Tuesday, January 12, 2016

Nescafe Tarik Berbuih!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla everyone! Semoga sihat selalu hendaknya ya. Entry kali ini sengaja nak bercerita sebab tengah bosan. Huhu. Makanya tajuk entry macam ini pon boleh jadi. Hahaaha

Nak dijadikan cerita, en.suami selalu request air nescafe tarik, makanya cx akan selalulah buatkan. Sekejap air okay rasanya, ada kala kurang manislah, tak panaslah, tak berbuihlah. Haha. Biasalah manusia, bila buat sesuatu itu ada masanya ada sahaja yang terkurangkan. Ampunlah ya en.suami. Hee Nasib baiklah en.suami jenis yang bila cx tanya pendapat beliau, InSyaaAllah jujur ikhlas amanah tabhliq fathanah jawapan beliau beri. Alhamdulillah mudah bagi cx perbaiki agar dapat mengikut kehendak beliau. InSyaaAllah .


Nampak tak dalam gambar tu buih dia macam mana? Hahaha. Teringat haritu cx buatkan en.suami nescafe tarik berbuih, time tu mak ternampak then mak pon cakap, 'amboi buih dia' .. dan secara pantasnya en.suami pon jawab, 'buih itu harus' huhu. Comel je masing-masing. 

En.suami dan cx memang jenis cerewet sedikit dalam banyak perkara tetapi ada masa apa yang cx rasa cerewet, beliau pula yang tak kisah. Aishh .. Tidak mengapalah, setiap pasangan itu dijadikan Allah agar saling melengkapi antara satu sama lain. Alhamdulillah syukur selalu. 

Doa bersama:
Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang mendirikan solat, begitu juga keturunan dan zuriat kami. Perkenankanlah doa kami Ya Allah. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Keluargaku Bahagia
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

No comments: