Friday, July 21, 2017

Apple Cider Vinegar (ACV) : Minuman Kesihatan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hi semua. Entry review kali ini, cx nak kongsikan berkaitan cuka epal plus madu by Surya Malaysia atau kita kenali sebagai Apple Cider Vinegar (ACV). Surya Malaysia mencipta produk hebat dan berkhasiat ini bertujuan agar dapat meningkatkan landskap penjagaan kesihatan di Malaysia sekaligus dapat memberikan kesihatan yang baik buat semua. InShaaAllah. Selaras dengan visi mereka iaitu "Kesihatan untuk semua" yang mendorong Surya Malaysia menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan selamat, murah serta berkesan buat semua.


Surya memperkenalkan cara lain untuk menikmati minuman yang lebih sihat melalui penggunaan cuka epal dengan menambah kebaikan madu asli ke dalam produknya. Penghasilan formulasi ini adalah untuk mengubah perspektif penggunaan cuka epal dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama mereka yang amat mementingkan kesihatan dan mahu mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.


Cuka epal telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan pelbagai manfaat. Diperbuat daripada buah epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus, dan zat besi. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi. Cuka dapat membantu merendahkan paras glukosa darah, melambatkan pengosongan gastrik dan membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin untuk kehidupan yang lebih sihat. 


Bulan syawal ni pasti ada yang puasa sunat enam dan ganti puasa kan? Alarh, lepas-lepas ni pon uols mesti nak puasa juga. Yelah, kita ada hutang dengan Allah kan? Hehe. Molek sungguh tau semasa sahur atau berbuka disertakan dengan ACV ni sebab ianya mampu meningkatkan tenaga kita. Almaklum puasa kan kadang-kadang kita lemah je.


Dengan bahan utamanya iaitu asid asetik, cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semula jadi. Sementara itu, pemanis semula jadi yang terkandung dalam madu berasal dari fruktosa dan glukosa, dan juga gula kompleks yang lain. Dikenali sebagai antioksidan dan antiseptik dengan ciri-ciri pembersihan, ia juga mempunyai sejumlah kecil vitamin dan mineral.


Banyak betul gambar ACV cx ambil dengan makanan kan? Hahah kalau korang nak tahu, Chef Wan, alahai chef masakan terkenal dunia tu, beliau pon recommend tau guna ACV ni sebab beliau menggunakan ACV sebagai pengganti asam jawa dan gula untuk masak ayam masak merah dan acar. Wow! Curlasss gittew kan. 


ACV ni korang boleh dapatkan di Watson atau farmasi terpilih . Harga pula berapa ya? Jika beli online di LAZADA, dalam RM34.90. Di SHOPEE pon ada jual. Search sahaja okay. Kalau nak merisik terus, boleh usha link yang cx sediakan ya sesaiyang.

Facebook: Surya.Malaysia 
Instagram: Surya Malaysia

Okay, korang cx galakkan untuk amalkan ACV ini sebab khasiat dia sangat banyak. Tak rugi pon tau. Jom sihat berjemaah dengan pemakanan berkhasiat :)

ACV produk hebat
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

3 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

bagus ni kalau kita amalkan selalu

Fieza Sani said...

Ooo..boleh guna dalam masakan, apple cidar ni...baru tau...sbb tak pernah guna apa2 cuka dalam masakan...

Obat Kista said...

Penulisan yang bermanfaat bro.. thanks - http://obatkista1.com