Friday, August 7, 2015

Jam Dinding 'Glow In The Dark'

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Haha! Selamat malam semua! Tiba-tiba rajin update blog di malam hari.  Tiada apa pun sebenarnya, sengaja nak berceloteh. Seperti yang cx katakan, banyak benda cx dah collect tapi tak berkesempatan nak update di entry. Makanya tersimpan rapi dalam handphone cx ini.  Nasib baik besar storage phone cx *nakjugamention Haha. 

Sila besarkan beliau jika tak puas hati hehe
Okay nak share pasal jam dinding dekat bilik tidur cx sebenarnya. Nampak tak gambar? Tengok jam dah pukul berapa? Hahaha kemain belum tidur lagi setelah seharian dekorasi bilik oleh en.suami.   Cx duduk sahaja jadi mem. Muahahah! Baiklah, jam dinding ini sangat besar okay. Sebesar pemeluk cx. Tapi cx kecil sahaja. Macam blogger Dedeq de wishes. Hihi Alkisahnya jam ini adalah hadiah kahwin pemberian rakan sekelas cx ketika di UiTM dulu. Almost 2years baru buka dan pakai. Haa berkedap jam tu tersimpan lamanya. Haha

Almaklum hadiah istimewa, cx memang suka simpan. Sayang nak guna sewenangnya yang akhirnya akan rosak tanpa pengawasan mata cx. Huhu. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bagi hadiah. Maka hujung tahun 2015 akhirnya cx keluarkan jam ini. En.suami yang suggest letak dekat dinding bilik dan apabila ditutup lampu, jam bercahaya!! Yeah!! Sebenarnya jam ini tidaklah bercahaya ketika gelap, ini semua idea kreatif en.suami .. beliau yang buatkan jam tersebut jadi glow in the dark. Makanya cx excited! Haha.

Bila malam sahaja, tutup lampu dan akan rasa seperti kita baring di satu kawasan padang besar yang berpandangan jam besar ala-ala kita tengok jam dekat tower. Aicewah. Kemain nak romantik jugak memalam dengan en.suami kan? *silajanganmuntah Miahahaha! Okay itu sahaja nak cerita. kbai~

Terima kasih husband
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

5 comments:

seri said...

jam dalam bilik penting agar mudah nak tgk lebih2 masa waktu pg

Nyamuk Terbang said...

lawanya cx jam tu..tnya la mmbr mana beli hihi

Mia Liana said...

sweetnya jam ni...

psssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html

aeinna Musa said...

Mesti cantik jam tu...glow in the dark;)

Done follow u.

Shahida Dzulkafli said...

Wow..kreatif husband cx..mesti romantik bilik cx..