Saturday, December 5, 2015

Nestle Everyday : Susu Kegemaran!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Nak dijadikan cerita, cx ini sangat suka minum susu. Tersangat suka. Jangan tanya kenapa tapi yang penting susu itu sedap. Haha. Tidak kira apa jenis susu, cx suka minum tetapi bukan susu pekat manis itu ya kawan-kawan.

Susu yang menjadi pilihan utama adalah susu nestle everyday! Sangat sedap. Huhu. Sukanya cx dengan susu sehingga cx suka makan begitu sahaja tak buat air. Muahehehe. Husband selalu tegur tetapi curi-curi makan juga. Kih3. Ampun husband. 
Haaa nampak tak susu di atas? Yummy~ rasa nak ratah sahaja sekarang. Huhu. Inilah susu kesukaan cx. Encik husband baru belikan yang paling besar sekali buat isterinya ini. Hehe. Susu ini makin tahun makin mahal. Dulu yang kecil MYR8++ tetapi sekarang MYR10++ .. Makanya boleh bayang tak yang besar harganya berapa? Fiuhh~ ini baru susu emaknya, susu anak pula? Menitik peluh abahnya bekerja nak cari rezeki buat anak dan isteri. 

Mudahan Allah limpah ruahkan rezeki dan permudahkan segala urusan suami dalam mencari rezeki memberi nafkah buat anak isteri. Amin buat kalian juga. Amin. Ohya, dulu suka susu nespray tetapi menjadi kurang suka sekarang sebab susu tersebut mak cx guna buat kuih raya. So rasa dia macam kurang sedap sebab rasa kuih haaha. Okbai.

Syukur Alhamdulillah
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

1 comment:

Yumida Huda said...

suka susu nespray...nyum nyum...sedap
masa preg je minum susu, sekarang x minum dah..hikhik
moga cx n hb dimurahkan rezeki..