Wednesday, March 27, 2019

Resepi: Nasi Minyak Ringkas dan Daging Masak Asam Pedas Melaka

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam sejahtera semua! Hari ini cx nak kongsikan resepi masak nasi minyak paling mudah, ringkas dan cepat! Gara-gara rasa nak makan nasi minyak hari ini, makanya ajom kita masak guna bahan apa yang ada di dapur sahaja ya. Kemudian kita lawankan dengan daging masak asam pedas Melaka. Nak tunggukan kenduri kahwin, tak ada jemputan pula dalam masa terdekat ini, makanya, jomlah masak sendiri . Ini pengalaman pertama cx. Ikut resepi Sheila Rosli tapi ada bahan yang tak cukup. Hahah! 

Nasi Minyak Simple

Resepi Nasi Minyak Simple

Bahan-bahan
2 cawan beras (Jati Basmathi- Direndam 30minit)
2 sb Planta
1 ulas bawang besar*Dikisar
3 ulas bawang putih*Dikisar
2 inci halia*Dikisar
2 biji Bunga Lawang
2 biji Buah Pelaga
½ Kulit Kayu Manis (Cx tak letak)
Kismis (Cx tak ada stok kismis, so tak letak)
Daun Pandan (Cx guna pes daun pandan)
Air 
1 Cawan Susu Cair (Cx guna susu kotak Goodday)
1 sudu kecil garam
1 kiub stok perisa ayam

Cara-cara
1. Tumiskan planta bersama bahan yang dikisar ke dalam periuk nasi sehingga naik bau.
2. Masukkan bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis, stok perisa ayam dan kismis. 
3. Kemudian, bolehlah masukkan beras yang direndam terlebih dahulu tadi bersama dengan air secukupnya mengikut sukatan beras. 
4. Akhir sekali, taburkan garam secukup rasa dan biarkan nasi masak sendiri selama 20 minit.

Asam Pedas Daging Melaka

Resepi Daging Masak Asam Pedas Melaka

Bahan-bahan
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Secubit Alba
Air Asam
2 sb Cili Kisar
Daging 
Kunyit Serbuk
Garam
Terung (Option)
Minyak masak

Cara-cara
1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan dalam kuali panas berminyak.
2. Kemudian masukkan cili kisar bersama  secubit alba dan sesudu kecil kunyit serbuk.
3. Kacau sehingga bahan-bahan masak, bak kata orang tua-tua, biarkan pecah minyak. 
4. Masukkan sedikit air bersama terung dan daging yang telah direbus. Kalau belum rebus, masukkan air lebih sikit biar daging masak sehingga empuk.
5. Setelah terung dan daging lembut, masukkan air asam dan garam secukupnya.
6. Siap dan sedia untuk dihidang.

Okay dah siap! Cx lawankan dengan timun ulam sahaja. Haha! Nak buat yang timun nenas tu tapi tak ada bahan kan? Makanya guna apa yang sedia sahajalah hihi. Alhamdulillah. Kenyang. Anak-anak cx memang suka makan nasi berperisa macam ni. Cx gorengkan ayam untuk mereka. Lagi sedap dimakan. Hihi. Syukur Alhamdulillah atas nikmat rezeki kurniaan Ilahi. Lepas ni nak cuba buat nasi lain pula. Kalau jadi, cx kongsi di blog ya. Hehe kbai.

Selamat Mencuba!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Thursday, March 21, 2019

OMG! 2IN1 KIT DETOX BUBBLING MICROFIBER MASK FROM DOUBLE DARE

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

OMG! 2IN1 KIT DETOX BUBBLING MICROFIBER MASK FROM DOUBLE DARE | OMG! Mask ini merupakan keluaran daripada Double Dare yang mana tempat kelahiran asalnya adalah di tengah-tengah pusat kecantikan dan fesyen dunia iaitu Los Angeles, California.  Double Dare ditubuhkan pada Januari 2017 oleh seorang veteran industri kecantikan dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman. Beliau mewujudkan beberapa jenama yang paling unik dan inovatif dalam kategori ini.  Double Dare amat sinonim dengan slogan mereka Dare to Discover - berbekalkan semangat pengembaraan, keseronokan dan pengalaman baru kali pertama. Mereka berani mencari sesuatu yang baru untuk dirasai dan dinikmati kecantikan itu dengan Double Dare.

Double Dare OMG! Mask
OMG! 2in1 Kit Detox Bubbling Microfiber Mask ini merupakan antara produk paling laku keras dan laris terjual! 2in1 Kit Detox Bubbling Microfiber Mask ini didatangkan dengan dua jenis mask di dalamnya iaitu Detox Bubbling Mask dan Microfiber Mask. Packaging dalam kotak yang eksklusif dan sangat menarik. Cx suka betul kotak dia, cantik warna pink hitam. Menawan sungguh! Turut disertakan Mega Hair Band OMG! didalamnya. Sangat eksklusif bila pakai mask dengan OMG hair band!  Umpama berada di spa terkemuka sedangkan di rumah sahaja. Hihi 


FUNGSI UTAMA 2IN1 MASK

1. Detox Bubbling Mask

Gambaran

Masker ini berfungsi membersihkan dan menyahtoksik wajah dengan bahan-bahan semulajadi.  Buih berkarbonat kecil yang terdapat di dalamnya mampu merangsang dan membersihkan kulit dengan mengeluarkan semua kesan minyak, sebum dan kulit mati. 

2. Microfiber Mask

Gambaran

Masker ini berfungsi memberikan makanan kepada kulit dengan pelbagai nutrien, kolagen hidrolisis dan berasaskan tumbukan semulajadi untuk menjadikan kulit lebih sihat dan kelihatan muda.

BAGAIMANA CARA GUNA DETOX BUBBLING MASK

Step 1: Apply Detox Bubbling Mask

1. Lekatkan Detox Bubbling Mask di muka dengan atau tanpa solekan.

2. Setelah dilekatkan di muka, detox bubbling mask akan menghasilkan gelembung kecil yang akan menghilangkan kulit mati sambil menyegarkan dan membersihkan.  Biarkan selama 1-3 minit.

3. Setelah tiga minit, tanggalkan detox bubbling mask tersebut secara urutan perlahan bagi menanggalkan solekaon dan sisa kotoran berlebihan. Kemudian bilas wajah dengan air dan dilap kering.

| PERSONAL REVIEW - Detox Bubbling | 

Bubble Foam yang akan keluar setelah tiga minit

Masa buka sahaja paket, bau wangi dah harum sangat.  Kandungannya adalah berasaskan epal tetapi cx bau haruman bunga ros. Harumnya Ya Allah! Suka sangat. Tenang sahaja. Bila dah mula letak dekat muka akan rasa sejuk.  Kemudian kita biarkan selama tiga minit untuk Detox Bubbling ini buat kerja pembersihan di wajah. Dalam tempoh tiga minit, ianya keluarlah bubble foam. Macam buih pencuci muka tu. Rasa bersih sahaja muka cx. Jangan lupa bilas muka pula ya. Hihi. Memang best pakai masker detox bubbling ni.  Umpama ada robot mesin yang tolong cucikan muka kita. Senang kerja. Lekat, biarkan dan bersih! 


BAGAIMANA CARA GUNA MICROFIBER MASK

Step 2: Apply Microfiber Mask

1. Lekatkan Microfiber Mask di muka secara rata dan keseluruhan.  Biarkan selama 15-20 minit.

2. Setelah 20 minit, tanggalkan masker.

| PERSONAL REVIEW - Microfiber Mask 

Microfiber Mask ini pula, selepas dah detox, kita gunakannya okay. Bauannya harum dan maskernya sejuk bila ditampal ke muka . Setelah dibiarkan 20minit, muka rasa sangat segar dan ringan. Rasa macam baru lepas buat spa tapi di rumah sendiri dan layan diri. Hihi. Memang best sahaja rasa muka cx selepas guna masker ini.

Selepas bermasker bersama Mega Hair Band OMG! 

Okay taraaa! Inilah hasilnya selepas bermasker dengan 2in1 Detox bubbling Microfiber Mask dari Double Dare. Memang syok habis! Nanti cx nak cuba 3in1 Kit Peel Off Mask pulalah! Tak sabar rasanya. Kalau cx dah guna, nanti cx kongsikan di instagram cx okay! Jom dapatkan set 2in1 Kit Detox Bubbling Microfiber Mask ini dengan menggunakan PROMO CODE  = OMG10%SYAZA sekarang untuk dapatkan diskaun menarik! Terima kasih sudi baca! Kbai!

3in1 Kit Peel Off Mask


Berani untuk Cantik!
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Tuesday, March 19, 2019

R&H Cafe Muar Johor: Sarapan Hipster dan Sate Dara Maharani

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla! Lately macam banyak pula update pasal produk kecantikan dan penjagaan kulit wajah kan? Hari ni cx nak kongsi sikit tempat makan yang cx pergi kelmarin. Abang cx ajak sarap di Muar Johor. Pergh! Kemain jauh lagi sarapan pagi dari Melaka ke Muar. Hihi Bukan selalukan? Sebelum ini pon pernah juga sarapan ke Muar tapi cx pergi ke Murtabak Singapore.  Masa tu awal tahun perkahwinan pergi ramai-ramai dengan geng suami. Kali ni kita pergi ke R&H Cafe Muar Johor, Cafe Hipster yang menghidangkan Sate dan pelbagai sarapan di pagi hari. Boleh tahan hipster hahah! 

R&H Cafe, Muar Johor

Apa yang hipster sangat tu cx? Haha pada cx, ianya memang hipsterlah sebab cx  order sirap bandung tapi sampainya sirap warna hijau. Hehe hipster kot ! Mak cx order air barli suam tapi sampainya barli suam umpama air kelapa. Eh! Ini betul² tau.  Orang tu yang cakap. Memang air dia sedemikian. Hipster habis. Waima air dia hipster tapi rasa dia Alhamdulillah masih serupa. Hebat buat air warna lain tapi rasa masih kekal serupa. Nak tengok tak air dia? Haa meh! Cx kongsikan dekat bawah. Ohya! Siapa dah pernah pergi sini? Kongsi sikit review dekat komen ya. Cx lak jakun bila order air hipster macam ni. Hehe

Air Sirap Bandung Pandan Soda. [RM4.50] 

Air Barli Pandan Boi [RM4.50]

Hipster mereka terjadi bila dicampur dengan pandan. Makanya, jadilah air barli hijau dan sirap pon hijau. Hebat! Okay, kami datang sini sebab kakak dan abang cx nak makan sate dia. So kami ikut sajalah jalan-jalan sebab baru sahaja selesai sarapan. Lewat sikit sahaja dapat invitation. Hehehe  Cx pon minum air sahaja. Lain² semua mereka yang order. Mak dan nenek cx pon ikut sama. Maka ramailah satu kereta. Lima dewasa dan dua kanak-kanak. Anak cx lettew. Haha Okay jom usha sikit apa yang kami order.

Mee Rebus Jawa [RM4.00]

Sate Dara [RM0.80 secucuk]. Kira yang makan sahaja.

Roti Manja [RM5.50]

Roti Bakar [RM2.00]

Haa itulah antara yang kami order.  Boleh tahan juga rasa masing-masing di atas ni. Cx rasa sikit-sikit sahaja, jamah sebab dah kenyang makan nasi lemak sebelum tu di Melaka. Roti Manja tu pon sedap. Tak loya tapi kalau makan dengan lada sulah bagi pedas sikit. Kalau makan gitu sahaja, memang muaklah hahaha! Sate dara dia sedap! Isi besar! Padu sahaja bila makan. Sate dara ni viral juga dekat kedai sini. Rata-rata datang, mesti order sate.  Mee rebus jawa dia pon okay. Mungkin tekak cx sedang kenyang masa tu, makanya mungkin tahap kesedapan paling maksima dia tak sempat nak melantun. Hihi. Tapi InshaaAllah ramai juga order masa tu cx tengok. Penuh juga kedai pagi tu. Roti bakar tu macam biasalah seperti kita order dekat kedai² lain. Okay, dibawah ni cx kongsikan menu lain yang mereka sediakan ya. Macam-macam ada, pilih sahaja.

R&H Cafe: Sate Maharani, santapan hebat pengerat hubungan

Menu Makanan

Menu Minuman

Special Menu: Weekend

Okay, nanti pergi sana dan cuba sendiri okay. Kedai dia pon cantik, mesra pelanggan, dihiasi denganm mural Flienstone dan rama-rama besar. Cantik! Ada kereta kartun Flienstone juga. Anak cx kemain teruja lagi suruh ambil gambar tau! Mak dia memang kerjanya ambil gambar sahajalah. Dah mak dia blogger. Mestilah nak kongsi dekat blog kan? Untung badan, tuan kedai offer makan free untu review ! Haha! Dah²! Jom tengok sikit keadaan kedai mereka. Banyak gambar famili mereka juga di sana. Menarik. 

Kemain lorat lagi suruh ambilkan gambar dia. Maaf mak terpaksa tutup muka awak. Haha! 

Ada mural rama² besar dan Flienstone!

Senarai Menu lain di kedai mereka
Okay dah! Settle! Kenyang makan! Daripada ramai orang, sehingga pekerja dekat situ dah siap kemas meja naikkan kerusi lagi, kami masih lepak situ. Haha. Alah! Bagilah can. Kami bukan selalu datang. Kami dari Melaka tau ke Muar pagi hari semata² nak sarap Sate Dara Maharani Muar Johor ni. Apa² pon terbaik! 

Alhamdulillah Rezeki Allah
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Monday, March 18, 2019

ANTIOXIDANT SERUM : SANNY & JOLEEN LIFESTYLE MEMBERI KELEMBAPAN KULIT BERPANJANGAN

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

ANTIOXIDANT SERUM : SANNY & JOLEEN LIFESTYLE MEMBERI KELEMBAPAN KULIT BERPANJANGAN | Sepanjang cx hidup, memang tak pernah beli atau guna sebarang jenis serum. Umum tahu serum adalah sangat bagus untuk kulit wajah kita. Selalunya kaum wanita yang berlumba-lumba untuk cari dan guna serum demi kecantikan.  Ya cx pon setuju yang serum sangat bagus untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit wajah kita. Acapkali juga cx tengok review rakan-rakan yang pakai serum dan ternyata kulit wajah mereka memang cantik, mulus, lembab dan sekata. Siapa tak cemburukan? Semua wanita di dunia ini inginkan kecantikan. Tipu kalau kata tak kisah atau tak perlu tetapi sebenarnya lebih kepada tak mampu. Lagi-lagi macam cx yang tak bekerja ni. Hahaha! Kita pon bukan sejenis yang meminta-minta kan? 

Antioxidant Serum: Sanny & Joleen Lifetsyle

Ini serum pertama dalam hidup cx. Hahaha! Alhamdulillah. Antioxidant Serum daripada Sanny & Joleen ini diformulakan dengan tidak bersifat berminyak dan ianya memyejukkan. Terdapat beberapa  fungsi dan kebaikan serum ini dalam  membantu masalah kulit wajah. Antara kebaikan Antioxidant Serum adalah

📌 Memudarkan bintik – bintik gelap dan pigmentasi 
📌 Mengurangkan jerawat dan memudarkan kesan lama jerawat di kulit wajah
📌 Membaiki kesan sunburn sinaran matahari 
📌 Melembabkan dan dehidrasi pada kulit 
📌 Membuat struktur kulit lebih anjal dan kenyal 
📌 Melambatkan proses penuaan 
📌 Melicin serta mencerahkan kulit Menutrisi kulit
📌 Membantu mengurangkan stretch mark

