Tuesday, March 22, 2016

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih"

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



*sila tekan banner diatas untuk join*


Hadiah :

Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10


Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016



Giveaway Mac2016 Cash RM600 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , Tasha Aqisha , Miszrockers , Seindah Cerita DYatie Putery Memory , Pemburu Pelangi , Yanie Yusuf , Bahejabela , Rayyan Kata , Farah Dafri , dan Munirah Moon.


Semoga ada rezeki
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tips Bawa Bayi ke Pawagam

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi semua. Okay sebelum ini cx ada cerita tentang Baby boleh masuk panggung wayang ke? di entry INI. Cx juga ada cakap nak share tips bawa baby tengok wayang. So here we go ~

1. Baju Tebal Lengan Panjang
Pastikan anak dipakaikan pakaian yang berlengan panjang dan sedikit tebal supaya anak tidak sejuk. Yelah, kita duduk dalam tu pon boleh menggigil apatah lagi bayi. Bukan dua tiga minit je kita bertapa dalam tu kan? Huhu

2. Jaket / Selimut
Kemudian jangan lupa bawa jaket atau selimut anak. Waima dah berbaju tebal lengan panjang, kita tak pasti badan anak mampu hadap atau tidak dengan kesejukkan yang melanda selama dua tiga jam. So just be prepared. Tapi cx memang bawa sebab nak selimut anak sepanjang movie.
Credit to dermatique.co.uk

3. Tutup Telinga Anak
Bawalah penutup telinga untuk anak, kalau takde, pergi beli yang macam anak-anak orang putih pakai masa musim salji tu. Earphone. Kalau takde juga, cari inisiatif lain. Macam cx time tu memang tiada dan tak terfikir langsung sound dalam pawagam tu mampu memberi kesan kepada anak. Apa yang cx buat, cx selimut anak dengan kain bedung dia (besarlah bedung tu kan) dan tutup sekali telinga anak dengan selimut bersama tekapan tangan di telinganya. Peluk anak rapat ke dada. 

4. Stokin Kaki Tangan
Ini juga sila jangan lupa ya ibu bapa sekalian. Beriya tutup semua tapi kaki tangan ternganga. Serupa sahajalah. Huuhu.

Okay itu sahaja antara tips yang boleh cx bagi berdasarkan pengalaman dan tindakan cx sendiri ya. Jika ada yang nak tambah, boleh share di komen. Terima kasih! 

Semoga bermanfaat
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, March 21, 2016

Baby boleh Masuk Panggung Wayang Ke?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Haa hai semua! Dua Jumaat yang lalu cx ada cerita tentang Movie Review : Munafik 2016 kan? Okay dah tengok belum?  So how? Bestkan? Huhu okay, bukan itu menjadi topik kita pada hari ini. Apa yang cx nak share adalah berkaitan kemasukan bayi ke panggung wayang.

Munni : Bajranggi Baijan (soon will be reviewed) 

Okay hari itu sebenarnya pergi cinema bawa anak. Hahah teruk nau cx ni sebagai seorang emak. Hee. Maaf. Siapa tak sayang anak oii. Masa beratur nak tunggu masuk cinema tu, sedang lalu-lalang, tiba-tiba ada seorang gadis bersuara dengan rakannya; "Boleh ke bawak baby ke dalam?" .. Haa, cx dengar sepintas sahaja dan terus berlalu #FlipHair .. ehh tak tak. Cx pakai hijab. Hehe.

Okay, masa tu anak lima bulan, selalu cakap dengan husband, macam manalah kalau kita tiba-tiba nak tengok wayang dan husband cakap, bawa sahajalah. Huhu. Alhamdulillah en.suami okay cuma ada perkara yang perlu dititikberatkan apabila bawa anak kecil bayi ke panggung. Nanti cx kongsikan tips ya. Okaylah, itu sahaja nak cerita. Hehe kbai.

Keluarga Bahagia
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Sunday, March 20, 2016

Clever Girl Sarawak, Ethel Tersingkir!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi. Okay untuk episod pertama, cx memang terlepas untuk tonton dan kebanyakkan rakyat Malaysia memberikan komen mereka.  Malangnya komen tersebut lebih kepada arah negatif.  Rata-rata tidak berpuas hati dengan pemilihan clever girl ini kerana tidak nampak di mana clevernya antara peserta. Hal ini menjadi isu apabila soalan berkaitan wau bulan dan bendera Malaysia pun tidak boleh dijawab dengan betul. Itu apa yang cx baca dan dengar komen netizen. Cx tidak mahu komen lebih-lebih di sini. 


Episod kedua telah pon berlalu tadi malam jam 2100 di TV3 dan cx tidak terlepas untuk saksikan sendiri apa yang diperkatakan. Baiklah, pada cx, pengetahuan setiap manusia itu lain-lain. Ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu waima perkara basic dan common. Kita tak boleh salahkan 100% kepada peserta kerana mungkin kehidupan mereka berbeza dalam pencarian dan penerimaan maklumat either benar atau palsu.  Atau mungkin mereka gugup pentas. Possible right? Namun tetapi ...

Ethel : Clever Girl Sarawak Malaysia
Sebagai clever girl, haruslah bersiap sedia daripada segala aspek kerana mereka sendiri yang mahu meletakkan diri bergelar sebagai clever girl. That's why rakyat Malaysia sedikit marah. Perhaps. Apa yang boleh cx katakan, soalan clever ini mencabar juga. Iyalah, setiap orang pemahaman dalam sesuatu ilmu itu berbeza. Semoga clever girl terus maju mengilmukan diri. 

Kepada Ethel, even you dah tersingkir, sebagai wakil tunggal negeri Sarawak, whatever it is, you have been done your best! Don't be disappointed. People loves to talk and say anything and everything but do not listen to them. You are the best for Sarawak and Malaysia! Good Job Ethel. You is a clever girl and just ini bukan rezeki you. Itu sahaja. All the best Ethel! 

All the best!
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, March 14, 2016

Peluang vs Pengalaman

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Macam mana nak ada pengalaman kalau peluang tak diberi? Kemudian dok tanya ada pengalaman ke tidak sebelum ini?  How come lahkan? Come on lah. Celah mana nak ada pengalaman tu?  Bunyi macam marahkan? Haa memang marah pon. Haha. Rasanya bukan cx seorang yang hadapi perkara ini. Fiuh. Alahai nasib. Sabar sahajalah ya.



Alkisahnya tadi call kerja kosong yang dikongsikan oleh somebody. The first thing yang di tanya adalah pengalaman dengan nada yang tidak enak didengar. Terus rasa tak best. Kalau masa call tak nampak muka pon dah kekwat, boleh bayang tak bila dah bekerja nanti dapat rakan sekerja sedemikian? Jika beliau adalah boss, matilah nak jadi orang bawahan kau. Hurm okaylah bai.

Cuba nasib juga
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Friday, March 4, 2016

Movie Review : Munafik 2016

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai. Salam jumaat! Okay semalam jam 2100, cx sekeluarga bersama menonton pawagam cerita munafik yang pada asalnya rancangan kami adalah pada khamis malam tetapi tidak berkesempatan akibat seat penuh   Fiuh. Terpaksa datang jumaat malam tetapi kami beli tiket awal.  

Pada mulanya tak tahu pon mereka nak tonton cerita munafik, just follow their plans without asking anything.  Okay makanya pada malam jumaat, kami menonton cerita seram. Wuhuuuu~ Jika dulu cx sangat takut nak tonton segala datuk nenek moyang cerita seram tetapi .. hurm nanti cx cerita next entry.  



Okay cerita ini sangat best sebab banyak adegan yang outstanding dan tak mengecewakan.  Adegan cerita ini sangat awesome sehingga tidak nampak penipuan dan editing.  Semua macam real or they really shoot the real scene at the the real place? Oh No! Terbaik!  The best part yang cx suka masa maria kena rasuk for the first time.  Cerita ini berjaya buat cx konfius dari awal sehingga ke penghujung. Tahniah! Memang best! Ini cerita seram movie ketiga kot yang cx tonton di pawagam. Hehe.  Nabila huda berjaya menjayakan cerita ini dengan lakonan mantap beliau. Huhu.  Sangat best dan berbaloi bayar tiket wayang untuk filem ini. Korang dah tonton belum? Okay sila terjah panggung  as soon as possible. 

At the first time tonton cerita ini, kefahaman cx adalah macam biasa typical malay, apabila ustaz rawat pesakit, pasti ustaz akan terkena tempias.  Namun apabila telah menonton cerita ini ke pertengahan dan menuju pengakhiran, barulah cx faham, ternyata ianya bukan sedemikian, kesian maria (watak nabila huda). Cuma yang cx tak dapat jawapan adalah ibu tiri maria. Ending dia awangan sangat. *malas nak fikir haha.  okay kalau korang nak tahu apa sebenarnya kisah ini, pergilah silakan diri menerjah pawagam berdekatan anda. hehe. kbai.

Cx says: 
Tak mention watak utama sebab lakonan beliau tak berapa menjadi dan tak memberi kesan yang mendalam serta terbaik. Whatever it is, you have done your best .  Good job Adam! Keseluruhan cerita is 5 star!

Plot cerita sangat terbaik
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu