Monday, February 22, 2016

Social Media: Permenantly Deleted Account!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi semua. Okay hari ini mood tak berapa nak baik.  Tiada sebab mengapa cuma tiba-tiba rasa nak marah. Penat mungkin.  Tertekan pun ya disebabkan hari ini tak menang tangan.  Memang senyap dari siang hari tadi bagi mengelakkan kemarahan yang tidak disengajakan.  Sudah tabiat cx akan senyap sesenyapnya kalau rasa marah atau tak puas hati. Makanya diam menjadi pilihan. Sedikit komunikasi pon kalau boleh taknak ada. Kalau ada pon secara terpaksa yang menyebabkan ton dan nada suara tersekat-sekat serta melantun-lantun. Maaf.

Juga hari ini menyebabkan cx rasa dunia dan hati terlalu kosong. Kosong sehendaknya. Lantas tindakan pantas dilakukan tanpa memikirkan apa-apa, segala social media yang ada, cx buang permenantly okay. Not temporary. Kecuali blog ini. Blog tak terlintas langsung nak delete di benak. Okay,  antara yang cx buang adalah Facebook termasuk fake account. Haha. Instagram juga tidak terkecuali. Twitter telah berkurun cx buang. The real my account just temporary disable memandangkan rasa sayang sangat dengan akaun itu. Iyalah semua kawan-kawan ada.  Cx mana ada kawan lagi dah nak huha huha .. Masing-masing dengan kerjaya sendirikan. Ehh sedih pula rasa.

Bukti petang tadi. Haha

Okaylah. Terima kasih kepada semua account yang telah berjasa.  Dulu pon cx pernah buat macam ni. Semua cx deactiveted.  Lama. Kemudian aktif sekejap sahaja untuk hujung tahun 2015 dan awal tahun 2016.  Kemudian rasa seperti dulu semula.  Mungkin ini boleh dikatakan penangan di peningkatan usia. Mungkin. Haha okaylah. Itu sahaja nak cerita meluahkan apa yang terbuku. Harapannya supaya tidak perlu bercerita melalui percakapan lisan. Okaylah bai.

Semoga terus Istiqamah
Lahirkankanlah keikhlasan dihatimu.

5 comments:

ubai ismail said...

alaa , suka baca status cx dkt fb :( . lepas ni kena mai blog la baru leh baca . hehehe tkpa ti ubai singgah selalu . :) all the best cx ! :3

ArELeEz said...

yg penting, blog still available.

Nazihah@Jiha said...

Blog ni jgn buang okay hihihi please..

Munirah Mustafar said...

Blog je lah penyambung cerita...

ary_lee said...

Tertarik dengan phrase - peningkatan usia! Hhahaha!