Kelebihan Antioxidant Serum sangat banyak dan ianya berbaloi jika beli untuk kecantikkan diri sendiri.  Minta suami jika mampu ya. Suami pon jangan kedekut tau. Nak isteri cantik, kenalah melabur! Haha Okay² menyimpang pula. Harga seunit botol kecil (10ml) adalah RM49.00 dan saiz besar (30ml) adalah RM97.00 .  Tapi boleh tahan lama mengikut kekerapan kita guna. Antioxidant Serum mengandungi bahan-bahan utama yang sangat efektif dalam mencantikkan kulit wajah seperti Tocotrienol (Vitamin E), Panthenol (Pro-vitamin B5), Niacinamide (Vitamin B3),  dandan Calend & Olive Oil. 

Kelebihan Super Palm Vitamin E Tocotrienol

Keunikan utama yang difokuskan Serum Antioksidan ini adalah dikandungi dengan Vitamin E Tocotrienol seperti cx sebutkan di atas. Kajian menunjukkan Tocotrienol mempunyai potensi antioksida 40-60 kali lebih tinggi daripada yang lebih biasa iaitu varian Vitamin E alpha-tocopherol. (kebanyakan produk penjagaan kulit di kedai mengandungi Vitamin E tokoferol). Kekuatan lain Vitamin E adalah seperti berikut;

🌸 Vitamin E (alpha-tocopherol) -
Tocotrienol mempunyai antioksidan yang kuat, ianya melindungi kulit wajah daripada sinaran cahaya, radiasi dan ozon ultraviolet. 

🌸 Ia membantu mencegah penuaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang sintesis kolagen secara mengurangkan aktiviti MMP, berpotensi berkesan dalam regenerasi kulit dan kesan pelicinan.

🌸Tocotrienol menggalakkan pemutihan kulit dengan mengurangkan aktiviti tyrosinase dan kandungan melanin. 

🌸 Berkesan dalam mengurangkan jerawat, keradangan dan kemerahan kulit.

🌸Penggunaan jangka masa panjang Antioxidant Serum, menggalakkan kulit yang sihat.

Kandungan Utama Antioxidant Serum Sanny & Joleen Lifestyle : Vitamin E , B3 dan B5
Produk penjagaan kulit Sanny & Joleen telah diuji dan bahan-bahan yang digunakan adalah tanpa bahan kimia keras seperti Natrium Laureth Sulphate (SLS), parabens, derivatif haiwan, pewarna buatan dan sebagainya. Pihak Sanny & Joleen Lifestyle telah memastikan bahan-bahan dalam serum adalah yang terpilih sahaja dalam memelihara kulit dan mengandungi antioksidan, menyuburkan serta memelihara kulit supaya sentiasa sihat.

Cara guna Antioxidant Serum sangat mudah. Setiap hari selepas cuci muka dan mandi, pastikan bersih dan kering. Kemudian titiskan beberapa titis Antioxidant Serum ke kulit wajah atau badan mengikut kesesuaian dan ratakan keseluruhan bahagian. Kalau macam cx, memang guna dua kali sehari tapi kalau nak keluar, cx suka juga pakai sebagai asas sebelum mengenakan sebarang bedak dan calitan di wajah. Nanti muka jadi kekal dalam kelembapan. Tidak keringlahkan bila sepanjang hari dekat luar.

Sebelum Menggunakan Antioxidant Serum

Titiskan Antioxidant di permukaan kulit
Selepas Menggunakan Antioxidant Serum

Pengalaman cx sejak guna Antioxidant Serum Sanny & Joleen Lifestyle; muka cx kekal lembab. Memandangkan kulit wajah cx sejenis kering, makanya serum ini memang mengekalkan kelembapan kulit cx 24/7 sehari. Ini sungguh tau! Kemudian, liang pori cx pon makin mengecil. Jerawat memang cepat sangat hilang dan apa yang paling best, kesan jerawat pon tiada tau! Tona kulit cx pon semakin sekata. Almaklum kulit jenis kering ni akan ada tompok² putih sikit. Yalah, macam salin kulit, jadi dia menggelupas. Tapi kini tidak lagi setelah menggunakan Antioxidant Serum Sanny & Joleen Lifestyle. Syukur Alhamdulillah.

