak malu. #kbai

Terima kasih!
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

6 comments:

Deanna Morni said...

org nek tok jrg nk nganta kad raya dah ohh...dolok2 juak best ehhh....heheheh

Azhafizah Md Nor said...

Alhamdulillah dah sampai dengan selamat..apepun terima kasih ye :)

Fadzi Razak said...

Tahun ni dengan tahun lepas tak dapat kad raya apa-apa pun huhuhhu

Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

Dunia Zumal said...

Mengembalikan nostalgia lalu bila dapat kad raya moga boleh jadi fenomena semula...

Amanina Mads said...

bestkan bila dh dpt kad raya.. ehehe
CX punya kad raya nina dh post jumaat lepas. harap2 smpai la

eintan nurfuzie said...

heheh.. dpt azhafizah.. hehe..