Sunday, January 6, 2019

Chomel Baby: Produk Halal berasaskan Plant-Based dan Dijamin Selamat untuk Kulit Bayi

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai semua. Sebagai ibu bapa, kita memang tak lari daripada perasaan risau bila anaknya mempunyai masalah kulit sensitif? Semua ibu risau. Betul tak? Yalah, bila setiap kali sesi mandi sahaja, bermulalah orang kata 'nightmare' ataupun pengalaman buruk untuk anak dan si ibu. Anak akan menangis kesakitan bila produk bayi yang digunakan tidak sesuai dengan kulitnya. Semestinya pedihkan? Kalau anak cx pon macam tu. Jika produk itu tak serasi, kemudian harinya, mesti mula naik merah² dan gatal gatal. Kesian dekat anak. 

Kita selalu nak yang terbaik buat anak² tapi kadang² tak sedar bahawa pengunaan harian asas itulah punca utama. Kenapa cx cakap macam ni? Ianya disebabkan oleh bahan² yang digunakan dalam sesuatu produk kegunaan harian kita seperti sabun mandi dan sabun pencuci baju. Semuanya mempunyai bahan yang berpotensi untuk menjadi penyakit berbahaya seperti asma dan kanser. Takut betul bila dikenangkan. Nauzubillahiminzalik. Ianya tidak sama dengan Chomel Baby sebab produk ini anti-sintetik, tiada bahan kimia dan tidak menyebabkan kesan yang buruk kepada kulit bayi.


Sekarang ni, dengan adanya produk yang natural plant-based, seperti chomel, kita rasa selamat untuk menggunakannya! Ianya sangat sesuai untuk kulit bayi dan jenis sensitif. Chomel juga berkesan dan eco-friendly yang membuatkan bayi menjadi lebih sihat dan gembira. Bestkan? Tambahan pula, misi utama Chomel Baby adalah memperkasakan orang ramai untuk hidup bahagia dan sihat sentiasa. Mereka percaya bahawa bersih tanpa kompromi dan ketelusan adalah sangat bermakna dengan rekaan bijak ini.  Mereka juga percaya mampu untuk mengubah dunia dengan satu produk sahaja. Okay jom cx bawa korang kenal² dengan produk chomel  baby ni; Cx kongsikan sekali personal feedback cx sendiri setelah menggunakannya! 

👶 CHOMEL BABY DAILY LOTION [500ML]


Ianya merupakan losyen yang lembut dan serba boleh, kerana ia mampu membantu melegakan, melembapkan dan menyokong keseimbangan kelembapan semula jadi kulit. Dijamin tiada sintetik dan hanya menggunakan minyak semulajadi seperti Flaxseed, Rosehip, Coconut & Monoi Tiare. TIDAK MELEKIT! Diformualsikan dengan Vitamin C dan E untuk membantu menguatkan penghalang kulit dan menjadikannya sihat serta lembut. Mudah terurai secara semulajadi dan semestinya tidak beracun untuk kegunaan seisi keluarga. 

Lotion dia paling cx suka! Cx ni jenis tak berapa suka pakaikan lotion dekat anak² tapi lotion ni best sangat! Sebab ianya tidak melekit tau! Tidak juga berminyak! Masa pakai tu, lotion jadi macam air tau dekat atas kulit, terus menyerap dengan baiknya. Tiada langsung rasa melekit! Ini serius! Dahlah wangi. Suka bau banyak kali bila cx apply dekat kulit sendiri. Ahhaha! Selepas ni mesti anak² cx wangi 24/7 dan kulit mereka pon jadi lebih lembut dan terjamin selamat. Anak² dahlah jenis allergic juga kulit. Jadi, memang terbaik Chomel brand ni tau! 

👶 CHOMEL BABY HEAD TO TOE WASH [500ML] 


Mempunyai PH yang seimbang dan bebas sabun daripada kepala hingga ke hujung kaki. Ianya membantu membersihkan tanpa memberikan pengeringan yang berlebihan. Diformualsikan dengan Vitamin C dan E untuk membantu menguatkan penghalang kulit dan melembabkan kulit. Mudah terurai secara semulajadi dan semestinya tidak beracun untuk kegunaan seisi keluarga. 

Pada cx, Baby Head to Toe Wash ni pertama sekali semestinya bau dia sangat wangi, lembut sahaja bauannya. Ala² bayi tau. Suka sangat bau. Bila dah kita pakai kena ke kulit, lagi semerbak harumannya. Satu rumah boleh bau. Wangi sangat. Sabun mandi ni ianya memang bila kita pakai, kulit akan rasa firm sahaja, lembut dan moist. Cx sangat setuju bila dikatakan Chomel produk ini melembabkan kulit. Betul sungguh! Selepas cuci, kulit memang jadi lembab dan tidak menyebabkan kulit kita kering. Ini serius tau!

👶 CHOMEL BABY WIPES [30SHEETS] 


Lapisan tisu ini diperbuatkan sangat tebal dan ianya lebih tahan lama. Diformualsikan dengan Vitamin C dan E untuk membantu menguatkan penghalang kulit dan melembabkan kulit. Mudah terurai secara semulajadi dan semestinya tidak beracun untuk kegunaan seisi keluarga.

Baby wipes ni ni belum buka pon dah wangi bau dia. Lembut sangat. Cx rasa sayang nak guna sebab wangi. Hahah Hahah tapi kena juga. Haha Baby Wipes ni ni memang tebal tak macam brand lain, nipis kan? Lepastu bila pakai, semestinya ia membantu untuk melembabkan kulit kita. Cx suka sangat! Kalau anak² tangan kotor ke kan, cx pakaikan sahaja wipes ni. Bersih pon ya, wangi pon ya. 


Okay, lepas ni memang anak anak cx sentiasa wangi, bersih, dan selamat kulit mereka daripada bahan² chemical yang kita tak tahu tahap keselamatannya. Anak² happy, mak pon bahagia! Terima kasih chomel baby kerana mencipta produk yang sangat bagus! Kalau korang berminat untuk ketahui lebih lanjut; boleh terus terjah di link yang cx kongsikan di bawah okay. Korang takkan rugi sebab Chomel Baby dah banyak keluarkan pelbagai produk untuk kegunaan seisi keluarga yang dijamin selamat. Paling penting, ianya HALAL oleh JAKIM Malaysia dan mendapat kelulusan KKM. 

Website: 

Facebook:

Instagram:

Produk Natural Terjamin Keselamatannya
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

27 comments:

Normi Nieza said...

TERBAIK..

CXopportunities said...

Chomel Baby memang produk yang terbaik untuk kulit anak² dan kita juga 😊

Julia Mahir said...

Kita pun dah bau Chomel baby wash. Wangi sangat! Pastu anak-anak suka sgt nak ambik lotion pakai. Dah la wnagi, tak berminyak pulak tu kan.

Wai Yee aka Rane said...

that's a nice review. I have tried this brand before. I got the sample from warehouse sales last time. memang not bad their formula. I always choose the best for my babies whenever possible.

Kayathre Kay said...

Thanks for sharing. I can buy this as gift to my friend's baby. I was thinking what to buy actually. Because baby's skin is very sensitive.

Rawlins GLAM said...

Yang penting, selamat dan mudah digunakan oleh parents dan baby agar semua rasa tenang dan tanpa was-was kan. Namanya pun Chomel.

Khai Artzfar said...

suka nya produk ni! sebab semua yang nak ada dalam produk tu. halal, wangi, berkesan dan sesuai untuk bayi! so boleh la gunakan tanpa was-was kan> boleh recommend nnti dekat anak saudara hehe

Henry Tan said...

plant based sounds a lot better, especially the usage is for baby with gentle skin! btw i supposed it's a local brand given the name is comel with a h in between! haha

How to deal with markets ups and downs?

CXopportunities said...

Betul! Cx plg suka lotion dia. Wangi sangat. Lembut je. selesa pakai. Bau pon tahan lama

CXopportunities said...

True. Good product for us.

CXopportunities said...

Yes exactly, it can be as a gift for baby and kids.

CXopportunities said...

Ya paling penting is selamat. Setuju sangat.

CXopportunities said...

Halal is important. Ya² let's spread it out!

CXopportunities said...

Maybe they have their own reason to choose the name. Hehe

penaberkala nuar said...

Bagus produk ni. Yang penting halal dan baik untuk bayi. Memang kena bagitau kat parents kat lUar sana suruh guna produk ni. Nice sharing

Mohamad Faris said...

Nama produk pun chomel sgt. Hehehe. Bagus ad produk mcm ni sesuai untuk baby sebab tak de harmful ingredients yg boleh effect kulit baby. Boleh syorkan kt kakak ni. hehehe

alia farhan Said said...

Bagus product ni.. Pernah pkai hand washer dia. Lembut ja untuk tangan suka sangat. Nanti nk try yg lain2 plak

Hanny Abdullah said...

Untuk anak anak memang sebolehnya kita nak bagi yang terbaik untuk mereka. Untungnya zaman sekarang banyak produk yg senang dapat dipasaran..cuma mak2 kena pandai pilih yg serasi utk anak2. Nanti nak suruh anak buah try prduk ni kat anak2 mereka..nampak cam bagus je prduk ni

AyuArjuna BiGoshh said...

pernah cuba brand ni tapi rasanya macam wipe tissue..tai secara peribadi memang suka dan best sangat...cuma nak dapatkan produk ni kat pasaran tempatan agak sukar sebab ianya produk barukan

Wawa Ashihara said...

pertama sekali dengar produk baby berasaskan tumbuhan semulajadi. hehehe.. tengah bayangkan kejap.. so bahan dari produk chomel ni jenis antibakteria tak? tapi bagus juga sbb sesuai utk bayi yang kulit sensitif untuk pakai... nama chomel, secomel produknya.. hihi...

Azni said...

First time dengar pasal produk ni but plant based ni sounds good kan. Mmg nak kena avoid chemical esp utk anak2 lagii lah nak kwna jaga

Syafiera Yamin said...

produk ni memang bagus, i pernah ada baby wipes dengan dia pencuci lantai, so far memang bersih, tak perlu bilas pun and paling best safe for babies ! so i tak rasa takut guna produk chomel ni.. packaging pun sangat comel love it !

Mrs Liez said...

Liez juga guna product ni utk baby kecik. Bukan apa sbb dia organic dan sangat sesuai utk yg ada madalah kulit dengan bahan-bahan sensitif..next nak try wet tissue sbb mmg stock up dlm handbag dan bag anak2..

Cik Puan Ena said...

Ena jatuh cinta dengan produk chomel. Paling suka tu lotion die. Yes ena tak suka pakaikan anak lotion sebab nanti tangan kita melekit. Tapi pakai lotion chomel ni langsung tak melekit dan tak berminyak. Rasa mcm pakai serum kan.hehe.. asik nak picit sapu kt kulit anak.hehe.. wangi sampai ke petang.

Mek Onie said...

Actually lotion yang best tu adalah yang non-greasy kan,kalau dapat yg greasy homai,langsung tak best nak pakai, huhu. Best juga ye produk ni, complete siap dengan baby wipes ❤️

Siti Rohaida Yusof said...

Dari dulu memang guna produk chomel ni.. Kita guna yg sanitizer, cuci botol baby, sabun pun guna ni jugak sbb produk ni bebas dri bahan kimia

Saidila Lifestyle said...

wahhh Chomel ni produk baru yer....bahan organik tu sebenarnya penting untuk kulit bayi yang masih sensitif...dapat dah idea untuk jadikan hadiah untuk newborn