Thursday, January 7, 2016

Part 2: Pengalaman Bersalin Anak Pertama

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Perhatian:
Entry ini sangat panjang lebar dan telah mendapat izin en.suami. Sekian. 

29/9/2015
00:04 pagi (Selasa)
Selesai masuk sahaja belon, cx memang dah tak tahan, terus minta misi ubat tahan sakit. Banyak kali minta tapi kemain susah nak dapat. Dahlah sakit beriya ni. Rasa nak push sahaja tetapi jalan masih belum buka. So it was dangerous. At last whatsapp en.suami suruh minta ubat tahan sakit bagi pesakit bilik 16. Datang sahaja nurse, terus bagi ubat sakit. Ingatkan dia bagi pil, rupanya injection. Tak sangka ubat tahan sakit injection itu pon sakit. Terkejut bila kena inject. Inject dekat punggung kalau cx tak silap. Ke dekat paha. Lupalah. Even dah inject but still tak mampu tanggung kesakitan kontraksi. Setiap minit rasa nak terberry sahaja. Tapi tahan. Alunan surah-surah pilihan tak pernah putus sepanjang sakit itu. Mulut terkumat kamit berzikir harap dipermudahkan Allah.

05:20 pagi (Selasa)
Setiap masa cx mengerang perlahan menahan kesakitan kontraksi. Ya Allah tak tahan sangat. Sepanjang enam jam kali kedua induce ini, memang terasa azab sakitnya nak bersalin. Acara seluk-menyeluk toksah cakap. Setiap masa setiap ketika doktor yang datang cek mesti seluk untuk tengok bukaan jalan. Masa ini baru 4cm. Bayangkan dah almost 10jam. Baru 4cm? Allah! Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah, permudahkanlah bagiku Ya Allah. Aku mohon ampun... Doktor terus pecahkan air ketuban. Memang terasa air mengalir bila doktor pecahkan. Disebabkan sakit semakin kuat, akhirnya doktor bagi gas sedut untuk kurangkan sakit. Cx ada dapat info tentang gas sedut ini, cousin cx kata jangan sedut sangat, nanti badan lemah nak push. Cx pon memang dah tekad, selagi mampu tahan, cx tahan dan Alhamdulillah tak banyak sangat sedut gas. Rasanya 10kali je kot. Entahlah tapi dalam kiraan sebegitulah cx sedutkan gas tu. Siap misi kata, ehh .. awak sedutlah gas tu dik. Hahah

06:00 pagi (Subuh Selasa)
Selepas bukaan jalan 4cm, doktor tolong bukakan jalan lagi. Amboi kemain sakit. Terus ditolakkan cx ke kamar bersalin sebenar. Kamar 28 kot. Tak ingat. En.suami ingat rasanya. Huhu sepanjang masa tu sangat sakit. Kontraksi semakin kerap. Memang mengiring mengerekot dan genggam besi katil kuat-kuat. Bilik yang ada air-cond pon cx berpeluh. Sakit beriya nak meneran bagai. Ingatkan nak keluar dah baby, atlast terberry dan shi shi dekat atas katil. Bayangkan sampai begitu sekali. Dah tak fikir malu ke apa ke, redah sahaja. Nak bangun memang doktor marahlahkan. So doktor kata, takpa, berry sahaja. Nanti kita bersihkan. Memang bila dah terberry tu, makin kuat lak rasa kontraksi. Rasa nak berry lagi tapi kosong dah tau. Pastu doktor pon cek jalan. Cx dah merayu minta panggilkan en.suami teman tapi kemain payah sebab en.suami tak sempat nak kursus time tu. At last lepas cek jalan, doktor kata da 7cm, terus panggil suami masuk. Tiba-tiba jalan dah buka 9cm dan doktor terus bukakan jalan sampai 10cm. Allah sakitnya. 

Anakku
Around 08:00 pagi (Selasa)
Tak ingatlah masa sebenar tapi lebih kuranglah. En.suami dah ada di sisi. Doktor dah suruh buka kaki seluasnya dan kedua belah tangan pegang buku lali kiri kanan. Kepala angkat pandang perut. Sambil en.suami disuruh ampu kepala cx. Bayangkan dengan mesin CTG sebelah cx dan en.suami terpaksa bergaduh dengan mesin tu sebab nak ampu kepala cx. Haha. Mesin CTG tu penting untuk tahu degupan jantung baby sepanjang jalan nak buka tu. Okay time ni dah start push. Around 08:15 pagi kot. Cx push macam kita nak berry tulah. Siap doktor kata cx tak berapa pandai nak teran. Kemain separuh mati cx teran, dia kata tak pandai? Hahaha kelakar pon ada. Atlast doktor ajar meneran dengan kiraan. Doktor kata camni "okay dalam kiraan tiga saya, awak teran okay? Ready? 1,2, tarik nafas dalam-dalam, 3 ... teran ~ haa like that. Almost 3times macam tu. Push punya push, keluar dah kepala baby. Lega sikit. Cx siap rileks lagi daripada push. Tetiba nurse cakap, dik, awak tak boleh stop lama-lama tau? Kepala anak awak je yang baru keluar ni. Haa startlah push balik.. time ni memang kena guntinglah laluan nak bagi keluar bahu. Huwaaa~ terasa macam kene gigit semut sahaja sebab dah lali dengan kontraksi kan. 

08:26 pagi (Selasa)
Lepas sahaja push dua tiga kali lagi, terus baby keluar. Alhamdulillah syukur sangat. Lepas sahaja kaki anak keluar, lega sangat rasa. Terasalah terkeluar darah dengan anak. En.suami tengoklah anaknya keluar. Hehe. Alhamdulillah. Syukur. Doktor tonggengkan anak, dengarlah anaknya suara. Terus doktor letakkan dekat dada. Alahai sayang anak mak. Kemain bulat mata dibukanya. Sedap bau baby. Bauan syurga. Terima kasih Allah. Time ni en.suami disuruh keluar ambil wuduk untuk azankan anak. Sementara itu, perut cx digodeh untuk keluarkan uri. Akhir sekali kena jahitlah. Apa lagikan? Huuhu. En.suami pula azankan anak time tu dekat sebelah kiri katil cx. Sayu hati. Nangis kegembiraanlahkan. Thank you Allah.

Sex : Boy
Weight : 2.75 kgs
Delivery Type : Normal
Delivery Time : 08:26 am

Pengalaman Bersalin Anak Pertama:
Part 1

Alhamdulillah syukur
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

2 comments:

Wanie Masduki said...

Alhamdulillah..seronoknya dapat baby..doakan wani pulak eh :)

CXopportunities said...

Alhamdulillah tq wanie. Insyaallah dear