Monday, May 25, 2015

Mungkin Mereka Lupa

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hidup kita memang yang tua dihormati, yang muda disayangi. Adat ibu bapa kita ajar supaya dengar cakap orang lebih tua sebab mereka lebih makan garam. Kita yang muda perlu lebih ikut kata dan kemahuan mereka. Islam pun ajar benda yang sama.

Namun mereka mungkin lupa.  Dalam Islam ada batas yang diberikan. Jangan terlalu hadap dengan adat sehingga lupa dosa pahala. Setiap manusia dijadikan mempunyai perasaan dan hati. Bukan macam robot, ikut sahaja arahan yang diprogramkan.

credit to affizzarcorner

Sebagai contoh, memang seorang mak atau nenek itu besar titlenya.. Namun mereka tidak bolehlah sewenangnya jatuhkan hukum kepada anak cucu cicit. Andai anak tidak menjadi seperti yang dikehendaki, degil dan tidak mendengar kata, bolehkah mereka jatuhkan hukuman bahawa anak mereka itu anak yang derhaka? "Nanti aku dah mati, kau kencinglah dekat kubur aku! Anak derhaka!"

Ingat ya, kadang-kala ada yang beriya menegur tetapi dalam keadaan mengaibkan. Itu bukan yang di ajar Islam. Bila anak muda pula cuba menyatakan sesuatu kesalahan yang tua itu sudah lakukan.. Mulalah keluar ayat, "Kau dah pandai nak ajar aku kan? Umur baru setahun jagung, ada hati nak ajar aku"..

Dalam Islam, tak ajar orang tua boleh sesuka hati herdik orang lain. Mentanglah mereka lebih makan garam.. Ingatlah wahai manusia.. walau siapa pun kamu, jika kamu mengguris hati orang lain.. Tetap jatuh dosa kerana menyakiti mereka dengan sengaja.  Akhirat nanti tak adanya Allah hisab ikut berapa tua dan sejauh mana kamu makan garam.

Sayangilah Sesama Kita
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Wednesday, May 20, 2015

#May20 : Wordless Wednesday

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Credit to Che Mohd Faris
Kerna kau ku sayang
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tuesday, May 19, 2015

Restoran Rahmah Tom Yam & Seafood

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hi semua! selamat petang! okay kali ini cx nak kongsikan tempat makan yang gerenti sedap dan puas hati! Kedai orang Melayu kita yang menyediakan pelbagai masakan Thai dan Ikan Bakar.  Korang yang duduk di Seri Kembangan, Selangor Malaysia. bolehlah cepat-cepat pergi sana untuk cuba sendiri penangannya .huhu. Korang boleh usha dekat fb Rahmah Tom Yam & Seafood .. Jom layan gambar! 
Ini kedainya. Terpampang megah signboard :) Kalau tak jumpa, tak tau nak cakap apa. huhu
 Cx attach sekali supaya senang nak contact. Boleh terus buat order famili. Hehe
Pelbagai juadah yang disediakan termasuk juadah minum petang. Keropok lekor Terengganu, Sedap!
Awal-awal pembukaan dah ramai orang. Alhamdulillah rezeki
Okay kawan-kawan, Restoran Rahmah ini beroperasi bermula jam 4:00 petang sehingga jam 1:00 pagi.  Jangan lupa singgah ya! Cx gerenti sedap! Cx bagi 10 bintang sebab memang servis sangat bagus dan terbaik! Tak rugi! Sedap dan sangat berbaloi! Cx dah rasa masakannya, so cx memang suggest dekat semua untuk cuba! 

semoga sukses selalu
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Simple RM100 Giveaway Byijeni

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Assalamualaikum, Jom join Simple RM100 Giveaway Byijeni. RM100 untuk dimenangi tau. Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut :)

 
Hadiah Giveaway :-
  • Wang Tunai RM 20 (x2 Pemenang)
  • Topup RM 5 (x7 Pemenang)
  • Topup RM 10 (x3 Pemenang)
    Total : 12 Pemenang

    Haaa cukup RM 100 hadiah untuk giveaway ni. Even hadiah tak lah sehebat org lain, tapi ikhlas dari hati tau. Aicewahh.

    Syarat Giveaway :-
    1) WAJIB follow 2 blog ni (IZNI NAJWA) & (BYIJENI_SHOP) - akan dicheck ye
    2) Buat entry yang bertajuk : Simple RM100 Giveaway Byijeni
    3) Copy dan paste code di HTML entry dan publish.
    4) Submit link entry anda di ruangan komen.

    Mudah kan caranya? Apa tunggu lagi, cepat KLIK SINI untuk join.
  • TARIKH GA : 14/5/2015-30/5/2015
Salam Syaaban
lahirkanlah keiklasan dihatimu

Segmen Menjelang Ramadhan 2015

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click banner
Hai semua! Jom sertai segmen menjelang ramadhan ini yang dianjurkan oleh NurHidayahNordin.  Tempoh segmen sangat lama lagi, Hadiah sangat awesome! So korang jangan lepaskan peluang okay. Mana tahu ada rezeki :) syukurlahkan. hehe. Apa tunggu lagi? Cepat up entry! kbai~

mudahan ada rezeki
lahirkanlah keiklasan dihatimu

Friday, May 15, 2015

Pesan Ustaz

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Cx banyak belajar dengan apa yang disampaikan oleh para Ustaz.  Alhamdulillah jika kita tekad dan berniat baik.. Allah akan bantu mempermudahkan urusan kita. Syukur.  Apa yang ustaz pesan adalah berkaitan perkongsian kita di facebook.

Ya benar facebook adalah hak milik kita dan ikut suka hati kita nak buat apa. Namun apa yang ustaz sampaikan... amat membuka minda cx untuk berfikir semula dan muhasabah diri.  Tidak mudah untuk kita istiqamah dalam melakukan sesuatu tetapi jika kita usaha.. In Syaa Allah. Mudah-mudahan Allah permudahkan.
Ustaz pesan, jika sudah berkahwin.. jangan suka sangat upload selfie kegembiraan dengan suami/isteri.  Kenapa ustaz? Sebab ada orang yang masih belum berkahwin. Ada orang yang mungkin sedang bergaduh atau salah faham. Mungkin jua ada orang yang di ambang penceraian.  Apa perasaan mereka? 

Ustaz juga pesan.. Tak perlu upload gambar kita seorang diri banyak-banyak di muka buku. Tak kisah awak bujang atau berdua. Kenapa ustaz? Kerana.. tak semua orang suka dengan kita. Ada yang iri hati mungkin dengan kelebihan yang kita ada. Mungkin ada yang menaruh hati pada kita dan simpan gambar-gambar kita tanpa pengetahuan. Mungkin juga ada yang mahu jadikan modal nafsu mereka. Nauzubillahiminzalik.

Ustaz pesan.. nak buat sesuatu.. biar berpada-pada  Jika rasa tiada faedah, tak perlu lakukan. Kebahagiaan yang ada.. simpan sahaja. Biar orang tidak tahu tetapi hidup kita terjaga dan terbela. In Syaa Allah. Sebab orang zaman sekarang kita susah nak jangka. Sekadar perkongsian :) Terpulang kepada individu :)

Jagalah maruah diri
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Saturday, May 9, 2015

Beware! Kobis Tiruan!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Amboi rajin up entry malam-malam buta ini ya cx oii. Huhu. Sebenarnya mata belum mengantuk. Sebab itu berlegar blogwalking dan tiba-tiba ter-update entry. Hehe

Haritu cx ada nampak dekat facebook ... adanya kobis tiruan. Alahai. Macam manalah kanser tu tak cepat lekat dekat manusia kalau manusia sendiri yang cipta bukan-bukan. Apa motif pun tidak diketahui. Hanya pentingkan duit agaknya tetapi kesihatan dan keselamatan manusia lain tidak dihiraukan. Geleng kepala. Korang tengok sendirilah. 

video
credited. Lupalah ambil dekat mana. Sorry.

Haa bagaimana? Sebelum ini kes telur tiruan dan telah pun terlepas dekat Malaysia. Sekarang ini kobis pula? Mudahan tak masuk Malaysia ya. Alahai.  Bahaya sungguh. Mati cepatlah semua orang. Mana tidaknya.. kita bukan sedar pun benda itu asli atau tiruankan? Mudahan Allah lindungi kita semua. Amin

Apabila duit mengaburi Mata
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Friday, May 8, 2015

SEGMEN : blogwalking sebelum Ramadhan bersama ayuinsyirah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Click banner to join
Okay mari support ayu punya segmen.  Dapatlah saling mengeratkan silaturrahim. In Syaa Allah.

Support each other
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Perli Bahasa FY : Diet

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi hi hi.  Haritu ada terbaca satu post Sis Lin di facebook beliau.  Secara kebetulan, ramai juga kawan-kawan cx update isu yang sama di mana mahu melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang mereka inginkan dalam tempoh yang ditetapkan.  Korang tengok sendiri apa post sis lin.  Cx kongsikan di sini sebab cx rasa macam terbaik sahaja post sedemikian. Huhu. 

credit to sis lin
Daripada perspektif pihak yang positif mungkin menjadi satu kata semangat untuk mereka yang mahukan sedemikian.. Namun jika dipandang daripada perspektif negatif daripada pihak yang lain, mungkin juga mereka tidak dapat menerimanya. Huhu. Iyalah, manusia ada pendapat masing-masing kan? Betul tak? Namun bagi korang sendiri, dalam mencapai sesuatu, adakah diwar-warkan terlebih dahulu atau take action first? 

Sambil update blog dan mendengar lagu-lagu koleksi Raihan, cx nak cakap sikit, walau apa pun jua yang korang target dan hendak capai dalam tempoh yang ditetapkan, cx doakan agar korang tercapai hajat tersebut.  Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah ya :) hehe. Okbai.

Niat perlu betul
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click banner to join
Tamat 
15/05/2015

Rezeki Allah itu Luas
lahirkanlah keikhlasan dihatimu