Tuesday, January 15, 2019

JSTI AURA: Supplemen Kesihatan dan Kecantikan Berkualiti, Halal serta Selamat

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Siapa yang tak suka kesihatan dan kecantikan dalam masa yang sama? Semua orang nak cantik dan sihat. Macam macam jenis supplemen ada sekarang. Boleh pilih mana yang kita yakin dan rasa selamat untuk digunapakai.  JSTI AURA merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan dan membekalkan supplemen kesihatan, pelansingan, dan kecantikan yang berkualiti, selamat, halal serta berkesan. Antara produk yang cx nak perkenalkan adalah IDAMAN dan FIT BRIGHT.  Jsti Aura mempunyai sembilan produk yang dikeluarkan tetapi cx nak fokus kepada dua produk sahaja seperti yang cx sebutkan di atas. Produk Jsti Aura berkualiti tinggi dan disokong dengan sijil Halal, HACCP, GMP, KKM, Ujian Makmal .

Idaman
FitBright
[IDAMAN] Idaman merupakan supplemen dalaman kecantikan wanita yang berasaskan jus botanikal intipati, mesti dimiliki oleh setiap wanita yang mementingkan kesihatan dalaman dan kecantikan yang menyeluruh.  Ia menggabungkan pelbagai khasiat seperti; manjakani, lingonberri, kacip fatimah, akar serapat, tomato dan pelbagai herba terpilih. Kesemua bahan semulajadi ini dapat membantu para wanita untuk;


Didatangkan dalam bentuk botol yang kecil dan comel tetapi mampu kembalikan keremajaan anda
🌸 Mencantikkan, menaikkan seri wajah.
🌸 Membantu dan memantapkan aset wanita
🌸 Memabantu mengatasi masalah dalaman dan keputihan
🌸 Mencerahkan kulit dan anti penuaan
🌸 Menguatkan otot faraj dan rahim
🌸 Mengatasi Kulit Wajah dan jerawat
🌸 Meningkatkan stamina dan tenaga

IDAMAN dirumus khas daripada bahan 100% semulajadi dan tiada campuran bahan kimia, pewarna mahupun pengawet.  Pengambilannya diyakini selamat, halal serta diiktiraf oleh KKM dengan kepakaran pengilang bertaraf GMP.

Idaman
Cara untuk minum Idaman; sehari antara satu atau dua botol, diambil sebelum sarapan pagi. Botol hendaklah digoncang terlebih dahulu selama dua hingga tiga saat bagi seimbangkan kembali cecair dalam botol. Kemudian, cucuk atas botol menggunakan straw khas yang dibekalkan di dalam kotak Idaman.  Setelah dicucuk, hendaklah terus minum. Idaman hendaklah disimpan pada suhu bilik dan perlu dijauhkan daripada kanak-kanak. Kepada para ibu mengandung, hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Fit Bright: Body Cleansing, Appetite Control, Skin Brightening and Carbs + Fat Blocking

[FIT BRIGHT] Fit Bright (Body Slimming & Skin Brightening) adalah supplemen kesihatan dan kecantikan berasaskan Phytonutrien yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Ianya membantu mengembalikan keyakinan diri. Fit Bright diperbuat berasaskan bahan semulajadi dan diperakui berkesan dan selamat untuk digunakan. Rasanya adalah berperisa buah-buahan dan sedap. Didatangkan dengan empat jenis FUNGSI dan PERISA :

Fit Bright dipek secara rapi dengan saiz yang comel bagi memudahkan untuk dibawa kemana sahaja

1️⃣ Appetite Control (Perisa Lemon) 

 Mengawal selera makan & meningkatkan metabolisma badan.

Mengawal selera makan dan rangsangan metabolik pada waktu pagi.K  Konsisten pengambilannya mampu menyekat selera makan harian kita dan meningkatkan metabolisma, tenaga dan membakar lemak dengan cara yang semulajadi dan ianya terbukti dengan kehadiran lemon. [Tidak sesuai untuk ibu menyusu]

2️⃣ Carbs + Fat Blocking (Perisa Campuran Berry) 

- Menyekat Carbo dan Lemak selepas makan serta membakar lemak dengan cepat.

Perisa Beri ini membantu menyekat lemak dan karbohidrat. Kita dapat menikmati makanan seharian tanpa rasa bimbang jika berat bertambah dengan fit bright terbaik ini. Ianya menggabungkan karbohidrat dan penyekat lemak yang mampu membakarnya dengan baik. [Tidak sesuai untuk ibu menyusu]

3️⃣ Body Cleansing (Perisa Nenas) 

- Detox & Pembersihan dalaman badan untuk lebih cerdas & sihat.
Mengurangkan lebihan air dan membersihkan badan kita. Membersihkan dalaman badan secara perlahan-lahan tanpa menggunakan sebarang ubat tambahan. [Ibu menyusu boleh mengamalkannya]

4️⃣ Skin Brightening (Perisa Honey Melon) 

- Mencerahkan & Mencantikkan kulit wajah serta tubuh badan.

Pengambilan satu dos dapat membanfu mencerahkan, memutihkan dan meremajakan kulit. Dapatkan faedah semua bahan semulajadi dan kembalikan keremajaan anda daripada pendedahan cahaya matahari, kulit yang kusam dan penuaan usia.  [Ibu menyusu boleh mengamalkannya]


Dah sedia untuk meremajakan diri dan merawat serta mencantikkan dalaman kita? Mari dapatkan segera produk hebat daripada Jsti Aura sekarang! Boleh rujuk link di bawah ini untuk ketahui lebih lagi okay! Jangan lupa amalkan kehidupan yang sihat dan cantik.

Facebook:

Instagram:

Website:

Cantik dalaman, terserlah keayuan
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Monday, January 14, 2019

Memasak Menjadi Lebih Mudah, Cepat dan Selamat dengan Natural Pandan Leaf Extract Liquid Bionutricia

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Masyarakat kita dari segi masakan, kebanyakkannya akan guna dedaunan seperti daun limau, serai, daun kesum, daun kari dan paling kerap digunakan adalah daun pandan. Ya! Daun pandan! Mana tidaknya, masak nasi lemak letak daun pandan, masak kek pon guna pandan untuk dapatkan rasa dan warna naturalnya. Kadang-kadang tu payah juga nak jumpa daun pandan. Lagi² duduk di bandar, rumah taman yang tiada tanah nak bercucuk tanam atau tiada masa nak membela pokok kan? Takpa, setiap daripada kita punyai alasan tersendiri. Tiada salahnya.

Tapi, jangan runsing, sekarang ini lebih mudah untuk dapatkan pandan tau! Cx perkenalkan Pandan Leaf Extract Liquid by Bionutricia.  Kalau dulu nak gunakan jus pandan dalam masakan, banyak betul proses yang perlu kita lalui. Nak kena cari pandan, potong dapatkan helaian daun yang elok, kemudian basuh, dipotong² dan dikisar halus. Lepastu kita kena perah lagi untuk asingkan hampas dan jus pandan. Banyak sungguh prosesnya. Betul tak? Tapi sekarang, takpayah renyah² dah, pakai sahaja Pandan Leaf Extract ni, ianya Ekstrak semulajadi daun pandan yang di kaji dan dijamin kebersihannya. Boleh bawa kemana² sahaja dengan packaging botolnya yang comel dan ringan. Senang!

Pandan Leaf Extract Liquid : Beverage and Bakery

Proses bagi mendapatkan jus pandan

Pandan Leaf Extract Liquid ini ada dua jenis iaitu; untuk kegunaan dalam minuman [Beverage] dan juga untuk masakan [Bakery]. Pengekstrakan pandan leaf ini menggunakan bio-teknologi hijau untuk nutrien phyto optimum dan ianya dibotolkan secara eksklusif bagi mengekalkan kesegarannya.  Setiap daun pandan yang dipilih adalah berkualiti. Bagi satu sudu pandan leaf extract liquid ini bersamaan dengan tujuh helai daun pandan. Ianya diyakini selamat, puas hati dan tiada bahan kimia yang digunakan kerana semuanya adalah secara semulajadi. Terdapat dua jenis pandan leaf extract liquid ini iaitu;

PANDAN LEAF EXTRACT LIQUID [BEVERAGE] Pandan Leaf Extract Liquid [Beverage] adalah khas untuk minuman. Warnanya lebih cerah hijau kekuningan. 

PANDAN LEAF EXTRACT LIQUID [BAKERY] pula adalah lhas untuk masakan. Warnanya lebih pekat kehijauan. Kedua-dua ekstrak ini mempunyai bau daun pandan semulajadi dan tiada campuran pewarna digunakan. 

Bio Nutricia Extract (GMP, HACCP, JAKIM HALAL) Malaysia
Hari ini cx sangat teruja untuk masak Pengat Keledek Sagu Mata Ikan Pandan Leaf Extract Special. Wah gittew nama dia. Hihi. Dalam kepala ni ada macam² benda lagi nak buat tau dengan Natural Pandan Leaf Extract ni tapi cx kongsikan gambar  ini dululah ya. Jika berkesempatan, cx akan kongsikan lagi resepi menarik dengan pandan leaf extract ini ya.

Pengat Keledek Sagu Mata Ikan Pandan Leaf Extract Special. 
Resepi Pengat Keledek Sagu Mata Ikan Pandan Leaf Extract Special:

Bahan²:

1. Keledek
2. Sagu Mata Ikan
3. Santan
4. Gula Melaka
5. Air
6. Pandan Leaf Extract Liquid Bakery

Cara²:

1. Panaskan periuk dengan api yang sederhana kemudian masukkan gula melaka sebuku besar yang telah dicincang.
2. Biarkan gula melaka mencair dan mula masukkan sagu mata ikan, biarkan masak.
3. Masukkan santan dan kacau agar tidak berkepala santannya.
4. Kemudian masukkan dua sudu kecil pandan leaf extract liquid bakery ke dalam periuk. Kacau dan dibiarkan sehingga naik bau haruman semulajadi pandan.
5. Masukkan keledek yang telah siap direbus.
6. Siap!

Warnanya adalah pekat kehijauan dan aromanya kekal harum semulajadi.

Bila cx dah cuba pandan leaf extract liquid ini dalam masakan, kita akan rasa keenakan semulajadi daun pandan yang segar. Memang sedap sangat, sedang elok sahaja rasanya. Tak jadi masalah dah kalau tiada daun pandan untuk masakan kita selepas ini! Guna sahaja pandan leaf extract liquid! Setiap rumah mesti kena ada satu botol tau! Mudah sangat! Kerja pon jadi senang! Alhamdulillah

Kita kalau amalkan minuman jus daun pandan, ianya dapat menyejukkan dan melegakan haba badan. Selain itu, ia juga dapat memulihkan tenaga kita dengan lebih ccepat. Paling menarik ialah ianya anti-oksida, menenangkan jika diminum dan diekstrak menggunakan langkah Nano Bio-Teknologi yang maju, secara semulajadi bagi mengekalkan haruman dan rasa pandan itu sendiri. Jika berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh layari link seperti dibawah.

Website:

Facebook:

Instagram:

Direct Purchase:

Ekstrak Daun Pandan Semulajadi
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Friday, January 11, 2019

Suchi Kosmetik: Set Pilihan Para Jemaah Umrah dan Haji

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kita semua mesti ada pasang niat untuk ke tanah suci Mekah kan? Cx juga tidak ketinggalan mempunyai niat sama. Lebih lebih lagi, kakak abang ipar dan mak abah mentua baru sahaja selesai menunaikan umrah mereka pada tahun lepas. Rasa  sangatsangat . Namun, tahukah anda ketika di sana, kita perlu pastikan kesucian barang² yang kita bawa dan pakai  supaya tidak menyulitkan keadaan ketika beribadah?

[Suchi Kosmetik: Set Raudhah]

Suchi Kosmetik merupakan produk keluaran Muslim di bawah naungan Frontpage Solution yang mula ditubuhkan pada tahun 2012 di Seremban. Suchi adalah produk kosmetik haji yang sah digunakan ketika ihram. Ianya diyakini suci dan selamat. Kita semua sedia maklum bahawa dengan memakai wangi wangian adalah dilarang ketika ihram. Melanggarnya adalah tidak membatalkan haji dan umrah tetapi kita dikenakan dham. Oleh itu, pihak Frontpagd Solution mendapat ilham dengan mencipta produk Suchi Kosmetik ini dan ianya sangat membantu para jemaah daripada perasaan was was dan tidak yakin.

APA YANG ADA DALAM SET RAUDHAH SUCHI KOSMETIK?

1. Gel Mandian Suchi


Gel mandian Suchi amat sesuai dan praktikal untuk dibawa ketika memgembara. Kandungan sebanyak [50ml] dibekalkan dalam set ini dan ianya mampu bertahan sehingga dua minggu. Gel mandian Suchi juga bertindak menghilangkan bau badan, menyegarkan serta melembabkan kulit.

Gel mandian Suchi diperkaya dengan ekstrak minyak zaitun [olive oil], lidah buaya [aloe vera] dan daun pudina [peppermint)]. Bahan-bahan ekstrak tersebut telah terbukti dapat mengekalkan kelembapan serta menyegarkan kulit. Gel mandian Suchi juga dapat membuang segala kotoran tanpa menjejaskan keseimbangan semulajadi kulit.

2. Ubat Gigi Suchi 


Ubat Gigi Suchi dicipta khas bagi melindungi gigi dan gusi secara menyeluruh. Ianya mampu menguatkan gusi dan mengelakkan masalah gigi seperti berlubang dan kuning. Dengan penggunaan ubat gigi suhi ini, ia boleh mencegah bau mulut dengan adanya ektrak daun pudina yang terkandung didalamnya. 

Suchi Kosmetik mencipta ubat gigi Suchi dengan saiz paket yang sesuai dibawa ketika mengembara kerana ianya sedang elok dan tidak terlalu besar atau kecil serta semestinya tidak memakan ruang simpanan.

3. Losyen Suchi


Losyen Suchi direka khas untuk tangan dan badan ini diperkaya dengan eksstrak Minyak Zaitun [Olive Oil], Lidah Buaya [Aloe Vera], Minyak Bunga Matahari [Sunflower Oil], dan Daun Pudina [Peppermint] yang semestinya memberi kesegaran kepada kulit.

Khasiat daripada ekstrak tersebut dapat mengekalkan kelembapan kulit dan merawat kulit kering serta menggelupas. Ketika berada di tanah suci Mekah, cuaca yang berbeza kering dan panas boleh menyebabkan kekeringan kepada tubuh badan kita. Makanya, air amatlah diperlukan dan losyen juga pengelamat bagi mengekalkan kelembapan kulit. Losyen Suchi tidak melekitkan kulit dan ianya "waterbased".

4. Pelembab Bibir Suchi


Ketika kita mengembara, sudah pasti denga perubahan cuaca seperti panas terik dan kering, boleh menyebabkan bibir kita merekah kekeringan. Selain dengan meminum air yang banyak, Suchinjuga mereka khas pelembab bibir Sucgi yang boleh merawat kulit kering dan merekah akibat cuaca panas. 

Pelembab Bibir Suchi Kosmetik dapat menghalang bibir daripada kering dan merekah serta melembab juga melindungi. Bahan seperti ekstrak Mentega Shea [Shea Butter], Lilin Lebah [Beewax], Minyak Bunga Matahri [Sunflower Oil], dan Minyak Zaitun [Olive Oil], kesemuanya dikompilasikan di dalam Pelembab Bibir Suchi Kosmetik ini. Kekerapan mengoles Pelembab Bibir ini amatlah digalakkan bagi mengekalkan kelbapan kulit bibir.

5. Krim Tumit


Set terakhir dalam Raudhah ini adalah krim tumit. Umum tahu bila cuaca panas dan kita berjalan jauh dan lama, sudah pasti tumit kaki akan mula mengering dan merekah. Sungguh rekahan di tumit adalah sakit dan tidak selesa dan ianya mampu mengganggu proses kita beribadah. 

Penggunaan krim tumit Suchi sebelum melakukan aktiviti amatlah membantu para jemaah dalam mengelakan kulit kering, merekah dan pecah. Krim Tumit Suchi diperkaya dengan khasiat Lilin Lebah [Beewax], Minyak Bunga Matahari [Sunflower Oil], dan Minyak Zaitun [Olive Oil] dan Lidah Buaya [Aloe Vera] yang terkandung di dalam krim ini benar benar dapat membantu para jemaah.

Set Lengkap Suchi Kosmetik

Set Suchi Kosmetik mempunyai banyak lagi produk yang dihasilkan. Antaranya adalah seperti berikut;

✓ Syampu dan Perapi
✓ Losyen B'Fit
✓ Krim Muka Uv Spf25
✓ Deodoran

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai set yang ada dalam Produk Kosmetik Suchi; bolehlah tekan link yang disediakan;

Website;

Facebook;

Instagram;

Youtube;

Suchi Kosmetik Mesra Ibadah
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Wednesday, January 9, 2019

Intermittent Fasting Journey: Diet Puasa Hari ke-29

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kita semua sedia maklum sekarang memang tengah in and trendy diet puasa ini atau lebih dikenali sebagai intermittent fasting atau diet Lisa Surihani. Jika korang nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk entry cx di sini okay. 


IF Today. Lagi 1jam 56 minit 31 saat untuk breakfast. Apps ini nama dia ZERO. Nanti cx kongsikan antara apps yang penting dalam journey IF cx okay. Stay tuned!

Ramai sahaja yang dah lama buat tapi cx baru sahaja dapat tahu pasal diet puasa ini tahun lepas. Cx mula pada bulan Disember 2018. Sangat baru. Sebulan pon tak lepas lagi. Target memang nak buat sebulan lebih untuk capai berat yang cantik tapi apakan daya Allah tidak mengizinkan.

Sebenarnya dalam seminggu juga cx berhenti buat diet puasa atau IF ini sebab cx demam, batuk dan flu. Kali ini punya demam macam lekat baby pula sebab lama hahah. Biasa demam dua tiga hari je. Jarang² demam panjang melainkan ada baby dalam ni. Hahaha tapi no worry, tiada future baby. Haha! Eh! Betullah! Kami merancang sendiri. Jadi, kami tahu lekat ke tidak. Eh! Dah cerita topik lain pula. Haha Dah jom sambung balik pasal IF. Jadi cx pon baru mula semula IF ni, hari ini dah tiga hari. Jadi, semalam cx dinner last pada pukul 19:20. Menunya adalah Kuey Teow Goreng! Hehe Taraaaa! 


Haa gittew hiasannya sampai tertutup terus Kuey Teow Goreng ya! Hahaha Alarh! Ambil dua gambar sahaja semalam sebab nak cepat. Nak hidang untuk Mak, Nenek dan Suami juga anak² makan. Makanya, itulah sahaja yang sempat dibuat kenangan dan bukti diet puasa cx semalam. Hahaha! Cx ada masukkan sotong, kacang panjang, fishball, ditambah dengan ayam goreng yang tiada dalam gambar! Haha. Hiasan atas tu telur dadar dan tomato , memasing berebut nak tomato. 😅 Anak bujang cx sebiji tomato diulamkannya. Dia memang hantu tomato. Si adik pula dia pulun makan telur dadar ni. Alahai anak. 

Okay, sebelum cx tutup entry ini, cx belanja lagi satu gambar tapi togel sahaja sebab hiasan telur dadar tak siap lagi waktu tu gara² tak terfikir pon. Hahaha! Okay² doakan perjalanan diet puasa cx ini berjalan dengan lancar dan berjaya dengan bangganya waima cx tidak mengamalkan eat clean. Eat clean tak mampulah sebab cx breastfeeding anak. Gigil oi! Perut sejenis kena makan portion berat² yang banyak macam nasi, kuey teow, mee, bihun. Tapi air manis memang cx tak gemar sangat. Seminggu tu boleh kira berapa cawan minum air manis. Ada masa tu sampai dua minggu tak minum air manis. Padanlah kena tekanan darah rendah bak kata doktor. Haha! 

Gambar Kuey Teow Goreng Togel. Haha!

Jagalah kesihatan kita
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, January 7, 2019

Printcious.com: Website Custom Gift Atas Talian yang Sangat Menarik dan Terbaik!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Siapa suka order barang atas talian? Semestinya ramai kan? Tipulah tu kalau tak suka. Siapa pula suka DIY sendiri hadiah untuk diberikan kepada insan tersayang? Angkat tangan sama² dengan cx! Yeah! Seronok kan bila kita dapat design sendiri hadiah untuk si dia? Best moment sungguh! Jadi kenangan selama²nya. Wah gittew! Tapi pernah tak korang cuba design hadiah tu di atas talian? Jarang kan? Sebab apa ya? Sebab kebanyakkan website itu sangat complicated. Betul tak? Tak mesra pelangganlah lebih senang. Upst! 

printcious.com
Okay meh cx nak perkenalkan kepada sesaiyang semua satu website yang best sangat iaitu Printcious.com. Apa yang best sangat tu? Okay sebelum tu cx nak cerita sikit; printcious.com ni merupakan satu company yang menyediakan servis tempahan hadiah dan boleh direka oleh pelanggannya melalui website printcious.com. Macam² jenis hadiah yang printcious.com ini ada sediakan. Kita tak perlu pon nak susah² tau sebab website printcious ini sangat simple dan mudah! Serius! Kalau nak tempah dan DIY sendiri hadiah korang tu, hanya memerlukan beberapa langkah sahaja tau. Design website ini pon sangat simple, friendly, tidak serabut dan sedap mata memandang. Nak pilih² pon mudah. Tak complicated untuk klik banyak² kali. Design and tools website printcious.com ini juga kemas dan cantik pilihan warna serta gambar yang digunakan. Mampu menarik perhatian pengguna.

Langkah-langkah untuk membuat tempahan. Hanya memerlukan empat langkah sahaja.

Mudah sangat kan? Pertama sekali, kita perlulah pilih produk apa yang nak dijadikan hadiah istimewa tu. Ada banyak pilihan. Jangan rambang mata sudahlah. Hihi. Bila dah siap pilih tu, langkah seterusnya, bolehlah pilih gambar untuk upload dan diletakkam dekat hadiah kita tu. Kalau taknak gambar, nak buat tulisan sahaja pon boleh. Kalau lagi nak puaskan hati, letak dua² sekali, gambar dan tulisan. Lengkap! Dah selesai semua tu, haa tunggu apa lagi? Place order jelah! 🤭 Settle!

Lagi best website printcious.com dah siap² letak apa jenis hadiah yang boleh kita pilih. Ada bermacam pilihan seperti baju, mug minuman, bantal, casing handphone, Canvas Photo, Button Badges dan banyak lagi. Boleh usha sendiri tau nanti! Meh cx tunjukkan contoh sikit ya macam mana yang cx kata simple, friendly dan mudah dengan menggunakan website printcious. Katakanlah cx nak DIY button badge dan mug.
Ruangan pilihan hadiah yang kita nak untuk design. Ada banyak sangat. Memang menarik tau! 
Contoh untuk hadiah Button Badge

Korang hanya perlu tekan start designing dan dah boleh mulakan langkah upload add dan edit text mengikut kesesuaian dan kesukaan tersendiri. Bahagian bawah tu, printcious.com siap² bagitahu apakah jenis dan ciri² serta kelebihan yang ada pada button badge mereka. Semestinya mereka menjaga standard dan quality bagi setiap barangan yang dikeluarkan untuk pelanggannya. InShaaAllah terbaik.

Ini contoh untuk Mug pula. Cx pilih Magic Mug ni ni sebab hanya akan keluar design kita bila diisi dengan air sahaja. Hehe cantik! 

Menarik kan? Mudah dan simple sangat. Kalau korang nak tahu, printcious ni dah dikenali di merata dunia tau. Antaranya; Malaysia of course, Singapore, Australia, New Zeland, Hong Kong, dan banyak lagi. Setiap minggu akan ada Weekly Special Promo okay! Sangat menarik! Ada juga dikategorikan bahagian seperti ; Find Your Gift for Your Loved Ones dan juga Special Occasion. Pilihan yang ada sangat menarik. Pasti membuatkan kita teruja! Cx suka dengan setiap inci design dan tools yang disediakan melalui website printcious.com.

Weekly Special Promo

Valentines Day Gift for Loves One! Go get now!

Sekarang ada Birthday Gift Ideas sempena Valentines Day tau! Macam² tawaran diberikan. Jom grab sekarang sementara ada promo! Berbaloi²! Nanti cx kongsikan links semua dibawah okay.

Serius printcious website memudahkan sangat! Korang apa tunggu lagi? Ajomm terjah sikit printcious.com sekarang! Cx gerenti korang korang akan suka dan teruja untuk design sendiri hadiah untuk yang tersayang. Tup² place order je kang kan? 😉
Precious Gift from Your Heart

Facebook :
👉 https://www.facebook.com/printcious

Website : 


The Best Website to Recommend!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Sunday, January 6, 2019

Chomel Baby: Produk Halal berasaskan Plant-Based dan Dijamin Selamat untuk Kulit Bayi

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Sebagai ibu bapa, kita memang tak lari daripada perasaan risau bila anaknya mempunyai masalah kulit sensitif? Semua ibu risau. Betul tak? Yalah, bila setiap kali sesi mandi sahaja, bermulalah orang kata 'nightmare' ataupun pengalaman buruk untuk anak dan si ibu. Anak akan menangis kesakitan bila produk bayi yang digunakan tidak sesuai dengan kulitnya. Semestinya pedihkan? Kalau anak cx pon macam tu. Jika produk itu tak serasi, kemudian harinya, mesti mula naik merah² dan gatal gatal. Kesian dekat anak. 

Kita selalu nak yang terbaik buat anak² tapi kadang² tak sedar bahawa pengunaan harian asas itulah punca utama. Kenapa cx cakap macam ni? Ianya disebabkan oleh bahan² yang digunakan dalam sesuatu produk kegunaan harian kita seperti sabun mandi dan sabun pencuci baju. Semuanya mempunyai bahan yang berpotensi untuk menjadi penyakit berbahaya seperti asma dan kanser. Takut betul bila dikenangkan. Nauzubillahiminzalik. Ianya tidak sama dengan Chomel Baby sebab produk ini anti-sintetik, tiada bahan kimia dan tidak menyebabkan kesan yang buruk kepada kulit bayi.


Sekarang ni, dengan adanya produk yang natural plant-based, seperti chomel, kita rasa selamat untuk menggunakannya! Ianya sangat sesuai untuk kulit bayi dan jenis sensitif. Chomel juga berkesan dan eco-friendly yang membuatkan bayi menjadi lebih sihat dan gembira. Bestkan? Tambahan pula, misi utama Chomel Baby adalah memperkasakan orang ramai untuk hidup bahagia dan sihat sentiasa. Mereka percaya bahawa bersih tanpa kompromi dan ketelusan adalah sangat bermakna dengan rekaan bijak ini.  Mereka juga percaya mampu untuk mengubah dunia dengan satu produk sahaja. Okay jom cx bawa korang kenal² dengan produk chomel  baby ni; Cx kongsikan sekali personal feedback cx sendiri setelah menggunakannya! 

👶 CHOMEL BABY DAILY LOTION [500ML]


Ianya merupakan losyen yang lembut dan serba boleh, kerana ia mampu membantu melegakan, melembapkan dan menyokong keseimbangan kelembapan semula jadi kulit. Dijamin tiada sintetik dan hanya menggunakan minyak semulajadi seperti Flaxseed, Rosehip, Coconut & Monoi Tiare. TIDAK MELEKIT! Diformualsikan dengan Vitamin C dan E untuk membantu menguatkan penghalang kulit dan menjadikannya sihat serta lembut. Mudah terurai secara semulajadi dan semestinya tidak beracun untuk kegunaan seisi keluarga. 

Lotion dia paling cx suka! Cx ni jenis tak berapa suka pakaikan lotion dekat anak² tapi lotion ni best sangat! Sebab ianya tidak melekit tau! Tidak juga berminyak! Masa pakai tu, lotion jadi macam air tau dekat atas kulit, terus menyerap dengan baiknya. Tiada langsung rasa melekit! Ini serius! Dahlah wangi. Suka bau banyak kali bila cx apply dekat kulit sendiri. Ahhaha! Selepas ni mesti anak² cx wangi 24/7 dan kulit mereka pon jadi lebih lembut dan terjamin selamat. Anak² dahlah jenis allergic juga kulit. Jadi, memang terbaik Chomel brand ni tau! 

👶 CHOMEL BABY HEAD TO TOE WASH [500ML] 


Mempunyai PH yang seimbang dan bebas sabun daripada kepala hingga ke hujung kaki. Ianya membantu membersihkan tanpa memberikan pengeringan yang berlebihan. Diformualsikan dengan Vitamin C dan E untuk membantu menguatkan penghalang kulit dan melembabkan kulit. Mudah terurai secara semulajadi dan semestinya tidak beracun untuk kegunaan seisi keluarga. 

Pada cx, Baby Head to Toe Wash ni pertama sekali semestinya bau dia sangat wangi, lembut sahaja bauannya. Ala² bayi tau. Suka sangat bau. Bila dah kita pakai kena ke kulit, lagi semerbak harumannya. Satu rumah boleh bau. Wangi sangat. Sabun mandi ni ianya memang bila kita pakai, kulit akan rasa firm sahaja, lembut dan moist. Cx sangat setuju bila dikatakan Chomel produk ini melembabkan kulit. Betul sungguh! Selepas cuci, kulit memang jadi lembab dan tidak menyebabkan kulit kita kering. Ini serius tau!

👶 CHOMEL BABY WIPES [30SHEETS] 


Lapisan tisu ini diperbuatkan sangat tebal dan ianya lebih tahan lama. Diformualsikan dengan Vitamin C dan E untuk membantu menguatkan penghalang kulit dan melembabkan kulit. Mudah terurai secara semulajadi dan semestinya tidak beracun untuk kegunaan seisi keluarga.

Baby wipes ni ni belum buka pon dah wangi bau dia. Lembut sangat. Cx rasa sayang nak guna sebab wangi. Hahah Hahah tapi kena juga. Haha Baby Wipes ni ni memang tebal tak macam brand lain, nipis kan? Lepastu bila pakai, semestinya ia membantu untuk melembabkan kulit kita. Cx suka sangat! Kalau anak² tangan kotor ke kan, cx pakaikan sahaja wipes ni. Bersih pon ya, wangi pon ya. 


Okay, lepas ni memang anak anak cx sentiasa wangi, bersih, dan selamat kulit mereka daripada bahan² chemical yang kita tak tahu tahap keselamatannya. Anak² happy, mak pon bahagia! Terima kasih chomel baby kerana mencipta produk yang sangat bagus! Kalau korang berminat untuk ketahui lebih lanjut; boleh terus terjah di link yang cx kongsikan di bawah okay. Korang takkan rugi sebab Chomel Baby dah banyak keluarkan pelbagai produk untuk kegunaan seisi keluarga yang dijamin selamat. Paling penting, ianya HALAL oleh JAKIM Malaysia dan mendapat kelulusan KKM. 

Website: 

Facebook:

Instagram:

Produk Natural Terjamin Keselamatannya
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu