Monday, April 18, 2016

Oh! Baju-bajuku!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai korang! Lamanya rasa tak update blog. Maaf sebab sibuk. Tak menang tangan.  Tambahan pula, cx macam tak berapa nak ada kerajinan untuk menulis sedangkan ianya hobi. Uhuhuh

Okay nak dijadikan cerita, tiga bulan sebelum bersalin, agaknyalah, lupa the exact time, haha .. okay tiga bulan sebelum, cx stay dengan parent in-law for a few months and almost a year. If i am not mistaken. Jadi, segala barang peribadi cx telah pun berpindah tempat  Kemudian, disebabkan ada sedikit komplikasi dengan kandungan, kami suami isteri berpindah ke rumah emak cx sebab persekitaran lebih terjamin. Meaning nak minta tolong tu, ada ramai jiran tetangga dan rumah pun dekat sahaja dengan hospital. 

Makanya, all my stuff berpindah semula ke tempat asal tetapi berterabur dan berbungkus-bungkus. Haha dengan baju yang tak muat pakai semasa hamil, baju yang nak pakai, lain pula pemunggahannya.  Haahaha. Dipendekkan cerita, sampai anak dah mencecah enam bulan, baru rajin tetiba untuk punggah semula semua baju-baju. Fiuhhh! Berpoluh eden. 

Berikut adalah antara baju yang masih boleh dipakai. Haha! Nak kata iols gemuks la tu kan? Haha! Taklah  Ada antara baju di atas, masa form five punya baju pon masih elok dan boleh diapakai. Slim tak iols? Miahahha! Sila muntah hijau! Huhu .. Benda baik, buat apa buang. Cuma macam t-shirt dan jeans yang agak sendat *Muahahahah! .. cx dah bagi orang. Kebayakkan baju yang agak ketat zaman anak dara dulu, semua dah kena bungkus! Nak bagi orang pon kena pilih, kotnya cx bagi but then di buatnya pakai seksi-seksi.. fuh!! Mati den nak menjawab depan Tuhan nanti! Itupun cx terfikir selepas en.suami yang nasihatkan. Makanya cx kena pilih orang yang lagi kurus dan kecil daripada cx. Okay dah! Kemain panjang lagi cerita. Ada ke gamaknya orang nak baca? Hahahaha kbai.

Aku mak orang dah
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu