Monday, February 4, 2019

Kenapa Ara Johari Nyanyi Tak Outstanding di AJL33?

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Holla! Rasanya semua orang tengok Anugerah Juara Lagu ke-33 tadi.  Sampai ada yang layan live streaming dan youtube semata-mata untuk tonton siaran langsung.  Cx tengok AJL33 di rumah sahaja sambil-sambil tidurkan anak-anak yang dah letih seharian. Entry ini lebih kepada pendapat sis ya. Jangan kecam lebih sangat . Nak tabur bawang sikit-sikit tu boleh tapi jangan sampai pedih mata. Huhu

Cx tak ternanti-nanti pon dengan AJL33 tahun ni.  Mungkin faktor usia? Haha! Almaklum dah tiga siri. Halah halah halah. Pada pendapat cx lah kan, ajl33 kali ni sangat hambar. Rasa macam tak teruja untuk dinantikan. Bila menonton pon tak rasa untuk beriya-iya. Hadiah pon macam tak berapa nak wow! Hehe. Maaf. Persembahan peserta pon macam buat persembahan artis jemputan je rata-ratanya. Cx tak pukul rata semua okay. Peserta yang betul-betul make a performance is Misha Omar, Siti Sarah, Jacklyn dan Siti Nordiana.  Lain-lain tu try hard to do better is Khai Bahar, Amelia. Peserta yang jenis sambil lewa is Ara Johari. Hahaha! Cx rasa nak nangis tengok persembahan dia.



Secara keseluruhan, ajl33 adalah tidak menarik.  Cx nak membawang fokus kepada Ara Johari sebab I is suka lagu-lagu dia, semua dia bawa padu punya bila sekali bagi. Jeritan tertinggi dia boleh buat untuk jadikan lagu tu terbaik dan merinding bila kita dengar. Tapi masa Ajl33 kenapa nyanyi macam tu? Cx is tak puas hati betul tau! Dia macam taknak show off her ability. Ramai juga yang sependapat dengan cx bila up status di facebook. Why Ara? Why ? 

Cx taklah minat Ara Johari tapi suka dengan lagu-lagu dia. No wonder dia boleh menang tadi sebab Ajl memang betul² nilai lagu dan komposer, bukan penyanyi. Persembahan mereka sekadar penyeri sahaja malam ni. Tapi tak bolehlah sambil lewa sahaja perform. Sedih tau! Kita letak expectation yang tinggi untuk Ara Johari buat kelainan malam tadi. Cx tunggu sahaja kot² dia nak jerit part paling tinggi dan tak henti² tapi nan hado. Rasa macam, mana suara emas kau masa recording? Omg! Hampa kot. Hahah! Okaylah, taknak sambung dah entry ni. Kang melambak bawang bersepah dalam dacing dosa pahala cx. Hahaha! Apa²pon, tahniah Ara Johari. Komposer dan pencipta lagu Bunga nyanyian Ara Johari , layak menang. Ajl is for them, not a singer. 


Tahniah kepada semua pemenang! 

Lagu Terbaik 
RM 50,000 + Trofi 
Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Kedua Terbaik
RM 35,000 + Trofi
Ara Johari

Ketiga Terbaik 
Rm 20,000 + Trofi
Misha Omar

Vokal Terbaik
RM 12,000 + Trofi 
Misha Omar

Persembahan Terbaik 
RM 12,000 + Telefon Samsung A9 + Trofi
Sufian Suhaimi

Setiap sudut perlu seiring
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu