Thursday, April 30, 2015

Due Date Vacancy JAIM, Melaka dipercepatkan!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla! Selamat petang nak ke malam! Eh eh! Tetiba muncul update blog. Muehehe. Tak terlintas di fikiran sebenarnya nak update sekarang tetapi dah tertaip pula. Hehe. Makluman warga Melaka.. haritu JAIM ada buka jawatan kosong dan seperti yang kita tahu tarikh tutup dia adalah pada 21 Mei ke 15 Mei kan? Sorry lupa ya kawan-kawan. Tadi bila cx pergi ke JAIM.. 

Bacalah notis yang dinaikkan. Ternyata tarikh tutup permohonan adalah hari ini. Cx tanya staff JAIM dan dia cakap, terpaksa percepatkan tarikh tutup sebab dah terlalu ramai pula yang memohon. Nanti bila dibiarkan lagi.. dan orang tak dapat.. lagilah orang marah sebab kuota yang dikehendaki sangat sedikit dan terhad.  Haa begitulah gamaknya. Mungkin tiada rezekikan? Cx sempat juga ambil gambar tadi. Korang bacalah sendiri kot-kot ada jawatan yang hendak dipohon. :)


Semoga ada rezeki
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tuesday, April 28, 2015

Menu Tengahari 28/4/2015

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hari ini masak dekat rumah mak cx. Yeah! Dapat pula rezeki free, udang daripada makwe (nenek) cx. Apalagi.. berlegar otak berfikir nak makan itu dan ini. Huhu. Tapi lambat masak sebab tadi bawa makwe beli blender sebab blender dia dah rosak. Alhamdulillah selesai. 
credit to MATGEBU. RESEPICIKGUANI & PETUA NENEK
Haa gitu resepinya. Maaflah gambar ambil daripada owner yang cx mention di atas sahaja sebab tadi makan tak ingat dunia dan dah habis baru teringat nak ambil gambar. Haha. Ergghh! Alhamdulillah. Kenyang sungguh. 

Makanan simple inilah yang membuka selera. Ikan pekasam goreng, Sambal Udang dan Kobis masak lemak putih. Yummy. Sangat kenyang sampai mengah. Nak duduk pon kena tegakkan badan. Haaha.  Okay nak rehatkan perut. Ehh! Haha!

Alhamdulillah syukur
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Trauma: Mr.C, Mr.K & Mr.L

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kisah Ahad lalu. Cx memang seorang penggeli.  Bukan penggeli yang pemalas pengotor itu ya. Tetapi penggeli kepada para Mr. sekalian yang disebutkan pada tajuk entry.

Nak dijadikan cerita, semasa nak masuk bilik air, cx memang akan cek semua ceruk dan sudut yang ada sebelum menutup pintu serta menunaikan hajat.  Sebab apa? Kadang-kala mereka semua ada di situ. Fiuh! Berpeluh. Tak perlu persoal lebihlah bagaimana dan kenapa. Cukup jika cx katakan apabila korang menetap di persekitaran kampung. Ianya amat normal. Betul tak?
Credit to Fontriver.com
Masa cx masuk tu, pertama sekali cx akan tengok belakang pintu .. Sebab Mr.K selalu buat surprise dekat cx. Even dia sekadar duduk sahaja di situ tetapi bagi cx, ianya amat menyeramkan. Lagi seram daripada menonton cerita hantu. Miahaha.  Ahad lalu, bila cx nampak sahaja Mr.K, terus cx sepantas kilat keluar balik dari bilik air. Terbantut hajat. Haha. Tup-tup mother in-law tanya.. Kenapa? Haha terus tersengeh macam kerang busuk. 'Ada katak' ... Respon MIL? Gelak je. Haha

Then MIL yang tolong buangkan. Hahaha! Si penakut sungguh cx ini. Haha! Tiba-tiba MIL cakap camni, 'kenapa semua takut?' Haha! Terus cx gelak besar dan cakap.. bukan takut mak, tapi geli.  MIL pon tanya lagi, kenapa geli? Cx pon jawab sebab dia orang semua lembik. Hahaha! MIL pon ketawa. Huhu segan tapi malas nak amek pusing sebab memang cx dah takut dan geli.. nak buek camno? Huhu
credit to says.com
Kan MIL dah tahu betapa penakutnya menantu dia ni. Haha. Siap suami cx cakap 'dalam rumah ni, cx seorang sahaja yang takut dengan Mr.K, C & L'. Hahaah! 

Nota Kecil:
Nak cerita pasal Mr.L dan C tapi entry dah panjang berjela pula rasanya. Huhu Next time lah kalau berkesempatan dan kalau ingatlah. Hehe. Ohya, Mr.L tu Lipas dan Mr.C tu Cicak. Hehe

Terima kasih semua
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, April 27, 2015

Zaman Naik Bas Awam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Menjadi viral gambar loceng bas masa zaman 80an ke 90an di laman sosial dua tiga hari kebelakangan ini.  Sesiapa sahaja yang ada pengalaman dengan loceng bas ini pasti akan menekan butang like. Tak terkecuali cx sendiri. :) Ianya satu moment yang sangat menjadi kenangan terindah. 

Credited. Tq
Sepanjang cx bersekolah menengah, memang bas awamlah yang menjadi pilihan cx untuk pulang ke kampung dan pastinya loceng inilah jodoh cx setiap kali bertemu serampang dua mata. Hehe Memang seronok nak main tekan-tekan tapi jadi fobia bila ianya cx tak dapat nak tekan. Sebab apa? Sebab loceng itu tinggi sangat. Miahaha!

Cx tak salahkan loceng. Hehe Tapi sedih sebab tiap kali nak tekan mesti tak sampai ataupun kena bertinjet. Haha. Lagi tak best bila bas penuh dan loceng jauh. Aduhai. Camno eden nak buek tu? Seperkara lagi bila loceng betul-betul atas kepala penumpang yang sedang duduk di kerusi tersebut. Haha. Semestinya cx akan cakap 'kak, tolong tekankan loceng boleh?' sambil buat muka semanis habis. Hehe. Almaklum cx tak sampai. Kih3. 

Pengalaman dan kenangan manis korang dengan loceng bas yang sangat legend ini bagaimana pula? :) Seronok bila imbau kembali zaman loceng ini kan? :)

Alhamdulillah
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Sensitif Sangat!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi salam isnin buat semua pembaca. Semenjak beberapa bulan kebelakangan ini, cx menjadi seorang yang sangat sensitif.  Sangat dan sangat.
Credited. Tq.
Rasanya cx tahu kenapa terjadinya perasaan macam ini.  Tetapi memang tak boleh nak bendung.  Sungguh.  Contoh kalau suami cakap something yang biasa pun, boleh meleleh air mata. Kemain sensitif lagi gamaknya.  Selalulah nanti en.suami pujuk but then lagi laju air mata mengalir . Hahaha.  Pelik-pelik je. 

Kadang-kala rasa overnya diri ini apabila cakap sikit sahaja terus cememeh. Alahai .. Tetapi memang tak boleh nak elakkan. Bukan sengaja suka-suka buat tapi dengan sendirinya datang tanpa diundang. Fiuhh. Korang bagaimana? Tipu jika kata tak pernah alami perasaan pelik-pelik ini lebih-lebih lagi wanita. Betul tak? Huhu kbai.

Mudahan sempurna
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tuesday, April 21, 2015

Giveaway 1st Luarteko.Blogspot.com

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

klik
hadiah sangat best!
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


link sponsor:

semoga ada rezeki
lahirkanlah keiklasan dihatimu

Wednesday, April 15, 2015

Juadah Petang Hari: Roti Puri India

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi semua!  sempena hari Bandaraya Melaka Bersejarah ini.. Sudah tentulah banyak masa kan. Almaklum cuti. Huhu Jangan jeles kepada anak jati lain negeri. Meh3. Okay hari ini tiba-tiba teringin nak makan roti puri. 

