Tuesday, June 28, 2016

Notis Denda Pos Laju!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi! Haritu tiba-tiba dapat notis daripada Pos Laju. Belek punya belek, dikatakan bayaran pos tidak mencukupi. Cx punyalah fikir, cx ada post items or surat ke kan? Beriya fikir. Setahu cx, ada dua sahaja postage dan Alhamdulillah sampai pon. Kalau tak sampai pon, takkanlah kan sebab dah nak dekat sebulan kot.


Tambahan pula, penerima cx pon dah maklumkan barang sampai. Makanya memang ligat kepala dok memikior.  Asyik fikir tapi tak dapat jawapan. Atlast tadi, cx call sahaja Pos Laju Melaka.

Mr.Poslaju: 
Poslaju Melaka, Selamat Petang.

Cx : 
Selamat petang encik, Assalammualaikum. Saya cx. 

Mr.Poslaju: 
Wa'alaikumussalam. Ya?

Cx : 
Saya ada dapat notis daripada poslaju, notis apa ni ya? Katanya dekat sini bayaran pos tidak mencukupi.

Mr.Poslaju :
 Ya, itu notis denda. Cik kena pergi ke kaunter poslaju Melaka dan buat bayaran.

Cx : 
I see. Katanya ada Tax RM0.50 .. Maknanya saya kena bayar baru dapat items lah ya?

Mr.Poslaju : 
Ya betul. Juka cik tak datang, kita burn lah. 

Cx : 
Tapi encik, saya nak tanya, pos item tu yang saya hantar atau saya terima? 
Mr.Poslaju: Barang cik terima.

Cx: 
Tapi kenapa saya kena bayar ya encik?

Mr.Poslaju : 
Memang rules kita sebegitu, sekiranya kos penghantaran tidak mencukupi, kami akan denda si penerima.

Cx :
 I see. Okay encik. Terima kasih. Assalammualaikum

Mr.Poslaju : 
Wa'alaikummussalam.

Dah sudah. Tak memasal kena pergi ke poslaju Melaka. Duit minyak lagi tu. Huhu. Cx decide, malas nak tuntut. Kah! Baik korang mengaku, siapa ada hantar apa-apa pada cx tapi tak cukup postage charge? Hahaha comellah. 

Lambaian Ramadhan
Lahirkanlah Keikhlasan di Hatimu

Friday, June 24, 2016

Tema Warna Baju Raya 2016!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi hi hi! Okay apa khabar semua? Semoga sihat dan senantiasa di bawah lindungan Allah. AMIN. Puasa tak? Kah kah kah. Jangan yang yok tau! Tak lama sahaja lagi kita nak tibanya syawal, tanda ingatan, ku kirim rindu di angin lalu, kasih yang hilang ku hulur tangan, di aidil fitri, di aidil fitri ku pohon restu ~ sila jangan sambung. Kah!

Okay tahun ini baju raya kalian tema warna apa? Dah fikir belum? Nak raya dah ni! Setiap tahun mesti kita fikir nak warna apa kan? Tipu kalau tak fikir. Huhu. Cx tahun ini sudah pun pilih satu warna tetapi berbeza tiga beranak daripada segi tone warna. Haha dah macam warna pensil luna. Eh! 
#scarfdeaslebaran

Abahnya warna pekat sikit, emaknya warna lembut sikit, anaknya pula terang benderang. Dah macam lampu lip-lap depan rumah pon boleh jadi. Haha. Asalkan bolehlah eh. Haha. Lari tone tidak mengapa, asalkan warna seakan sama umpama adik beradik. Kan acuan lain-lain? Eh! 

Tahun ini meriah dan bahagia buat cx sebab adanya kehadiran bakal imam dan qari junior. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah. :) Anda bagaimana?

Instant shawl raya dan menangi RM100 duit raya selfie bersama #scardeaslebaran . Do click HERE ! 

Salam Ramadhan
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu