Sunday, June 11, 2017

Argan Scar Serum: Penawar Segala Parut

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai pembaca comel cantik jelita dan menawan cx! Okay kali ni cx nak kongsikan tentang serum yang sangat best. Nak tahu sebab apa? Sebabnya, serum ini mampu membuatkan kita semua tersenyum sampai ke telinga. Sungguh. Inilah dia ARGAN SCAR SERUM : Serum parut pertama di Malaysia yang menggunakan extrak minyak argan, menjadi penawar bagi segala jenis parut. 

Yours Truly Scar Serum

Eh! Iyeke? Iyalah dik non! Kalau awak semua nak tahu Argan Scar Serum ini merupakan produk serum parut yang dihasilkan dengan teknologi tinggi dan diformulasikan dengan extrak minyak argan tau. Ianya direka khas untuk MERAWAT, MENGURANGKAN, MEMUDARKAN & MENGHILANGKAN segala jenis parut serta MEMPERBAIKI tekstur tidak sekata dalam masa yang singkat. Haaa, bestkan? Siapa je yang suka parut bertapak dekat kulit kita kan? Inilah pilihan terbaik buat awak semua. 
100% organik dan bau yang menyenangkan
Kalau digunakan serum ini secara konsisten, InShaaAllah parut akan pudar dalam masa yang singkat. Kalau tak konsisten, tak bolehlah uols nak claim bukan-bukan tau.  Yelah, macam demam juga, dah kalau makan ubat baru sebiji kemudian cakap tak baik, logik ke? Semestinyalah tidak ya saiyang-saiyang.

Sesuai untuk semua jenis kulit
Argan scar serum disahkan selamat okay, tiada bahan terlarang dan paling penting, serum ini mendapat pengiktirafan daripada Good Manufacturing Practice (GMP) dan MESTI. KKM? Ofcourse ada saiyang. Jangan risau. Paling best, serum ini tiada kesan sampingan. Best kan? 

Kalau uols pakai serum ini, ia dapat membantu pertumbuhan sel kulit baru tau sebab kandungan bahan premium iaitu extrak argan oil terdapat dalam serum ini. Sebab tu juga bila kita pakai serum ini secara konsisten, ia mampu mencantikkan dan mensekatakan tona kulit. Semua peringkat umur adalah sangat sesuai menggunakannya. Serum argan ni pekat tau saiyang-saiyang dan ianya memang mudah menyerap untuk kesan yang lebih mendalam. 

LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN ARGAN SCAR SERUM:-

✔Parut Jerawat
✔Stretch Marks
✔Parut Chicken Pop
✔Parut Luka
✔Parut Bersalin
✔Parut Kemalangan
✔Kulit Kering
✔Parut Kusam
✔Selulit
✔Tona Kulit Tidak Sekata
✔Kulit Kering Atau Rosak & Apa Sahaja Jenis Parut

Kalau nak beli, korang boleh rujuk maklumat yang cx sediakan di bawah ni tau. Rugilah kalau uols tak beli sekarang sebab tengah ada promosi tau. Nak tau berapa diskaun yang dapat? Haaa lelaju whatsapp founder okay.

Instagram : @araazhealthcare
Founder: @araaz.ahc

whatsapp 'ArganScar' ke 0136566033 atau 
klik link Wasap.my/60136566033/arganscar

Stokis/agen/dropship diperlukan setiap negeri.

Kalau berminat boleh hubungi :
Whatsapp 'Stokis' ATAU 'Agent' ke 0136566033

Serlahkan kejelitaanmu
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, June 7, 2017

iBawal Soraya 2017 Parfum : Tudung Haruman Kekal

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi. Okay, siapa peminat bawal? Sila angkat tangan! Di sini cx nak kongsikan jenama iBawal yang kini menjadi kegilaan ramai disebabkan keharuman dan material yang tinggi kualitinya. Cx bukan cakap kosong tau. Cx sendiri dah ada iBawal ni. Best je pakai tau. Dah boleh bawa raya. Yeah!

Credit to: iBawal


Nampak tak tudung dalam gambar di atas? Haa, cantik kan warna dia? Mostly warna-warna yang menjadi pilihan iBawal adalah warna yang lembut sedap mata memandang untuk koleksi kali ini. Sesuailah dengan para pengguna dan pencinta iBawal. Selembut sutera gitchew. Serius warnanya sangat soft. Warna pastel orang kita panggil. Memang sekali tengok, terus fall in love. 


"Be Different, Wear iBawal" adalah treadmark bagi tudung keluaran Sofris Hijab Sdn.Bhd. yang tampil bersama koleksi terbaru mereka, Koleksi Soraya 2017 Parfum dengan tudung wangi haruman kekal yang diilhamkan oleh kecantikan seni alam tropika Malaysia.

Credit to: iBawal
Okay seperti yang cx mention above, design iBawal terkini lebih bertemakan kepada FLORA FAUNA PARFUM 2017. Tema yang fokus kepada dedaunan dan bebunga serta berbau harum. Serius masa cx dapat sahaja tudung ini, buka sahaja kotak, Ya Allah wangi sangat tau. Wangi yang sedaplah hidung kita nak bau. Soft je bau sama macam lembutnya kain dan warna pilihannya. Cx gerenti korang pasti suka, lebih-lebih lagi pencinta bawal. 


iBawal ini tudungnya sangat cantik, lembut, mudah dipakai, tak payah beriya nau nak gosok sebab tak mudah berkedut pon. *Gambar ni cx dah keronyok asalnya sebab nak cari idea untuk ambil gambar. So cx memang tak gosoklah hehe. Ampun.

Tudung iBawal sangat berkualiti, terletak cantik bila dipakai, cepat pon cepat dipakai dengan tambahan haruman kekal haruman ros dan tropikal tau. Sungguh tak berdusta. Nak info lanjut, korang boleh rujuk link yang cx sediakan di bawah tau. Pergilah grab sekarang! 

 

Website : iBawal
Instagram: iBawal.my
Facebook: ibawalmalaysia

Alhamdulillah rezeki
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Sunday, June 4, 2017

Rezeki Menang Contest Perfume & Therapy LipMatte

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sungguhlah dah kalau rezeki, takkan kemana. Paling penting is usaha. Alhamdulillah. Syukur sangat sebab bulan May 2017 merupakan bulan yang sangat seronok. Banyak impian dan keinginan tercapai. Terima kasih Allah. 


Alkisahnya begini tau, pada 25 May kelmarin, ada satu akaun facebook ni open contest dan siapa yang bertuah akan dapat hadiah therapy lipmatte dan minyak wangi. Cx saja cuba nasib, suka-suka. Komen pon satu dua ketui. Hehe Tapi tak sangka bila owner cakap lagi beberapa minit contest nak tamat, cx pon masa tu ada masa, Alhamdulillah cx jadi orang yang bertuah tu. Syukur sangat.

Produk Elysian
Kalau dah rezeki. Kita memang takkan sangka datangnya dari mana, tiba-tiba kita dapat. Terima kasih Allah. Syukur sangat tau. Siapa yang tak suka dapat hadiahkan? Terima kasih kepada sis @Rebecca Melessa sebab buat contest ni. Cx jarang tau ada luck kalau join benda-benda gini. Jadinya jadi sukalah bila sesekali ada luck. Hehe Alhamdulillah.

Perfume & Lipmatte therapy
Haaa inilah hadiah cx! Minyak wangi ni sungguh bau dia sangat menenangkan. Serius tau. Wangi, lembut dan tenang sahaja bau. Therapy gitu. Cx jenis yang sensitif dengan bauan ni meaning macam cerewetlah but this perfume Ya Allah, lembut sangat bau dia. Bila cx buka sahaja penutup dia, tenang je bau. Serius tau. Ikhlas ni. Lepastu, lipmatte dia alahai sweet je color . Bila kita pakai, bibir kita akan lembap dan terpelihara tau daripada kekeringan. Warna pon soft je :) cx suka tau. 

Ini ikhlas punya puji, bukan sebab cx dapat hadiah tau. Sungguh. Korang boleh contact sis Rebecca tau kalau nak order :) Harga pon berbaloi dengan quality produk. Tak rugi. InShaaAllah.

Syukur Ya Latiff
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, May 29, 2017

Minyak Yu Yee Cap Limau : Minyak turun-temurun

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Siapa sini pengguna Minyak Yu Yee Cap Limau? Minyak turun-temurun yang biasa digunakan oleh ibu bapa buat anak-anak mereka. Tak terkecuali juga dengan cx. Minyak Yu Yee Cap Limau masih menjadi pilihan. 

Semasa bersalin anak pertama tahun 2015, perkara pertama kena ada dalam list adalah Minyak Yu Yee Cap Limau. Semestinyalahkan sebab minyak ni banyak manfaatnya. Betul tak? Dahlah bau dia sedap je.



Bila anak kembung ke, selesema, cuaca sejuk ke kan, mesti cx akan tekapkan gosokan Minyak Yu Yee Cap Limau dekat anak. Selawat sikit, doa minta pada Allah. Alhamdulillah anak okay kemudiannya. Minyak ni bukan baby je boleh pakai, cx kalau pening pon, cx akan pakai dan cium bau Minyak Yu Yee Cap Limau ni. Lega sungguh bila dapat bau. Pening pon boleh surut. Sungguh.


Cx biasa beli yang besar punya. Pakai sikit-sikit, dan boleh tahan lama. Mana-mana pergi mesti bawa. Almaklum ada anak kecil. Ini kali kedua mengandung, dah standby Minyak Yu Yee awal-awal. Sekarang dah 36minggu, kot minggu ni je depan anak nak keluar, minyak yu yee dah standby kan. Rezeki baby mencurah kali ni bila dapat Minyak Yu Yee percuma. Alhamdulillah syukur.



Korang tak payah risau bab isu halal ni. Minyak Yu Yee memang halal. Nampak tak logo halal dekat botol tu? Printed halal tau. Nak risau apa lagi? Betul tak. Okaylah, ternyata minyak yu yee ni kalau pakai, memang cx suka sangat bau dia. Kalau sapu dekat baby, lagi sedap sebab minyak yu yee macam sebati sahaja dengan bau baby. Lembut je bau. Bila orang datang ziarah, belum sempat melangkah lagi dah cakap sedapnya bau minyak yu yee ni. Yelah, minyak yu yee kalau ada dekat rumah, confirmlah ada baby baru. Khennsss?

Yakinlah Rezeki itu Ada
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Sunday, May 28, 2017

Cawan Raya Cecomel

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi hi hi. Salam Ramadhan diucapkan kepada semua. Semoga sama-sama kita dapat kumpul pahala berlipat-ganda. Jika tak mampu banyak, buatlah sedikit. Cara cx adalah berzikir dalam hati. Cuba didik untuk amalkan sentiasa. InShaaAllah. Atleast ada kebaikan yang dapat gandaan pahala bila kita buat. 

Okay, nak cerita pasal cawan hari raya. Haha! Itupon nak cerita. Bukan apa tau, nak cerita juga ni sebab cawan-cawan tersebut sangatlah comel cantik menarik kebabom gitcheww tau. Serius tak tipu. Dahlah comel. Colorful pula. Cx memang tak boleh nak tengok benda-benda comel berkaler bagai ni. Mesti rasa geram dan selalunya takkan membazir tapi kali ni, cx saja lekatkan duit gaji hasil bisnes. Syukur. Orang kata waima bisnes kecil-kecilan jual produk orang  ada juga rezeki yang terselit untuk kita. Betul tak? Okay jom usha cawan raya cx! Muahaha! Rasa lawak pula.


Nampak tak? Cecantik kan warna dia? Dahlah kecil cek mek molek je. Hahaha. Cx beli dua set terus memandangkan ianya sedang ada promosi. Korang boleh tengok harga dia dekat gambar tu. Murah kot. Haha pertama kali beli barang semenjak bergelar mak-mak ni. Hahah sebab tulah mak-mak ni ada je barang dapur yang dia nak beli untuk kemudahan dan melaram. Muahahah!