Masa kecil dulu emak cx selalu buat tapi cx panggil dia kuih gunting @ kuih kembong. Sebab dia mengelembung bila goreng. Huhu tapi ternyata hari ni bila nak makan dan tak berapa ingat resepi dia.. Makanya google la kan tapi tak jumpa sebab tak tahu nama betul dia. Haha. At last en.husband yang jumpa. Kemain semangat tolong google untuk isteri dia. Huhu syukur.

Credit to azlitamasammanis.com
Haa kenal tak roti puri? Tadi cx cari resepi dan sangat berterima kasih untuk kak Ita dan blogger Lina di atas perkongsian resepi.  Emak cx dulu buat pakai yis.. jadi cx ambil resepi both of them. Mudah sangat. Memang secara tiba tiba nak makan. Dah alang alang nampak yis mak mertua kat dapur.. apa lagi.. jalankanlah misi. Haha.

Alhamdulillah tadi buat .. menjadi kembungnya. Cx canai dan mak mertua tolong gorengkan siap buatkan kuah lada. Hahah. Memang itu lawan dia. Alhamdulillah sangat happy sebab menjadi sungguh. Abah mertua bukan main suka. Katanya ini first time abah makan.. bagus kata abah. Alhamdulillah. Suka sangat. Huhu okaylah. Kalau korang nak resepi.. pergilah ke blogger yang cx dah siap credit tu. Kbai.

Cx says:
Tak menyempat nak ambil gambar sebab laju sangat semua makan.. sedap katanya. Heheh. Paling penting, en.suami kata sedap dan suka. Alhamdulillah. Syukur.

Syukur nikmat
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tuesday, April 14, 2015

Dinner: Mr.Prince?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla! hari ni nak berceloteh dekat blog kesayangan yang dah lama sangat terbiar. Iyalah, orang kata sayang bini tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan. ehh! haha. okay hari ni saja nak share cerita. Bukan cerita apa pun, saja nk kongsi. Sedikit peribadi. aicewah. bukan selalu share benda peribadi dekat blog ni. kan? keh3. Hanya orang yang biasa baca blog cx ini sahaja yang tahu cx selalu ke tidak share hal peribadi. meh3.

credit to Mr.Husband
Nampak tak hamper dekat atas? Kemain menang dua hamper tapi yang paling tak menahan, hamper besar tu punya title. amboi! hamper kecil tu lucky draw jer. Tiba-tiba diumumkan menang sebagai Mr.Prince untuk dinner malam itu. Fuhh!! My husband is Mr.Prince?? kemain lagi dia.  Balik jer rumah terus en.husband cakap, next dinner, iolls ikut okay. Miahahaha! en.husband nampaknya pandai membaca apa yang berlegar di fikiran cx. huhu. laki den tu. muahahah! #kbai

Halal itu Indah. Alhamdulillah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

"GIVEAWAY BY KAMEQ DEANNA".

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

 HERE
click HERE
mudahan ada rezeki
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Thursday, April 2, 2015

Beriya Angkat Salah & Aib Orang

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sekarang ni banyak isu yang makin menjadi-jadi dan meluap di upload tanpa menggunakan akal yang Allah pinjamkan. Tidak mengapa, mungkin kali ini hari mereka dalam melakukan kekhilafan, apa yang boleh kita lakukan adalah doakan mereka. InShaaAllah.


Apa yang cx nak kupas dekat entry ini adalah apabila adanya manusia yang suka sangat angkat kesalahan dan aib orang lain macamlah diorang tu tak pernah buat salah.  Sedangkan dulunya pernah ada sejarah hitam yang rasanya diri sendiri pun jijik nak kenang kembali.

Ehh! Faham ke apa cx cakap ni? Bagaimana nak cakap ya.  Setiap orang ada salah silap sendiri dan mungkin telah bertaubat tanpa kita ketahui. Itu sudah bagus apabila kembali ke jalan Allah namun.. apabila tiba masanya orang lain pula melakukan khilaf yang mana nasib mereka terjadi dalam dunia viral.. tak perlulah beriya menghina. betul tak? Lupa ke kalau dikenang balik silap sendiri, tak jauh beza pun hinanya silap yang kita lakukan itu. Makanya, beragaklah ya kalau nak hina orang pun.

Sekadar perkongsian
lahirkanlah keikhlasan dihatimu