Wednesday, January 9, 2019

Intermittent Fasting Journey: Diet Puasa Hari ke-29

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kita semua sedia maklum sekarang memang tengah in and trendy diet puasa ini atau lebih dikenali sebagai intermittent fasting atau diet Lisa Surihani. Jika korang nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk entry cx di sini okay. 


IF Today. Lagi 1jam 56 minit 31 saat untuk breakfast. Apps ini nama dia ZERO. Nanti cx kongsikan antara apps yang penting dalam journey IF cx okay. Stay tuned!

Ramai sahaja yang dah lama buat tapi cx baru sahaja dapat tahu pasal diet puasa ini tahun lepas. Cx mula pada bulan Disember 2018. Sangat baru. Sebulan pon tak lepas lagi. Target memang nak buat sebulan lebih untuk capai berat yang cantik tapi apakan daya Allah tidak mengizinkan.

Sebenarnya dalam seminggu juga cx berhenti buat diet puasa atau IF ini sebab cx demam, batuk dan flu. Kali ini punya demam macam lekat baby pula sebab lama hahah. Biasa demam dua tiga hari je. Jarang² demam panjang melainkan ada baby dalam ni. Hahaha tapi no worry, tiada future baby. Haha! Eh! Betullah! Kami merancang sendiri. Jadi, kami tahu lekat ke tidak. Eh! Dah cerita topik lain pula. Haha Dah jom sambung balik pasal IF. Jadi cx pon baru mula semula IF ni, hari ini dah tiga hari. Jadi, semalam cx dinner last pada pukul 19:20. Menunya adalah Kuey Teow Goreng! Hehe Taraaaa! 


Haa gittew hiasannya sampai tertutup terus Kuey Teow Goreng ya! Hahaha Alarh! Ambil dua gambar sahaja semalam sebab nak cepat. Nak hidang untuk Mak, Nenek dan Suami juga anak² makan. Makanya, itulah sahaja yang sempat dibuat kenangan dan bukti diet puasa cx semalam. Hahaha! Cx ada masukkan sotong, kacang panjang, fishball, ditambah dengan ayam goreng yang tiada dalam gambar! Haha. Hiasan atas tu telur dadar dan tomato , memasing berebut nak tomato. 😅 Anak bujang cx sebiji tomato diulamkannya. Dia memang hantu tomato. Si adik pula dia pulun makan telur dadar ni. Alahai anak. 

Okay, sebelum cx tutup entry ini, cx belanja lagi satu gambar tapi togel sahaja sebab hiasan telur dadar tak siap lagi waktu tu gara² tak terfikir pon. Hahaha! Okay² doakan perjalanan diet puasa cx ini berjalan dengan lancar dan berjaya dengan bangganya waima cx tidak mengamalkan eat clean. Eat clean tak mampulah sebab cx breastfeeding anak. Gigil oi! Perut sejenis kena makan portion berat² yang banyak macam nasi, kuey teow, mee, bihun. Tapi air manis memang cx tak gemar sangat. Seminggu tu boleh kira berapa cawan minum air manis. Ada masa tu sampai dua minggu tak minum air manis. Padanlah kena tekanan darah rendah bak kata doktor. Haha! 

Gambar Kuey Teow Goreng Togel. Haha!

Jagalah kesihatan kita
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

21 comments:

alia farhan Said said...

Eh kueytuaw goreng togel sedap apa. Akak suka anything keutiaw ni.. Sedap kot. Klau makan mee kuning kdang2 sebu perut. Kueytiaw ok pulak kan

Rawlins GLAM said...

Guna apps apa tu untuk rekod IF nie? Rawlins pun semacam berminat nak try IF nie. Untuk kesihatan diri. TQ in advance

CXopportunities said...

Haha! Cx pon suka kuey teow ! Suka gila. Tapi mee dan bihun pon suka! Haha! Apa² yg namanya makanan, cx sukalah. Haha

CXopportunities said...

Alamak. Lupa nak mention dekat situ. Okay cx dah edit dan tambah. Hehe tq! Next time cx cerita ya pasal apps IF 😉

Mek Onie said...

Tak pernah cuba diet puasa ni lagi, nampaknya onie pun nak kena cuba diet ni, perut makin boroi ni,bhahhahah.

Kylie Cre8tone said...

great diet... looks yummy to eat... nice record of wat consumed of the day.. hehehe hv a great fasting journey

Ezna Ahmad Khalili said...

Suka juga kuay tiaw togel tu. Nampak yummy juga tu. Janji kenyang kan?. Actually tak pernah cuba diet yang macam ni.

Amanda Suria said...

Akak pernah cuba IF, tapi akak gastirik teruk so tak sesuai rasa nak pengsan masa tu sebab pepandai jer mencuba kan..maybe sesuai untuk orang sihat takde penyakit la kan..akak ni memang under medication..so tak sesuai doc cakap...so akak pilih eat clean aje la...

amirnawawi said...

Wah! Teringin la nak buat intermittent fasting ni jugak,. tapi nafsu makan yang membuak buak ni tak boleh nak bendung lagi dah. Tu yang asyik gagal je.

syiera firdaus said...

Syira pun terasa nak buat jgk intermittent fasting ni. Tapi tak sempat lagi nak buat. Inshaallah nak buat jugak nanti. Nak ganti puasa yg lepas. Hehe kuey teow goreng pun sedap aih

Julia Mahir said...

Wuuu dah ramai start intermitten fasting ni kan skrg. Ramai gak yg kongsi result yg bagus. Tapi kita ni..lemau laa kalau x makan.. sbb tgh breastfeed baby huhu.. Tp nak gak kurus huhu

Jane Chua said...

Good to have fasting once in a while to stay healthy. I yet to try it but definitely will give it a try after this.

Cindyrina Rina said...

I pun buat interminttent fasting jugak. I don't take breakfast. Lunch only salad bowl with some proteins and lots of seed. Dinner before 6pm I take lots of fruits. I exercise twice a week. Still no weight loss. Haihhh...I guess I am too old and metabolism out.

Hanny Abdullah said...

Hajat hati memang nak buat diet macam Lisa tu, tapi bila nak buat aje..ada je halangan dan godaan. Agaknya memang sis ni susah kot nak berdiet. Kopi pulak memang tak leh nak tinggal..kalau tinggal rasa cam nak gila dibuatnya..so cam ne nak diet..huhuhu

Maha Mahu said...

Nampaknya azam tahun baru kita nak diet boleh cuba cara ini memang nampak makanan tu sihat sangat heheheh tapi tak tahu sampai bila kita boleh bertahan untuk diet macam ni hehehehehe...

Nadia Johari said...

good luck cx..semoga usaah nak diet berjalan dengan lancar..tengok keuw teo tu nampak sedap alahai..haaha..esok nak buat bihunla..sebab kuew teow takde..hahaha..cara ni mungkin lagi bagus dari biasa kan..wah diet sokmo la

rubydotmy said...

Bila selebriti dah buat, nampak ada guideline teratur skit kita tak makan tu kan. Dulu selalu juga tak makan camni. Orang cakap bahaya. Tak baikkkkk. Hahaha. Bila ada nama IF wow hebat la bleh IF. Wakakaka. Ruby pun tak kena marah mcm dulu bila IF. Kuikuikii

Henry Tan said...

hey cx! im doing intermittent fasting 16-8 too! but ofcourse mine with keto as well so takda la koay teow for me. haha you can try keto, so that with fat, you wont feel hungry fast, so that you wont keep waiting for the time to eat. and thanks for introducing the Zero app, i dont use any cause mine is fixed, window eating time from 12-8pm. anyway keep it up, hope you get your result soon!

How to deal with markets ups and downs?

MURNI NURUL AIN said...

Menu koey teow mmg favourite AM tau.. Kalu nmpk confirm beli tapi sekarang dah nmpk posting awak, dah kecur air liur nak cari koey teow goreng.. Laparrrr..

Syafiera Yamin said...

How was it CX ? I susah sikit sebab I punya schedule berubah rubah. I paling benci bila stress moment.. plus I suka sangat minum kopi.. tak pasti kenapa makin bertambah selera makan.. :( nanti nak plan balik semula IF ni..

tenku butang said...

Alamak.. CX pun buat gak IF ni yea.. wahhh ni yang rasa semangat nak start balik ni.. hari tu dah pernah try tapi.. huwaaa.. hubby TB kan.. dia tak buat IF ni so.. makan malam tu TB selalu je terpaksa makan sekali.. terrrr tau.. bukan sengajaa.. miahahaha..