Tuesday, March 22, 2016

Tips Bawa Bayi ke Pawagam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi semua. Okay sebelum ini cx ada cerita tentang Baby boleh masuk panggung wayang ke? di entry INI. Cx juga ada cakap nak share tips bawa baby tengok wayang. So here we go ~

1. Baju Tebal Lengan Panjang
Pastikan anak dipakaikan pakaian yang berlengan panjang dan sedikit tebal supaya anak tidak sejuk. Yelah, kita duduk dalam tu pon boleh menggigil apatah lagi bayi. Bukan dua tiga minit je kita bertapa dalam tu kan? Huhu

2. Jaket / Selimut
Kemudian jangan lupa bawa jaket atau selimut anak. Waima dah berbaju tebal lengan panjang, kita tak pasti badan anak mampu hadap atau tidak dengan kesejukkan yang melanda selama dua tiga jam. So just be prepared. Tapi cx memang bawa sebab nak selimut anak sepanjang movie.
Credit to dermatique.co.uk

3. Tutup Telinga Anak
Bawalah penutup telinga untuk anak, kalau takde, pergi beli yang macam anak-anak orang putih pakai masa musim salji tu. Earphone. Kalau takde juga, cari inisiatif lain. Macam cx time tu memang tiada dan tak terfikir langsung sound dalam pawagam tu mampu memberi kesan kepada anak. Apa yang cx buat, cx selimut anak dengan kain bedung dia (besarlah bedung tu kan) dan tutup sekali telinga anak dengan selimut bersama tekapan tangan di telinganya. Peluk anak rapat ke dada. 

4. Stokin Kaki Tangan
Ini juga sila jangan lupa ya ibu bapa sekalian. Beriya tutup semua tapi kaki tangan ternganga. Serupa sahajalah. Huuhu.

Okay itu sahaja antara tips yang boleh cx bagi berdasarkan pengalaman dan tindakan cx sendiri ya. Jika ada yang nak tambah, boleh share di komen. Terima kasih! 

Semoga bermanfaat
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

5 comments:

Mas Zull said...

assalamualaikum CX...perkongsian yg baik ni...:)

CXopportunities said...

Wsalam mama. Terima kasih :-)

Amanina Mads said...

nice sharing.. dh ada anak sendiri kena ikut tips ni sbb diri mmg kaki wyg . hehe :)

MooSHE said...

msa msuk pwgm tu baby jaga ke tido?

CXopportunities said...

Baby tido heehhe