Friday, January 11, 2019

Suchi Kosmetik: Set Pilihan Para Jemaah Umrah dan Haji

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kita semua mesti ada pasang niat untuk ke tanah suci Mekah kan? Cx juga tidak ketinggalan mempunyai niat sama. Lebih lebih lagi, kakak abang ipar dan mak abah mentua baru sahaja selesai menunaikan umrah mereka pada tahun lepas. Rasa  sangatsangat . Namun, tahukah anda ketika di sana, kita perlu pastikan kesucian barang² yang kita bawa dan pakai  supaya tidak menyulitkan keadaan ketika beribadah?

[Suchi Kosmetik: Set Raudhah]

Suchi Kosmetik merupakan produk keluaran Muslim di bawah naungan Frontpage Solution yang mula ditubuhkan pada tahun 2012 di Seremban. Suchi adalah produk kosmetik haji yang sah digunakan ketika ihram. Ianya diyakini suci dan selamat. Kita semua sedia maklum bahawa dengan memakai wangi wangian adalah dilarang ketika ihram. Melanggarnya adalah tidak membatalkan haji dan umrah tetapi kita dikenakan dham. Oleh itu, pihak Frontpagd Solution mendapat ilham dengan mencipta produk Suchi Kosmetik ini dan ianya sangat membantu para jemaah daripada perasaan was was dan tidak yakin.

APA YANG ADA DALAM SET RAUDHAH SUCHI KOSMETIK?

1. Gel Mandian Suchi


Gel mandian Suchi amat sesuai dan praktikal untuk dibawa ketika memgembara. Kandungan sebanyak [50ml] dibekalkan dalam set ini dan ianya mampu bertahan sehingga dua minggu. Gel mandian Suchi juga bertindak menghilangkan bau badan, menyegarkan serta melembabkan kulit.

Gel mandian Suchi diperkaya dengan ekstrak minyak zaitun [olive oil], lidah buaya [aloe vera] dan daun pudina [peppermint)]. Bahan-bahan ekstrak tersebut telah terbukti dapat mengekalkan kelembapan serta menyegarkan kulit. Gel mandian Suchi juga dapat membuang segala kotoran tanpa menjejaskan keseimbangan semulajadi kulit.

2. Ubat Gigi Suchi 


Ubat Gigi Suchi dicipta khas bagi melindungi gigi dan gusi secara menyeluruh. Ianya mampu menguatkan gusi dan mengelakkan masalah gigi seperti berlubang dan kuning. Dengan penggunaan ubat gigi suhi ini, ia boleh mencegah bau mulut dengan adanya ektrak daun pudina yang terkandung didalamnya. 

Suchi Kosmetik mencipta ubat gigi Suchi dengan saiz paket yang sesuai dibawa ketika mengembara kerana ianya sedang elok dan tidak terlalu besar atau kecil serta semestinya tidak memakan ruang simpanan.

3. Losyen Suchi


Losyen Suchi direka khas untuk tangan dan badan ini diperkaya dengan eksstrak Minyak Zaitun [Olive Oil], Lidah Buaya [Aloe Vera], Minyak Bunga Matahari [Sunflower Oil], dan Daun Pudina [Peppermint] yang semestinya memberi kesegaran kepada kulit.

Khasiat daripada ekstrak tersebut dapat mengekalkan kelembapan kulit dan merawat kulit kering serta menggelupas. Ketika berada di tanah suci Mekah, cuaca yang berbeza kering dan panas boleh menyebabkan kekeringan kepada tubuh badan kita. Makanya, air amatlah diperlukan dan losyen juga pengelamat bagi mengekalkan kelembapan kulit. Losyen Suchi tidak melekitkan kulit dan ianya "waterbased".

4. Pelembab Bibir Suchi


Ketika kita mengembara, sudah pasti denga perubahan cuaca seperti panas terik dan kering, boleh menyebabkan bibir kita merekah kekeringan. Selain dengan meminum air yang banyak, Suchinjuga mereka khas pelembab bibir Sucgi yang boleh merawat kulit kering dan merekah akibat cuaca panas. 

Pelembab Bibir Suchi Kosmetik dapat menghalang bibir daripada kering dan merekah serta melembab juga melindungi. Bahan seperti ekstrak Mentega Shea [Shea Butter], Lilin Lebah [Beewax], Minyak Bunga Matahri [Sunflower Oil], dan Minyak Zaitun [Olive Oil], kesemuanya dikompilasikan di dalam Pelembab Bibir Suchi Kosmetik ini. Kekerapan mengoles Pelembab Bibir ini amatlah digalakkan bagi mengekalkan kelbapan kulit bibir.

5. Krim Tumit


Set terakhir dalam Raudhah ini adalah krim tumit. Umum tahu bila cuaca panas dan kita berjalan jauh dan lama, sudah pasti tumit kaki akan mula mengering dan merekah. Sungguh rekahan di tumit adalah sakit dan tidak selesa dan ianya mampu mengganggu proses kita beribadah. 

Penggunaan krim tumit Suchi sebelum melakukan aktiviti amatlah membantu para jemaah dalam mengelakan kulit kering, merekah dan pecah. Krim Tumit Suchi diperkaya dengan khasiat Lilin Lebah [Beewax], Minyak Bunga Matahari [Sunflower Oil], dan Minyak Zaitun [Olive Oil] dan Lidah Buaya [Aloe Vera] yang terkandung di dalam krim ini benar benar dapat membantu para jemaah.

Set Lengkap Suchi Kosmetik

Set Suchi Kosmetik mempunyai banyak lagi produk yang dihasilkan. Antaranya adalah seperti berikut;

✓ Syampu dan Perapi
✓ Losyen B'Fit
✓ Krim Muka Uv Spf25
✓ Deodoran

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai set yang ada dalam Produk Kosmetik Suchi; bolehlah tekan link yang disediakan;

Website;

Facebook;

Instagram;

Youtube;

Suchi Kosmetik Mesra Ibadah
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

20 comments:

Ezna Ahmad Khalili said...

Bagus ada krim tumit tu. Masa buat umrah, tumit ada merekah jadi tak selesa la sepanjang kat sana. Syarikat baru ni ye sebab tak pernah dengar produk Suchi ni. Bibir merekah tu pun kalau travel selalu terjadi.

Mouse Mommy Treats said...

Tak pernah tahu ada produk ni. Slps baca artikel ni, suka jugak, sbb bahan2 semua semulajadi punya. Terima kasih.

Kylie Cre8tone said...

first time c this product series.. izzit new one? looks great// nice review u hv written.. well done..

Airah Syahirah said...

airah banyak baca review positif produk suchi ni. tak pernah try pun nanti nak beli jugak la. warna botol dia cantik

Bonda Chanteq said...

Bagus ada product suci dan halal mcm ni...takdelah was was nak gunakan lebih2 lagi masa bwt umrah atau haji...produk yg baik dan mudah dibawa.

Nadia Johari said...

Bagua produk ni. .Boleh rekemne dekat merwka yang kerjakan haji atau umrah. .Senang bawak satu set macam ni.. Diyakini ..Untuk tak pergi haji umrah pun boleh guna kan

Mek Onie said...

Wah bagus produk ni. Terutama bagi jemaah yang nak bawak pencuci diri seperti sabun dan ubat gigi. Yang penting boleh dibawa ke Tanah Haram, suci dan selamat untuk digunakan.

Dik bee said...

Memang set lengkap ni. Siap ada krim tumit tu. Maklumla kat sana kan kena banyak berjalan. Boleh la belikan untuk mak nanti. Oh ya, kat mana ekk ada jual produk ni? ke kena beli online?

Rawlins GLAM said...

Bagusnya ada pakej sebegini yang memudahkan jemaah ke tanah suci - at least boleh beribadah dengan selamat dan suchi ye tak.

danan wahyu said...

informasi bermanfaat karena terkadang tanpa disadari ketika umroh kita lupa menggunakan komestik yang mengandng wewangian dan alkohol

Cik Min said...

Bagusnya produk ni utk yg plan nak ke umrah ni sgt memudahkan jemaah di sana nanti

Julia Mahir said...

Kalau pegi Mekah madinah, mmg kena carik lotion yg sesuai sbb kulit senang kering sbb panas sikit kat sana. Harap produk Suchi ni elok utk digunakan kat sana.

Precious Cla said...

Nah ! produk ni memang baik untuk mereka yg nak pergi buat Umrah/nak ke Madinah. :D

Lia Hasty said...

First time juga dengar jenama produk ini. Memang sesuai nak recommend produk ini untuk bakal haji takpun umrah. Bukan senang nak ada produk yang sesuai yang untuk tunaikan umrah.

Hanny Abdullah said...

Bagus ada produk macam ni..sekurang2nya para jemaah tak berasa was2 gunakan ia ketika lakukan ibadah umrah/haji. Nanti sis war2kan pada kenalan atau sedara mara yang nak kerjakan umrah tentang produk ni

Nurhasanah Ismail said...

produk dan pakej yg sgt bagus. Bijak company suchi target pelanggan dengan menyediakan pakej keperluan yg penting semasa travel. Bila travel mmg memerlukan bahan2 yang dipromosikannya. krim tumit, pelembap bibir, losyen ubat gigi dan gel mandian. Perfect!

Lily S. said...

wish i came across your blog earlier.. my mother in law baru balik umrah.. and would have been a good goft for her to bring there.

Henry Tan said...

lol i almost tot is sushi cosmetic hahaha anyway saw quite a few ppl blog about this, must be a good product! i supposed these are good for the Muslims to purchase!

Syafiera Yamin said...

wow seronok banyak produk keluaran islam untuk pergi bawa travel ke mana-mana, sangat bagus sebab bukan sahaja halal malahan boleh pakai pakai tanpa was was. i teruja tengok ubat gigi tu rasa macam nak purchase 1 la.. at least anak anak i pakai pun i tak rasa takut sebab tiada penggunaan alkohol dalam tu. hehee

Siti Yang Menaip said...

lengkap semua keperluan untuk jemaah menunaikan ibadah tanpa risau. quantity tu menarik sebab ngam2 cukup untuk dua minggu. size compact senang nak bawa sana sini tak makan ruang sangat.. bagus =D