Friday, September 4, 2015

Kau Dia & Aku Tak Sama

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kita hidup dekat dunia ini akan selalu bertemu dengan pelbagai jenis manusia yang tatkala hadirnya memberi sedikit pengajaran dalam hidup kita. Tidak kurang hebatnya yang hadir merumitkan keadaan kita. Namun kita harus ingat;

Pertama:
Allah yang izinkan pertemuan dan kehadiran seseorang ke dalam hidup kita. Hikmahnya? Kita tidak pasti namun di awalnya semua manis belaka kerana adanya berputik rasa cinta. **Reaksi kita? : Ya Allah syukur Kau telah hadirkan dia dalam hidupku. 

Kedua:
Ada jua yang hadir hanya untuk melukakan kita tanpa sengaja. Kerana apa? Allah ingin turunkan seseorang agar menegur kealpaan kita terhadap alam akhirat sana. Mungkin kita tak perasan dan **Reaksi kita? : Ya Allah. Kenapa Kau temukan aku dengannya jika ianya tidak membantu aku dalam mendekatiMu? ... sedar tak sebenarnya Allah hantar sidia kerana Allah nak bantu tetapi mengikut cara yang sesuai untukmu? Sedar? Tidak bukan?


Ketiga:
Setelah pertemuan, dirasakan tidak sesuai dan kononnya terlalu banyak telah bersabar akan kerenah sidia. Makanya terjadi perpisahan. Disaat itu reaksi kita? Perkenalan dulu hanya sebuah kesilapan. 

Kesimpulannya:
Kita sebagai manusia terlalu bongkak hidup di atas roda dunia Allah. Kerana setiap sesuatu yang Allah perkenankan untuk berlaku itu ada terselit HIKMAH yang tersembunyi. Namun kita? Seringkali membentak dan menyalahkan takdir Allah. Seringkali negatif terhadap apa yang telah Allah aturkan untuk kita. Apa yang kita tahu.. hanya menyalahkan keadaan lalu contohnya; sidia dulu memang patut aku tinggalkan kerana tidak membawa sebarang manfaat. Sedangkan pada awal pertemuan? Beriya bersyukur kepada Allah kononnya sidia mampu membimbing kejalan Allah. Manusia mudah lupa. Apabila menyalahkan keadaan lalu, maknanya kita jua menyalahkan takdir Allah. Renungkanlah. Hidup jadi manusia jangan angkuh sangat. Sekian.

Fikiranmu: dirimu baik sangat
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

2 comments:

Si Galah Panjang said...

Semoga dijaukan sifat bongkak. Nauzubillah!

#jenjalan sini, jemput datang ke belog kite pulak yea..

Syah said...

anda ditagg

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html