Thursday, January 14, 2016

Tahi Sawan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tahi sawan adalah perkara normal yang berlaku dan terjadi kepada bayi yang baru lahir. Ada juga yang tiada tahi sawan tetapi kebanyakannya terjadi. Tahi sawan adalah kuping-kuping seperti kelemumur yang berada di atas kepala bayi. 

Jika kita rujuk kepada doktor, tahi sawan ini berasal daripada keturunan keluarga yang mempunyai sejarah asma. Makanya no wonder anak akan ada tahi sawan ini. Menurut doktor Rahimah klinik amal dan surgery Bukit Katil Melaka, ada jenis tahi sawan ini  akan kekal sehingga ke usia dewasa. Maknanya waima sudah dibersihkan, ia tetap kembali. 


Jika mengikut kepercayaan orang dulu-dulu pula, ianya normal bagi bayi yang baru lahir. Namun ibu bapa perlu berhati-hati kerana tahi sawan boleh menjadi kudis jika tidak dibersihkan. Kuping-kuping yang ada akan menebal dengan banyaknya tanpa kita sedari.

Anak cx juga tidak terlepas, ada juga tahi sawan ini. Makanya cx dan en.suami bawa anak ke klinik dr.Rahimah, beliau mengesyorkan agar tidak kerap memakai jenis shampoo yang boleh memudaratkan, selain itu beliau bekalkan dengan shampoo khas yang dapat mengurangkan kehadiran tahi sawan. 

Cx ada beritahu doktor bila anak pakai shampoo baby johnson, kepala anak akan menjadi-jadi tahi sawannya. Then dr.Rahimah turut menceritakan bahawa ada juga pesakit beliau mengadu berkenaan hal sedemikian. Jadi, cx pon terus hentikan pemggunaan shampoo tersebut dan Alhamdulillah okay.

Pesanan ringkas:
Nasib baik anak cx lelaki, mudah sahaja ubat tahi sawan ini, botakkan sahaja kepalanya. Heheh itu juga saranan dr.Rahimah hihi

Sihatlah wahai anak
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

1 comment:

Shahida Dzulkafli said...

Semoga anak CX sihat dan sembuh dari masalah tahi sawan nie..