Friday, December 28, 2018

SINGAPORE DESTINASI PILIHAN YANG MENYERONOKAN DENGAN TRAVELOKA

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai kesayangan! Cuti sekolah memang menyeronokkan bukan? Lagi lagi anak anak yang seronok sangat nak berjalan. Ibu bapa juga tidak ketinggalan ambil cuti untuk luangkan masa dengan anak anak mereka. Semestinya dah ada destinasi pilihan yang menyeronokkan bukan? Kalau cx, destinasi pilihan adalah nak sangat pergi ke Singapura . Haa negara jiran kita sahaja. Cx selalu tengok kawan² update pasal percutian mereka ke Singapore tau. Jeles.

Singapore City: Credit to Google

Singapore merupakan salah satu negara yang terkenal dengan kebersihan dan selamat dekat dunia ni. Cx nak sangat tengok Singapore ni sebab dahlah bersih, katanya kalau kita meludah pon boleh kena saman. Kalau korang nak tahu, Singapore ni dulu merupakan sebuah kampung nelayan sahaja tapi sekarang dah banyak bangunan yang mencakar langit dibina dan dibangunkan dengan pesatnya. Kalau tak percaya, ajom kita ke Singapore sama². 🤭

Nak ke Singapore bukannya susah pon, boleh pilih nak naik flight ataupon kereta. Nak buat booking flight atau hotel in Singapore pun boleh melalui Traveloka tau. Lagi mudah dan cepat. Walaupun Singapore merupakan sebuah negara yang kecil, tetapi keseronokan yang ditawarkan oleh Kota Singa ini begitu banyak sekali dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Menarik kan?  Di samping lengkap dengan teknologi canggih seperti teknologi Empat Dimensi, teater mekanikal, pameran interaktif dan banyak lagi yang mustahil dilupakan kalau dah dirasai. Nak tahu tak mana lagi tempat est yang korang boleh pergi? Ajomm cx kongsikan.

Orchard Road: Credit to Google

ORCHARD ROAD

Orchard Road merupakan salah satu tempat yang kita boleh pergi sebab dekat sini ianya jadi tempat berjual beli sejak dari tahun 1850 lagi, tapi pada masa dulu yang ada di sini hanyalah gerai-gerai yang menjual makanan-makanan dan barangan basah di samping terletaknya kuil dan makam. Namun setelah lebih dari seabad berlalu , Orchard Road telah menjadi sebuah kawasan yang membangun dengan pusat membeli-belah terkenal, tempat penginapan, galeri seni dan bermacam lagi yang menjadi tarikan pelancong. Jadi, kalau nak makan apa², takyah risau dah sebab ada banyak restoran di sini. Western? Tempatan? Semuanya ada. Nak yang mewah? Simple? Tanya selera. Kalau tak nak keluarkan duit, korang nak berjalan-jalan tengok surrounding area pun boleh, sebab ada banyak pokok-pokok angsana yang menjadi bumbung daripada panahan matahari sepanjang ruangan pejalan kaki di kawasan membeli-belah ini.

Menara Merlion: Credit to Google

MENARA MERLION

Next place kita kena pergi ke Menara Merlion yang berketinggian 37 meter untuk menikmati pemandangan yang pasti mampu meng-WOW-kan. Bukan daripda depan menara ini tapi daripada MULUT MERLION. Kita boleh naik ke kawasan ini dengan naik lif yang disediakan. Dari sini, kita akan disajikan dengan view Pulau Sentosa dalam 360 darjah. Bestnya! Dah puas selfie di sini jangan lupa masukkan enter ticket ke dalam salah satu patung emas Merlion yang terdapat di menara ini. Ianya adalah untuk mendapatkan ‘prosperity coin’ yang dibuat secara ekslusif.  Tak sia-sia bayar tiket mahal tau. Berbaloi²!

Universal Studios: Credit to Google

UNIVERSAL STUDIOS

For those peminat filem Hollywood mesti sangat teruja kalau datang ke Universal Studios Singapore tau. Eh! Apa dia? Tak minat Hollywood? Eleh, sama naik juga nanti, sebab tarikan-tarikan yang ada dekat sini bukan main gempak lagi. Antara yang best dekat sini adalah roller coaster Revenge of the Mummy, Sesame Street Spaghetti Space Chase, Transformer the Ride 3D, roller coaster mini Enchanted Airways, Madagascar: A Crate Adventure, Jurassic Park Rapids Adventure dan banyak lagilah. Untuk pengetahuan korang juga, roller coaster Battle Star Galactica yang terdapat di Universal Studios Singapore ini merupakan roller coaster yang tertinggi di dunia, jadi, untuk korang yang agak ekstrim, bolehlah try la nanti okay.

Sentosa Adventure Park: Credit to Google

SENTOSA ADVENTURE PARK

Korang nak cari tempat yang boleh buat aktiviti lasak? Sentosa Adventure Park boleh bagi korang pengalaman yang speed-kan adrenalin korang setinggi yang mungkin dengan pelbagai aktiviti lasak dan menarik. Antara yang terdapat di sini adalah MegaZip untuk aktiviti flying fox yang terpanjang di Asia, MegaClimb, MegaWall untuk pengalaman wall climbing yang tertinggi di Singapura dan MegaJump. Korang pasti puas hati dengan semua aktiviti yang ditawarkan di sini, taktpayah nak fikir dua kalilah, kuatkan stamina dari pada sekarang untuk mencuba semua yang ada di sini sepuas hati okay?

IFly Singapore: Credit to Google

IFLY SKYDIVE SINGAPORE

Not everyone berani terjun daripada kapal terbang dengan parachute, tapi kita semua mesti nak tahu macam mana rasanya dapat terbang di langit tinggi kan? Sebab itulah IFly Skydive Singapore ni wujud, supaya semua orang boleh terbang tanpa rasa takut. Tak tinggi mana pon katanya, dalam satu ruangan sahaja, kita akan terapung seolah-olah terbang di tempat tinggi. Walaupun agak mahal tapi inilah satu-satunya peluang untuk kita rasa perasaan terbang ibarat burung gittew kan? Actually ada banyak lagi aktiviti yang kita boleh buat di negara yang kecil tapi sungguh amazing and awesome ni. Makanya, bila kita pergi ke sana, just enjoy and have fun okay! 💟

Lepas ni tak perlu dah nak risau okay, semua perkara boleh terus book melalui Traveloka. Mudah sangat. Traveloka memudahkan perjalanan kita sekeluarga untuk bercuti ke luar negara dengan bahagianya. InShaaAllah

Traveloka Penyelamat Kita
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Wednesday, December 26, 2018

Personal Review: Bumblebee [2018]

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla everyone! Okay cx kelmarin pada 23 Disember 2018, secara unplanned, tiba tiba sahaja pergi menonton wayang. 🤭 Tapi tak bawa anak anak. Memandangkan pakcik dan makcik dia rajin nak bawa jalan². Makanya mak abah diorang bawa diri pergi dating sekejap secara tak sengajanya. 🤭 Dah lama tak masuk wayang tau sejak ada anak².  Bagi canlah. 😊

Booking Ticket Online sebab taknak kehabisan tiket

Siapa yang dah tengok Bumblebee? Ya Allah! Cerita dia tersangatlah best! Sepanjang cerita, ia umpama membawa kita untuk merasai semua perasaan yang bercampur baur tau. Gembira, Sedih, Simpati, Risau, Geram, Teruja dan semuanya, segala perasaanlah sila kaut sekali. Semua rasa. Serius. Bumblebee ni sangat ringkas cerita dia tapi sepanjang cerita ada elemen² dan scene yang menarik. Tak sempat nak berkedip pon mata tu tengok skrin pawagam. 

Bumblebee ini berkisarkan tentang perjuangan sebuah robot dan manusia melalui nilai persahabatan. Permulaannya Bumblebee datang ke bumi hanya untuk bersembunyi daripada Decepticon disebabkan telah berlakunya pergaduhan dan peperangan di planet mereka. Tetapi Decepticon dapat kesan Signal B-127 iaitu Bumblebee yang menyebabkan mereka memburu Bumblebee dengan bantuan satelit bumi setelah mendapat keizinan penduduk bumi yang tertipu akan lakonan dan kata² Decepticon. 

Charlie dan Bumblebee

Di bumi, Bumblebee dijaga oleh Charlie seorang atlet yang mengimpikan menjadi seorang juara penerjun terkenal. Namun tidak kesampaian. Charlie sangat rapat dengan ayahnya sehinggakan perangainya berubah menjadi suram pendiam 360° semenjak kematian ayahnya akibat sakit jantung. Namun, dengan kehadiran Bumblebee, Charlie menjadi seorang yang periang dan ceria kembali. Masa pertama kali Bumblebee tunjukkan dirinya yang sebenar, ianya sangat² comel dengan memek muka dan perlakuannya seperti anak² yang kena marah. Serius comel. Bumblebee menjadi seorang yang penakut akan keadaan sekeliling dan tak ingat apa² sebab lost memory. Tambahan pula peti suaranya telah dirosakkan oleh team Decepticon. Kesian Bumblebee. Korang kena tengok part Charlie dan Bumblebee di awal pertemuan mereka. Sangat comel! 

Charlie ni ada secret admirer bernama Memo. Memo suka Charlie tapi tak pernah berjaya usha atau bercakap dengan Charlie tapi disebabkan Charlie dah terkantoi dengan Memo pasal Bumblebee, sejak itu, mereka menjadi sangat rapat. Family Charlie pula dengan bapa dan adik lelaki tiri yang tak sejiwa. Makanya Charlie tak rapat dan jadi seperti musuh waima dengan ibu dia sendiri.  Tapi dengan kehadiran Bumblebee dalam misi menyelamatkan bumi, segalanya berubah. 

Bumblebee yang sangat comel

The very cute and sweet of BumbleBee

Dipendekkan cerita, ketika Decepticon dah tangkap dan rosakkan Bumblebee, Charlie sangat sedih sebab Bee mati. Tapi dengan semangat setiakawan dan cinta akan Bee, Charlie berjaya hidupkan Bee kembali. Nak tahu macam mana Bee dihidupkan, korang kena tonton sendiri. Waktu ni, Decepticon dah mulakan rancangan untuk panggil team mereka turun ke bumi dan memulakan peperangan. Mereka pasang alat penyambung di satelit utama manusia untuk memberi isyarat kepada team mereka. Scene ni sedih. Serius sedih. Bee terpaksa melawan Decepticon untuk melengahkan keadaan, sementara Charlie  sendiri berusaha panjat menara satelit untuk matikan fius utama mereka.

Bumblebee mengucapkan terima kasih kepada Charlie kerana memberi Bee suara

Part sedih. Cx nangis. Haha!

Scene ketika tu memang orang kata nak bernafas pon tersekat asyik perhati si Charlie dan Bee. Nak dua² selamat menjayakan misi dalam masa yang sama. Tak boleh lewat dan silap. Nak tahu tak Charlie berjaya atau tidak? Haa, cx taknak cerita. Haha. Sila pergi ke pawagam berdekatan okay. Huhu. Tapi last sekali, Bumblebee ada buat kejutan untuk Charlie. Nantikan di pawagam dengan duit anda sendiri. Keh³. Tamat. 😁 Cx bagi ⭐⭐⭐⭐⭐ untuk cerita ini. Yeah! 💟

The Best Movie 2018
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Thursday, December 20, 2018

Intermittent Fasting : Diet Puasa atau Diet Lisa Surihani Kini Lebih Dikenali dan Menjadi Pilihan Ramai

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai! Pagi semua! I am back! Haha Okay hari ini cx nak cerita pasal Intermittent Fasting iaitu Diet Puasa atau kini lebih dikenali sebagai Diet Lisa Surihani. Haa gittew. Kenapa orang panggil Diet Lisa Surihani? Haa gini, kalau sebut IF atau Diet Puasa, semuanya macam tercengang. Dok tanya apa benda tu? Macam mana IF tu? Macam² soalan keluar bagaikan ditembak machine gun, bertubi². Tapi bila kita sebut Diet Lisa Surihani, kemain lagi semua dok "Ooooo diet tu" . Nampak tak penangan dia pergi jauh mana? Ini pon disebabkan artis kita yang amalkan diet IF ini dan hasil dia sangat wow! Dah tengok kan badan Lisa Surihani sekarang waima anak dua? Haa, tak payah susah payah, nah cx belanja satu.

Credit to Ig Lisa Surihani

Cx ni kalau makcik pakcik nak tahu is peminat Lisa Surihani sejak dia anak dara lagi. Haha! Suka dengan dia sebab cantik. Okay berbalik kepada Diet Puasa. Diet puasa ini dia mengamalkan konsep menahan diri daripada makan iaitu dengan berpuasa makan dan air manis. Ianya lebih mudah dan senang untuk diamalkan sebab tidak membebankan. Diet puasa ini amat santai. Serius. Buat ikut kemampuan. Ada langkah² dia kalau nak mulakan. Cx mulanya tak rancang pon nak buat IF ni tapi satu hari tu macam tiba² nak on, dah alang² lambat sarapan pagi tu, makanya, cx mulakanlah perjalanan puasa cx ni. Alhamdulillah tak sangka dah hari ke-13. Sekajap sahaja. Nanti cx kongsikan selebihnya.

Breakfast IF cx pagi semalam

Intermittent Fasting ni ada nisbah waktu dia tau. Kita boleh buat mengikut kemampuan tetapi waktu yang paling digemari dan menjadi pilihan adalah 16:8 iaitu 16 jam berpuasa dan 8 jam waktu untuk kita makan. Tapi janganlah dok bedal setiap jam waktu berbuka tu. Baik tak payah buat IF kan? 😅 Kalau beginner, boleh mulakan dengan 12:12 atau 14:10 jam dahulu. Kalau dah selesa, bolehlah sikit² lajak waktu puasa. Ada yang paling hebat , on terus 24jam. Tapi itu lain pula caranya. Tengok badan. Kaji dulu sebelum mula. Ilmu itu penting. Jangan eager nak diet, sampaikan memakan diri sendiri. 

Dinner IF cx pada jam 1720. Last! 😃

Macam cx, paling lama puasa adalah 20:4 jam. Paling singkat 14:10 sebab ini mula² dulu. Takut nak puasa lama² sebab tak biasa lagi kan? Cx cuba nak buat 24jam tapi tak boleh sebab sekarang bf anak. Pernah cuba tapi terkandas sebab dah mula pening. Haa, itu tak boleh diteruskan ya, jangan paksa diri. Relax sahaja buat IF ni. Chill okay. Banyak lagi nak cerita ni tapi macam panjang sangat pula entry tapi sebenarnya macam malas nak taip panjang². 😂 Nantilah cx sambung my IF Diary ya kalau rajin. Hahahh!  Kalau korang ada nak tanya apa², boleh tanya dekat komen di bawah okay! Nanti cx jawab. Nak tulis semua macam panjang berjela pula. Hehe Okaylah, jom! Nak sarap! Yeah!

Sihat itu Bahagia.
Lahirkanlah Keikhasalan Dihatimu

Friday, December 14, 2018

Candy Crush Satu Tiga Kosong Lapan

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pagi kesayangan! Salam Jumaat penuh barakah buat semua. Hari ini cx dok teringat nak update pasal Candy Crush Saga. Awatnya? Takdak entry lainkah? Haha Eh! Suka hatilah, inikan blog cx. Hahah , gurau sahaja. Ini semua gara² semalamlah dok layan game. Hihi

Cx ni dalam telefon, tak banyak game yang ada. Cx suka simpan game yang boleh layan santai², tak perlu stress. Suka juga game yang tak memerlukan rank online hat mana orang kata, nak pergi buang air pon tak menyempat, kang kalah rank, kawan semua dok marah ke kita. Haa, tau tak game apa tu? Hahaha! Sila abaikan.

Candy Crush Saga 1308

Okay, ini game paling lama cx main. Tak ingatlah sejak bila tapi dalam entry blog ini, cx pernah update mula tahun 2013. Haha lama betul setia. Tak tahu bila nak habis. Kawan² yang layan pon dah kemain jauh nun atas sana tinggalkan cx dekat level² bawah. Hahah! Takda masa nak main kadang². Sibuk dengan anak². Mana nak layan anak lagi , nak masak, nak update bisnes bagai. Kadang tak sentuh pon berminggu lamanya.

Dok layan sekejap sebelum tidur semalam

Dah berapa kali main, asyik tak lepas. Geram! Hahaha! 
Sekarang ni pon dok sibuk fight dengan suami, siapa level paling jauh. Haha. Tau² sahaja, suami dah tinggalkan cx jauh ke bawah. Hampagas betul. Entah bila masa beliau main. Candy Crush sekarang dah makin seronok. Ada sahaja habuan di bagi kalau menang. Setiap level, ada sahaja yang diciptakan something new for candy.

Party Mode

Inilah antara benda baru untuk level ni. Kalau dapat pecahkan candy party ni, ianya akan bertukar kepada special candy iaitu booster! Satu lagikan, kalau macam kita out of move, kalahlah senang kan? Hahah Kita boleh play video yang diberikan untuk dapat extra spin. Kalau bernasib baik, dapatlah move, kalau tak, dapat jugalah booster yang terpilih. Kemudian, kalahlah, kena main balik. Nyawa pon berkurang. 😅

Ini yang cx cakapkan tu, kalau dah out of move, dia bagi kita pilihan untuk play video. Sekejap sahaja ads dia tapi annoying juga. Dok perabis data je! Haha

Lepas play video, dia suruh kita spin untuk dapatkan extra move. Kalau bernasib baik, dapatlah. Hahah Kalau tidak, sila nganga. 

Okay, cx suka main Candy Crush Saga ni sebab masa kita offline pon dia masih boleh main. Tak perlu guna data pon dan paling best, ianya syncronize sahaja dengan akaun kita. Senang. Okaylah, agaknya bila boleh lepas level ni ya? Stress mak nak! Hahahahah. Okaylah, nak sambung sekejap. Sebelum tu, nah! Cx belanja gambar kalah! Haha 

Yeah! Dah kalah sebab tak bernasib baik untuk dapat extra move masa spin tu! Haha! Sadis

Okay dah! Korang simpan game apa sahaja dalam telefon? Mobile Legend ke? Pubg ke? Hahaha macam². Jangan tergadai masa dan rumahtangga sudahlah ya. Main game ni biar berpada², jangan digadai segala yang ada. Kes curanglah, bercerai gara² game lah, gaduh anak beranak sebab tak boleh nak diganggu ketika rank, nak minta tolong pon tak boleh. Agaknya kalau kita mati dalam bilik sensorang pon, gamers tu tak perasan kan? Hurm. Okaylah, babai!

Hati hati dalam bertindak
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Wednesday, December 12, 2018

Anak Lelaki Goyang Kaki, Anak Perempuan Jadi Orang Gaji.

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pagi semua! Cx kembali hari ini selepas semalam tak sempat nak update blog gara gara idea hilang terbang entah kemana. Hihi. Jadi hari ini ayuhlah jemput datang kesini dan blogwalking say hi hi bye bye. 🤭

Semalam, abah dan mak mentua cx baru balik dari mengerjakan umrah selama sepuluh hari. Alhamdulillah selamat mengerjakan ibadah umrah yang mana di Mekah sekarang tengah sejuk 22° membeku kalah Cameron Highland. Makanya kami berkumpul di rumah kampung untuk menyambut kepulangan mereka. Sedang elok masing masing bersembang sambil menjeling perlawanan bola antara Malaysia dan Vietnam semalam tiba tiba anak bujang cx kemain rajin lagi tau.

Nampak tak dia sedang buat apa? Menyapu nak oiii! 
Elok sangatlah rajin tu nak. Alhamdulillah. Jangan masa kecil sahaja rajin, dah besar kemain taknak tolong lagi kan? Haha Nauzubillahiminzalik. Minta jauh. Kita doa yang baik² sebagai mak ayah. Anak bujang cx ni memang rajin kalau bab tolong ni. Pantang nampak cx buat kerja, ada sahaja yang ringan tulang. Nak tolong sapu sampahlah, tolong angkat bajulah, macam macam. Tapi itu masa dia rajinlah. Masa dia kurang rajin, kena juga keluar rotan untuk acah dia . Kadang² kena juga sedas dua untuk mengajar.

Cx ada prinsip tau. Sejak belum kahwin lagi cx dah berazam, cx nak anak² cx tak kira lelaki atau perempuan, mereka kena tahu buat kerja rumah. Paling cikai pon, asas semua kena tahu. Cx taknak didik dengan memanjakan mereka lagi² lelaki, dok goyang kaki sahaja, perempuan pula dah macam hamba abdi kehulur kehilir buat kerja. Cx taknak semua tu. Jadi, memang cx terapkan dekat anak² cx semua. Harapannya, semoga Allah kurniakan kemudahan dalam mendidik mereka. Amin.

Masa ni dah suruh berhenti sebab dah bersih tapi katanya, belum lagi. Jadi, mak dia biar jelah. Huhu

Atok dia pula yang cakap, dahlah tu Luqman. Abah Luqman pula menyampuk, biarkan dia abah, biar dia buat. Haa nampak tak? Suami cx support hahaah sebab cx awal² dah bagitahu dulu nak anak² sama² dididik. Alhamdulillah. Syukur. Siapa macam cx? Ajar anak tak kira jantina buat kerja rumah? Zaman sekarang dah tak sama macam dulu. Perempuan pon dah bekerja, jadi, tak bolehlah kerja rumah pon perempuan juga. Sama²lah buatkan? Tak adil. Lagipun dalam Islam poon tak ajar macam tu. Adat dulu² sahaja melebih² manjakan anak lelaki. Kesudahannya? Anak perempuan jadi orang gaji. Kesian tahu tak? 

Okay² dah . Panjang lebar pula cx menceceh. Sebenarnya nak membebel lagi tapi takpelah. Hahah. Dah, meh cx belanja sikit .gif  sempena perlawanan bola semalam. Semoga terhibur. Hihi kbai! 


Anak itu umpama sehelai kain putih
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Monday, December 10, 2018

Air Pasang Besar: Crystal Bay Alai, Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pagi kesayangan! Hai! Pejam celik, kejapan sahaja dah hari Isnin. Monday blues kata orang. Iyeke? 🤭 Almaklum, dah cuti dua hari. Ada pula yang cuti berhari² sekali dengan bawa anak² jalan cuti sekolah kan? Mesti seronok anak². 😊 Mak pak yang liat haa nak pergi kerja hari ini. 😁

Okay sebenarnya nak cerita, cx seumu hidup tak pernah tengok betul betul depan mata air pasang besar tau! Biasa tengok dari jauh sahaja air pasang dekat laut. Kali ini air pasang besar depan mata. Allahuakbar! MasyaAllah! SubhanAllah! Serius terkelu sekejap. Bayangkan air laut penuh, melimpah limpah ke atas jalan. Takut! Insaf sangat. Macam mana kalau hari kiamat? Ketika Allah gulungkan bukit bukau? Air laut bergelora menghentam bumi? Allah! Ampunkan dosa kami. 

Rupa keadaan sebenar kebiasaan di Crystal Bay. Laut di sebelah kiri dan tanah lapang di sebelah kanan. Tapi masa ni, air pasang besar dan dah melimpah pon ke darat tu kalau perasanlah

Cx memang tak pernah tengok. Pertama kali! Siapa yang pernah pergi ke Crystal Bay, Alai Melaka? Tempat santai petang dengan anak² di kawasan lapang kan? Cx pon suka pergi situ dengan angin sepoi² bahasa. Seronok tapi maaflah, cx baru pertama kali tengok air pasang besar dekat situ. Sungguh!

Air Pasang Besar


Nampak tak gambar di atas ni? Inilah keadaan air pasang besar. Cx sempat ambil dekat bahagian tengah. Kalau sebelah depan, rasa takut insaf tu Ya Rabbi. Keadaan seperti kita di tengah² jalan antara dua laut. Masa berjalan sepanjang jalan ni pon rasa berdebar² kot² Allah nak gulungkan air laut ni, Allahuakbar! Dalam hati tak henti² zikir apa semua. 

Cantik memang ya tapi pada cx, ianya lebih kepada keinsafan. Sungguh bagai dikata, lihatlah laut Allah, pasti akan rasanya keinsafan selain mengingati mati. Okay, cx kongsikan video di bawah ya. Semoga Allah kurniakan keizinan untuk kita semua mati dalam khusnul khotimah dan diterima segala amal ibadah serta tubat nasuha. Amin Ya Latiff. 


Dalam video ni terpaksa padam suara sebab bunyi kasut anak cx yang berlebihan pula. Cet cot cet cot . 😅 Bunyi desiran  dan pukulan ombak dah tenggelam. Maaf.

Islam Itu Indah
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Saturday, December 8, 2018

Ujian Saringan Minda Sihat : DASS

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Selamat hari sabtu semua! Hari ini cx nak kongsi pasal Ujian Saringan Minda Sihat : DASS . Sejak kebelakangan ini, tahap tekanan cx rasa macam tak boleh nak kawal. Emosi melantun lantun tak tahu nak pergi mana. Panas memanjang, tak puas hati, kerap sangat naik angin waima benda kecil. Mungkin tekanan saja² datang omenyapa. Orang dok kata, suri rumah bukan buat apa dekat rumah kan? Tapi Ya Allah. Susah nak diceritakan.

Prof Dr Ramli Musa

Cx suri rumah sepenuh masa, tidak bekerja, gaji? Harapkan nafkah daripada suami tapi kita mak bapa mesti kebiasaannya dahulukan anak. Betul tak? Jadi, pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak adalah sangat besar. Hargailah ibu bapa kita. Susah tau nak didik dan jaga amanah Allah. Sebak pula rasa.

Mempunyai 21 jenis soalan untuk Skala Mengukur Tahap Kemurungan, Keresahan dan Tekanan

Okay, siapa pernah buat DASS ni? Ianya sangat bagus sebenarnya. Dia ada kekerapan untuk kita jalani ujian ini. Jika tak silap, dalam tempoh enam bulan sekali. Perbetulkan ya jika silap. Cx buat dekat link berikut; UJIAN DASS oleh Prof. Dr Ramli Musa. Website ini memaparkan beberapa ujian antaranya; Skala Mengukur Ciri Keluarga dan Keibubapaan serta Skala Mengukur Tahap Kemurungan, Keresahan dan Tekanan. Ianya ada dalam dwibahasa. Samada anda nak jalani ujian dalam Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Ikut keselesaan okay.

Antara Maklumat yang Dipinta 

Cx dah buat. Semestinya Bahasa Melayu untuk kefahaman yang lebih supaya tidak salah menjawab. Hihi. Nak tahu apa keputusan cx? Fuh! Stress Teruk! 😂 Haha sedih dengan diri sendiri. Boleh gitu? Hahah Nah cx kongsikan gambar ya. 

Result Test cx: Stress Teruk

Nampak tak keputusan cx apa? Teruk kan? Sebelum ini ada buat juga dalam 2-3 bulan macam tu. Lepastu saja cuba buat lagi sebab rasa diri tak berapa nak normal dan nah! Keputusan yang sangat rasa Ya Allah! Kenapa dengan diri sendiri ni? Sedih tau. Korang kalau rasa nak tahu tahap diri korang macam mana, lebih baik buat ujian DASS ini okay. Almaklum zaman sekarang kan banyak kes mental. Bahaya kalau kita tak dapat kawal. Betul tak? Okaylah, nak rehatkan diri. Bye!

Lahirkanlah Keikhlasan DiHatimu
Kerana Dirimu Begitu Berharga


Friday, December 7, 2018

TIPS POTTY TRAIN

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla! Hari ini nak cerita serba sedikit pengalaman anak pertama cx potty training. Sebenarnya taklah training sangat sebab anak cx ni macam rela sendiri. Hihi Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan

Alkisahnya masa anak usia dua tahun lebih nak masuk tiga tahun, cx dah mula ajar dia tau. Bukan ajar yang serius bagi arahan beriya tu tapi lebih kepada cool and relax macam tengah sembang sembang. Maka, ianya jadi sangat santai. Okay mehlah kita bagi ikut point, mudah sikit kan? 😃

POTTY TRAINING TIPS

1. 'SoftSell' Instruction 

Haaa kemain lagi Softsell Instruction kan? 🤭 Okay dia macam ni, cx selalu dok ajak sembang dengan anak, cakap ; "Luqman nak tahu tak? Kita kalau buang air besar dekat tandas, maknanya kita pandai tau! Luqman pandai kan? Kawan² Luqman pon pandai macam Luqman kan?" 

Nanti bila kita cakap dengan dia macamtu, ia umpama menggalakkan untuk dia bertindak lebih positif. Biasanya anak memang akan respon, cakap dia pandai. Kemudian, cx pon ajarlah bawa dia duduk dekat tandas sesekali.

Photo credit to BabyCenter

2. Kerap Mengingatkan

Cx kerap ingatkan anak; "kalau nak buang air besar, bagitahu mak tau! Kita boleh buang dekat tandas. Luqman dah besarkan?, Luqmankan anak yang bijak"  Anak akan jadi lebih teruja bila kita puji dia selalu dan arahan kita akan lebih diingati bila kita lebih positif dengan dia. InShaaAllah. 

Setiap setengah jam cx akan tanya. Kadang tu setiap 15minit. Hahaha punyalah mak dia nak sangat ajar anak. 😅 Tapi biasalah anak anak, kadang² dia lupa juga, dok membuang dalam pampers. Mak biasalah kadang kadang jadi hijau. Haha kena banyak sabar.

3. Bawa ke Tandas

Cx memang tak belilah barang² yang untuk ajar anak duduk dekat tandas segala bagai tu. Mak dia kedekut sikit bab gini. Hahahah Jadi, cx memang akan selalu bawa anak pergi tandas. Alhamdulillah Luqman jenis cepat bagitahu bila nak buang air besar. Mesti dia akan cakap; "Mak! Nak b**ak!" Haha Dahlah suka jerit kuat². Memang nak bagitahu satu taman agaknya. 😅 

Masa ni, cx memang selalu teman dia duduk dekat tandaslah sebab rumah kami tandas duduk. Tapi suruh je dia cangkung atas bowl tu. Hahah Tapi memang dia akan; "Mak! Tunggulah Luqman, peganglah Luqman, nanti Luqman jatuh" 😂 Makanya mak dia berhuhulah selama beberapa minggu untuk ajar dan biasakan dia ke tandas. Bertabah sungguh bila jadi mak ni tau. Hahah

4. Belikan Anak Seluar Dalam Kesukaan

Okay ini tips paling menjadi. Ini serius! Pada masa awal dulu, cx rasa, kenapa mesti nak beli sebab anak bukan pandai lagi pon nak buang air dekat toilet. Haha noob sungguh mak dia ni. Tapi cx cuba juga beli. Tanya dia nak yang mana. Masa mula beli, tak ada gambar kartun. Cuma warna tapi itupon anak dah teruja. Ya Allah! Macam dapat apa jelah anak cx ni. Dia siap cakap sambil ketawa suka ala² segan gitu ; "Luqman ada pender baru!" Sambil sengih² macam kerang busuk. Kemain teruja nak pakai 😅 

Belanja sikit gambar anak² sedang bermain dengan rakan seperjuangan di kampung 😊

Tapi korang memang boleh cuba tips ni, anak memang teruja habis. Semenjak beli, memang anak suka nak pakai dan taknak pakai pampers lagi dah. Ini serius!

5. Sebelum Tidur Wajib Buang Air

Okay ini wajib! Bila anak dah pandai tak pakai pampers, silalah alert untuk remind mereka supaya pergi tandas buang apa yang patut sebelum tidur. Wajib waima baru sahaja dia membuang sejam dua yang lalu. Kalau tak, sila redhalah tilam jadi bahan siraman baja tak bernilai. 🤭

Okay dah, cukuplah LIMA tips ini ya. Apa yang penting, tahap kesabaran ibu bapa untuk hadap memang kena tinggi. Almaklum, anak memang akan selalu terlepas dalam seluar di merata tempat. Macam Luqman, dekat rumah tak pernah lagi terkucil dalam seluar merata, tapi dekat rumah nenek² dia, pernah tapi sekali dua sahaja itupon sebab meleka bermain. Haha. Bertabahlah. Ohya, cx ajar anak lebih kurang empat minggu. Kalau dalam sehari tiga hari tu, korang memang terbaik! 👍Okay sekian daripada cx. Semoga bermanfaat! 

Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu
Anak itu Amanah Allah