Sunday, May 28, 2017

Cawan Raya Cecomel

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi hi hi. Salam Ramadhan diucapkan kepada semua. Semoga sama-sama kita dapat kumpul pahala berlipat-ganda. Jika tak mampu banyak, buatlah sedikit. Cara cx adalah berzikir dalam hati. Cuba didik untuk amalkan sentiasa. InShaaAllah. Atleast ada kebaikan yang dapat gandaan pahala bila kita buat. 

Okay, nak cerita pasal cawan hari raya. Haha! Itupon nak cerita. Bukan apa tau, nak cerita juga ni sebab cawan-cawan tersebut sangatlah comel cantik menarik kebabom gitcheww tau. Serius tak tipu. Dahlah comel. Colorful pula. Cx memang tak boleh nak tengok benda-benda comel berkaler bagai ni. Mesti rasa geram dan selalunya takkan membazir tapi kali ni, cx saja lekatkan duit gaji hasil bisnes. Syukur. Orang kata waima bisnes kecil-kecilan jual produk orang  ada juga rezeki yang terselit untuk kita. Betul tak? Okay jom usha cawan raya cx! Muahaha! Rasa lawak pula.


Nampak tak? Cecantik kan warna dia? Dahlah kecil cek mek molek je. Hahaha. Cx beli dua set terus memandangkan ianya sedang ada promosi. Korang boleh tengok harga dia dekat gambar tu. Murah kot. Haha pertama kali beli barang semenjak bergelar mak-mak ni. Hahah sebab tulah mak-mak ni ada je barang dapur yang dia nak beli untuk kemudahan dan melaram. Muahahah!

Okay raya ni cx berpantang, jadinya siapa yang datang rumah, akan dapat minum dalam cawan ni. Minum sikit-sikit, taklah membazir kalau tak dapat nak habiskan. Haha baik tak niat cx? Haha. Okaylah, itu je nak cerita memandangkan nak tidur tak boleh sebab baby dalam perut ni main kejang-kejang, jadinya tak selesa nak lelap mata. Makanya terhasillah entry ini. Terima kasih anak. Hehe

Salam sahur
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu


No comments: