Monday, February 29, 2016

29 February 2016 : 5 Bulan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hari ini merupakan tahun lompat bagi setiap empat tahun.  Cx pon taknak ketinggalan untuk up entry di tarikh ini. Hee.  Alkisah nak bercerita tentang sang kancil dan si buaya tetapi sudah lapok gamaknya. Hee. Okay cx nak kongsi banyak cerita tetapi di sebabkan banyak kekangan, makanya sabar sahajalah anak oii. 

Nak dijadikan cerita, hari ini pergi bawak anak checkup untuk lima bulan.  Macam biasa, akan dikenakan injection. Sebelum ini pon ada juga injection terapi kali ini berlainan kerana anak sudah mengerti.  Banyangkan jika sebelum ini pon cx sedih bergenang air mata bila anak kena injection, inikan pula anak dah mengerti. Alahai luluh hati mak nak.  Kesian sangat. Injection ni boleh menyebabkan anak demam.  Mudahan tidaklahkan.


Tetapi balik sahaja dari Klinik kesihatan, anak dah mula merengek taknak berenggang . Pegang badannya dah rasa bahang.  Alahai anak.  sampai ke rumah, badan masih rasa suam dan bahang.  Terus cx ambil tempat cek suhu anak dan diletakkan di celah ketiaknya.  Alhamdulillah tak demam. 36.4°sahaja namun hati masih berkata-kata kerana suhu ini juga tinggi bagi seorang anak kecil. Sejam kemudin cx cek lagi dan ianya 36.7° .. Allah meningkat pula.  Terus mandikan anak. Kemudian bagi susu sambil cek suhu lagi. Allah. Naik juga. 36.8°.

Sejam selepas itu cx cek lagi suhu anak. Sah! Jangkaan cx tepat! Anak demam. Suhu cecah 37.1° .. Terus bagi ubat demam memandangkan nurse dah pesan, jika anak demam, bagi ubat demam ikut dos yang disuruh.  Cx cuba bagi anak makan ubat. Okay sekali suap cantik je dia rasa.  Second one, terus buat perangai taknak makan ubat. Haha comellah anak.  Tak sedaplah tu. Atlast cx decide masukkan ubat dalam susu dia.  Alhamdulillah okay waima susunya lambat betul nak dihabiskan sebab dah rasa lain. Hee. Duhai anak, semoga kesihatanmu kembali pulih sayangku. Amin

Semoga cepat sihat sayangku
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

4 comments:

cik fadh said...

hai cx! rase mcm blom tgok baby cz..ke terlepas pandang..sbb ramai btol member ade ank kecik dan lahirkan baby..smpai confused dah..hehe

CXopportunities said...

Haha. Cx tak permah up.gambar.sendiri dan anak di media sosial. Cik fadh cuba tnya kak yana ipau cik fadh tu.. Kak yana knl cx hee

Osman said...

salam. jemput join segmen bloglist saya http://iniblogke.blogspot.my/2016/02/iniblogke-mac16-bloglist.html#.VtUlJ_l96M8 thanks :)

Nabila Syifa said...

Singgah sini