Okay raya ni cx berpantang, jadinya siapa yang datang rumah, akan dapat minum dalam cawan ni. Minum sikit-sikit, taklah membazir kalau tak dapat nak habiskan. Haha baik tak niat cx? Haha. Okaylah, itu je nak cerita memandangkan nak tidur tak boleh sebab baby dalam perut ni main kejang-kejang, jadinya tak selesa nak lelap mata. Makanya terhasillah entry ini. Terima kasih anak. Hehe

Salam sahur
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu


Monday, May 15, 2017

Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Semoga ada rezeki kita semua
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Sunday, May 14, 2017

Suri rumah dan duit poket

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi selamat sejahtera. Tajuk pon dah macam cliche kan? Tapi apa nak heran, orang zaman sekarang yang dah ada kerja tetap gaji riban pon masih cari duit poket sampingan. Betul tak? Apatah lagi kami yang bergelar suri rumah tangga sepenuh masa ini. 

Tak payah nak panjang cerita sebab cx nak bagitahu yang cx rasa seronok sangat bila dapat berbelanja tanpa menyusahkan suami. Duit zaman sekarang ni, RM50 dah macam RM10. Umpama pergi kedai dapat choki-choki je. Umpama jelah ya. Cx ada duit poket sendiri sebab buat bisnes. Alhamdulillah Allah bagi rezeki macam ni.

Orang kata, belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja. Duduk rumah jaga anak. Hurm. Cx nak cakaplah dengan orang fikiran sempit macam ni ya. Siapa yang bagi kita rezeki? Siapa yang pegang tentatif hidup kita? Beringat sikit bila bercakap tau sebab bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik nikmat yang ada. Korang tahu ke susah payah dan usaha daya kami dengan kerja ni? Hidup kita sama ke corak dia? Tak kan? 

Inilah bisnes cx sekarang. Tengah ada promosi tau. Hehe Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh je terjah fb cx. Jom cantik luar dalam dengan WD. Aicewah.

Bukan tak cari kerja tapi semua kerja tak lekat. Bukan memilih okay. Kalau dah Allah kata belum tiba masanya , maka memang bersusah payah macam mana pon, memang takkan lekat. Betul tak? Tahu tak ada sampai tahap dah putus asa dan rasa marah? Kenapa Allah tak bagi aku kerja sedangkan orang lain mudah je. Kenapa? Haa, sampai macam tu sekali. Kau pernah rasa down tak untuk sesuatu yang kau berusaha sehabisnya? 

Atlast, cx bisnes sahaja. Memula dropship. Alhamdulillah Allah bagi kemudahan. Kemudian, cx jadi dealer produk WOMEN DESIREE ESSENTIAL CREAM (WD) , Alhamdulillah bulan ini Allah bagi rezeki lebih. Syukur. Rasa bahagia sangat. Mana taknya, dapat bagi hadiah birthday buat yang tersayang, dapat belanja keluarga makan, dapat beli barang keperluan sendiri dan paling best, bila nak membeli, tak perlu rasa macam, alarh, aku takde duitlah nak beli. Haa macam tu. Tak bermakna cx boros, cx masih buat kira-kira untuk setiap keluar masuk duit cx. Cuma rasa macam, nak makan itu ini, Alhamdulillah boleh beli sendiri. Haa camtu. :)

Bukan suami tak bagi duit atau beli apa-apa yang kita perlu dan nak tetapi kita tahu betapa payahnya nak dapat satu sen duit sekarang ni. Betul tak? Okaylah panjang berjela pula. Hehe

Hidup kita berbeda
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Wednesday, May 10, 2017

Dugaan Kandungan Kedua : 2017

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi semua. Lamanya tak update blog. Dah masuk bulan May pon kan. Sekarang pon tengah tunggu due sahaja untuk bersalin anak kedua. Hahaha. Nampak tak betapa tak berkemasnya blog kesayangan ni? Maaflahkan hamba. 

Sekarang ni cx dah 32 minggu hamil. A bit complicated untuk pregnancy kali ini tau. Kalau first pregnancy still ada problem tapi kali ini lebih kepada diri cx sendiri. Alahan kemain tak dijangka tau. Masa awal dua bulan pertama, tak lalu nak makan bagai. Tengok nasi pon dah meloya. Dahtu bantaikan bihun dan mee sahajalah. Syukur juga tapi berat kemain turun. Kita biasa berat naik kan masa mengandung? Haha. 

Pastu dah bulan ketujuh, dan-dan kena alahan gatal-gatal satu badan. Ya Allah Ya Rabbi Ya Latiff. Dugaan sungguh. Sesiapa yang pernah rasa, dia tahulah camna keadaannya. Habis badan dah macam kena kudis buta. Serius tau tak tipu. Memang menggaru sahaja kerjanya. Lagi mendapatlah bila sekarang musim panas. Fiuhhh~ 

Carta Gerak Anak Cx lah. Huhu

Masa bulan yang sama juga, cx kena satu sumpahan agaknya, tetiba jadi pekak! Haha! Eh betullah, ada orang jenis kena tau benda-benda macam ni tetapi semasa hamil sahaja. Nampak tak pengorbanan seorang ibu macam mana? Macam-macam tau kena hadap. Sungguhlah syurga di bawah tapak kaki ibu. 

Sekarang ini pula, HB plak dibantainya rendah tetiba. Aduhai. Dah kena datang dua minggu sekali. Jenuh. Haritu datang sebab berat tak naik, pastu tetiba HB low dan sekarang sebab tekanan darah pula rendah. Allahuakhbar. Dugaan sungguh. Nasib baik ujian MGTT cantik . Dua kali minum, keputusan baik. Syukur. Dahlah nak muntah. Huhu. Ibu mana yang suka minum air gula? Amboi amboi amboi amboi.

Eh eh! Terpanjang pula cerita. Hahaha asalnya macam nak intro sahaja memandangkan dah lama tak update. Tup-tup terlajak cerita. Muahahah. Okaylah. Nanti sambung lagi, kalau berkesempatan. Kalau tak, tunggulah entry dah bersalin nanti hahah. Kbai.

Dunia penuh pancaroba
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Friday, February 3, 2017

Sambal Udang Tauhu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi. Semalam ada up status untuk update new entry dekat blog tetapi tak buat pula. So kita update pada tengahari hari ini. Hehe. Bertabahlah menanti entry blog iols. Huhu

Semalam pergi pasar malam beli barang basah nak masak gara-gara peti ais tiada, makanya terpaksa beli barang basah harian. Makanya semalam belilah udang sepuluh ekor *duduk berdua je pon huhu, baby bayam, tauhu goreng . Disebabkan kesukaan cx adalah tauhu masak sambal, dan suami suka makan sambal udang manis, makanya cx gabungkan meletup ohhhh! Hahaha. 


Haaa gitttchewww sambal makngah nak.  Kemain meratah lagi cx makan tauhu tu. Siap rasa tak cukup. Iyalah, letak seketul sahaja tauhunya pon. Next time nak letak banyak-banyak. Biar puas makan. Hahah almaklum makan untuk berdua. Huhu

Kemudian kita lawankan sayur baby bayam masak air. Biasa-biasa sahaja tetapi Alhamdulillah kenyang perut suka hati. Eh!


Okaylah, babai.

Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu
Syukur Rezeki Allah

Thursday, February 2, 2017

Hidup aku 2017

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi. Sangat lama aku tak update blog. Bukan sebab tak ada idea tapi MASA. Ya, masa yang tidak mengizinkan. Aku pon tak berapa nak suka kongsi masalah atau kehidupan peribadi sendiri dekat blog. Lebih senang cerita, susah nak jaja kisah peribadilah. 

Gara-gara dah lama tak update blog, aku pon dah lupa type apa blog aku selama ni. Hahaha. Okay sedang menaip ni, anak dalam kandungan aku sedang rancak aktif menendang. Amboi kemain pepagi dah bersenam ya anak.


Aku banyak sangat benda nak cerita tetapi kebanyakkannya aku write and cut sebab TAK SESUAI. Yelah, takkan private things pon aku nak jaja. Malu dapat, dosa pon melekat dik non. 

Sebelum ini aku menaip menggunakan kata ganti nama diri sebagai saya, aye, makjemah, cx dan sekarang is aku. Kan aku dah cakap yang aku dah tak ingat style dan type blog aku. Hahaha. Lupa teruk makcik ni nak. Kah3. Aku saja je membebel dekat sini sebab perasaan dalam hati ini tak keruan. Nak story dengan siapa pon aku tak tahu.

Makin lama aku tulis, makin menjadi pula rasa di hati ni. Okaylah. Aku stop. 

Lahirkanlah Keikhlasan diHatimu
Hati menangis