Wednesday, December 9, 2015

Nasib Seorang Tua

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Semalam cx ke UTC bawa makwe (nenek) , dan ditemani oleh emak serta adik cx. Disebabkan kami semua perempuan, makanya adik lelaki di ajak sekali sebagai keselamatan memandangkan kami bawa anak kecil. Alhamdulillah selamat. Thank you Allah. 

Setibanya di UTC, kami terus ke tabung haji aras satu. Selesai sudah, cx terus uruskan hal di BSN pula untuk bayar bil dan masukkan duit pakwe (atok). Ketika menunggu nombor giliran dipanggil, cx duduk di ruang menunggu hadapan sekali dan di sebelah cx terdapat seorang pakcik. Pada mulanya pakcik itu tidak mendapat perhatian cx kerna normal sahaja tetapi sebaik sahaja pakcik itu bangun daripada duduknya ..
Credit to google
Allahuakhbar. Pertama, keadaan pakcik itu sendiri, uzur di usia emas berbongkok tiga sudah dirinya tetapi gagah datang ke UTC untuk menyelesaikan urusannya. Kedua, pakaian pakcik itu. Sungguh kesian. Baju seluar lusuh. Seluar berikat tali pinggang di baju yang dikoyakkan daripada cebisan kain. Kejap-kejap seluarnya jatuh dan ditarik semula. Kesian. Ketiganya, urusan pengeluaran duitnya tak menjadi sebab ic dia tiada. Paling kesian bila tengok muka pakcik tu terkebil-kebil kecewa dan terpinga-pinga apabila tak dapat keluarkan duit serta ketiadaan ic. Seperti tidak faham kenapa dan mengapa apa yang berlaku.

Sedih sungguh hati. Cx tak tahu keadaan sebenarnya. Be positive sahaja. Mungkin anak-anak jauh. Mungkin tiada anak atau mungkin sebaliknya. Allah. Permudahkanlah urusan pakcik tu. Sedih bila dikenangkan sebab bayangkan pakcik itu abah kita. Allah.. sedih sangat memandangkan cx pon sudah tiada abah. Allahuakhbar. Sedih.

May Allah ease
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

1 comment:

Yumida Huda said...

sedihnya..
moga dipermudahkan urusan pakcik tu