Antioxidant Serum Sanny & Joleen Lifestyle

Baiklah. Dah selesai membebel. Hihi. Mesti terujakan selepas baca pengalaman cx dengan Antioxidant Serum Sanny & Joleen Lifestyle ni? Memang berbaloi tau! Jadinya, kalau berminat nak merisik atau memiliki, boleh terus ke link yang cx kongsikan di bawah ya. Kbai


Kecantikan Itu Indah
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Thursday, March 14, 2019

Kulit Wajah Seolah-Olah Bernafas Selepas Menggunakan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser : Hansaegee Nature!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

KULIT WAJAH SEOLAH-OLAH BERNAFAS SELEPAS MENGGUNAKAN ALOE AC BUBBLE CLEANSER DARIPADA HANSAEGEE NATURE !


Hai semua. Siapa sejenis kulit muka kering? Allah! Kulit muka jenis kering macam cx ni banyak juga cabarannya. Kalau salah pakai produk, habislah muka. Macam cx, kalau produk tu tak sesuai dengan kulit muka cx, nanti akan naik tompok-tompok putih tau. Dia macam panau. Teruk juga dulu kena. Banyak juga cuba produk untuk cari yang serasi. Daripada mahal sampailah yang murah. Semua dah cuba. Tapi kali ini, cx tertarik untuk cuba produk dari Hansaegee Nature yang merupakan produk asli 100% dari Korea. Korea juga terkenal sebagai negara yang menitikberatkan soal kecantikkan kulit wajah. Sebab tu orang korea cantik tertarik memang da bom! 

Aloe Ac Clean Bubble Cleanser : Hansaegee Nature
Okay, serba sedikit cx kongsikan tentang Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini ya. Ianya mengandungi gabungan mantap dua bahan utama iaitu Aloe Vera dan Tea Tree Leaf Oil. Dua bahan ini mempunyai keistimewaan dan kekuatannya tersendiri dalam penjagaan kulit wajah.  Umum tahu Aloe Vera bertindak mengawal minyak di wajah, membersihkan liang pori, melembabkan kulit wajah, melembutkan dan melegakan kulit sensitif. Sementara itu, bahan utama kedua adalah Tree Leaf Oil yang mana mampu membantu masalah kulit berjerawat, mengurangkan infeksi kepada kulit, memberi kelembutan, anti fungus dan melicinkan kulit wajah. 


Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini didatangkan dalam bentuk botol agar tahap kebersihan dan keselamatan kandungannya terpelihara dan selamat untuk digunakan. Fungsi utama Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini adalah;

📌 Mengatasi masalah kulit wajah berjerawat
📌 Membersihkan liang pori dengan lebih dalam.
📌 Merawat kulit wajah bermasalah
📌 Mengawal minyak pada permukaan kulit wajah
📌 Memberi kelembapan dan tidak mengeringkan kulit

Tekstur Foam Aloe Ac Clean Bubble Cleanser

Buih² kecil Aloe Ac Clean Bubble Cleanser

Tekstur sejenis buih membuatkan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser ini menjadi pilihan cx kerana teksturnya sangat lembut dan bila mencuci muka, cx rasa puas. Selalu kalau cuci muka, akan rasa macam kulit sedikit kering dan meregang tetapi tidak dengan Aloe Ac Clean Bubble Cleanser. Ianya membuatkan kulit muka cx rasa bersih sangat. Terasa sangat segar dan kulit pon lembab sahaja tidak kering. Rasa selesa sahaja muka ini seolah-olah dapat bernafas. Rasa macam kulit baby pula. Hehe Agaknya sebelum² ni, liang dekat muka ni tersumbat kot, sebab tu rasa lebih bersih dan puas hati selepas pakai Aloe Ac Clean Bubble ini. Alhamdulillah serasi.  

Cara Guna:
1. Tekan pemicit Aloe Ac Clean Cleanser ke tapak tangan mengikut berapa banyak yang diperlukan.
2. Pastikan tangan basah terlebih dahulu. Kemudian urut lembut ke wajah foam tadi mengikut urutan membulat.
3. Basuh muka sehingga bersih


Best sangat pakai Aloe Ac Clean Cleanser ni tau! Serius! Dahlah bau dia pon wangi, lembut sahaja. Suka sangat bau dia. Kalau boleh nak bau selalu. Hihi. Harga dia pom InshaaAllah berbaloi. Kita nak yang terbaik untuk kulit wajah kan? Cantik itu pelaburan. Betul tak? Sebotol ni RM65.00 sahaja. InShaaAllah bertahan mengikut kekerapan guna. Dah kalau asyik tekan main buih, memang cepatlah habis. Hihi. Okay meh cx kongsikan cara guna melalui video. 


Taknak cuba ke? Best sungguh. Okay, dekat bawah ni cx sertakan maklumat Hansaegee Nature ya bagi memudahkan korang untuk cuci mata dan jatuh hati ke kan? Boleh terus shopping! InShaaAllah.

Online Shop | Instagram | Blog | TwitterFacebook page | Youtube Page 

Kecantikan itu Pelaburan
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Wednesday, March 13, 2019

Review: KFC Ghost Pepper Zinger Kurang Menyengat!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Haritu ramai betul kongsi pasal KFC Ghost Pepper Zinger dekat media sosial. Cx pon taknak lepaskan peluang. Almaklum cx suka juga makan yang pedas-pedas ni. Makanya kelmarin tiba-tiba encik suami ajak makan dekat luar lepas cx cakap nak makan burger ramli depan rumah. Hahah. Terus encik suami suruh buat pilihan nak makan apa. Cx apa lagi, semestinya pilih KFC Ghost Pepper Zinger. Taknak kalah juga kan? Haha Alhamdulillah.

Set sekali dengan anak² 

Kami suami isteri pilih Ghost Pepper Zinger semestinya. Anak-anak makan set ayam nugget dan kami tambah cheesy wedges. Air pilihan semestinya air milo sebab encik suami tak minum air gas. Cx pon elakkan ambil air gas bila menyusu anak. Alhamdulillah spend time dengan keluarga. Nampak simple tapi kualiti masa bersama itu sangat dititikberatkan. Okay jom cerita sikit pasal Ghost Pepper Zinger ni 



Dok dengar khabar KFC Ghost Pepper Zinger ni pedas gila tapi bila makan, tak jumpa pon pedas dia. Hahaha. Cx dan encik suami makan dok tambah-tambah dengan sos tapi biasa je. Last² cx muak hahahahha! Bak kata encik suami, cx tak boleh makan banyak kalau macam burger² ni. Tapi kalau nasi, berkoyan pinggan pon boleh hahah! Tapi KFC Ghost Pepper Zinger ni okaylah biasa sahaja. Boleh makan tapi tahap kepedasan itu tak ada. Yalah, orang imagine ianya pedas kaw² tapi rupanya tak berapa menyengat. Sorry KFC. Pedas lagi sos McD. Hihi Ada juga yang cakap KFC Ghost Pepper Zinger ni pedas geli-geli sahaja.

Masa ni dah mula tak boleh nak habiskan hahah

Okaylah, siapa lagi yang dah cuba KFC Ghost Pepper Zinger ni? Komen sikit pada pendapat perasa lidah korang. Kot ada yang kata pedas?  Hihi lepasni nak cuba pizza eggyolk plak. Belum berkesempatan untuk rasa lagi.

Jalan jalam cari makan
Lahirkanlah Keikhlasan di hatimu

Tuesday, March 12, 2019

Ramadhan Food Review Temasek Hotel Melaka: The Lowest Rate In The Town

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Minggu lepas 09 Mac 2019 bersamaan Sabtu pada jam 18:00 petang, cx berkesempatan untuk menghadiri Ramadhan Food Review di Temasek Hotel Melaka bersama rakan blogger yang lain.  Cx nak ucapkan ribuan terima kasih atas jemputan. Ini kali pertama cx hadiri Ramadhan Food Review sebagai blogger. Hahah Alhamdulillah rezeki. Syukur. Okay jom cx cerita serba sedikit mengenai Temasek Hotel ini.

Pandangan Luar Temasek Hotel Melaka

Temasek Hotel Reception Counter

Temasek Hotel terletak di Jalan D'Albuquerque, Portugese Settlement, Ujong Pasir Melaka. Kalau dari rumah cx, lebih kurang 15 minit sahaja untuk tiba kalau jalan tak  sesak.  Hotelnya strategik di jalan tengah bandar Melaka. Senang nak jumpa. Okay, cx datang sini pertama kali juga waima orang Melaka. Hihi. Hotel dia cantik, besar dan menarik. Okaylah, jom cx cerita pasal Buffet Ramadhan di Temasek Hotel Melaka ini.  Kawasan berbuka puasa di Temasek Hotel ini juga sangat natural kerana ianya bersebelahan kolam air yang dipenuhi dengan hiasan tumbuhan hijau dan bunga-bungaan.  Terasa tenang dan santai sahaja ketika berbuka puasa. Surau juga disediakan untuk pelanggan dan boleh berjemaah solat teraweh di sana. Bagus sangat kan? Tidaklah pelanggan terlepas waktu untuk solat maghrib dan teraweh berjemaah. Alhamdulillah. Agama diutamakan.

Kolam Air disertai pancuran air yang memberi ketenangan bagaikan melayan alam semula jadi.

Harga Bufet Ramadhan 2019

Dewasa (12-59 Tahun) 
= RM29.90

Kanak-kanak (5-11 Tahun) 
dan Warga Emas 
= RM24.60

Waktu:
= 6:00 petang - 9:30 malam

Menu setiap hari adalah bertukar-tukar. Tidak terhad kepada menu yang sama supaya tetamu menjadi seronok dan teruja untuk datang lagi dan lagi supaya dapat rasa menu yang berlainan serta pelbagai.  Kotak parking yang disediakan juga adalah percuma dan ianya menjadi satu kelebihan supaya tiada caj tambahan yang perlu tetamu keluarkan. Tempahan hendaklah dibuat sebelum jam 3:00 petang bagi memudahkan urusan pelanggan dan pihak hotel.

Apa yang korang kena tahu adalah harga yang diperkenalkan untuk buffet ramadhan 2019 ini adalah yang paling murah dan berbaloi di bandar Melaka ini tau! Ini serius! Harga sangat best . Tak payah risau nak bawa keluarga adik beradik dan sanak saudara. Cx gerenti korang akan mampu dan berpuas hati dengan hasilnya sebab makanan dia Ya Allah! Sedap sangat! Sungguh! Korang boleh tengok harga seperti yang cx sertakan di atas. Murah! Dengan harga sedemikian, korang boleh makan macam-macam jenis lauk pauk. Dessert, air, ulam-ulaman, dan banyak lagi. Paling best ada daging puyuh dan kambing golek. Wallah! Jom maraton gambar buffet!

Bersama Chef Rusli Shuib bertopi putih yang friendly dan pemalu orangnya. Hihi

Makluman semua, masakan makanan semua adalah halal dan dikendalikan oleh Chef terkemuka yang telah mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam bidang kulinari ini, sudah tentu hasilnya sedap. Chef yang diberi nama Chef Rusli Shuib. InShaaAllah kualiti terjamin, dan itulah yang dijanjikan oleh pihak Temasek Hotel. Okay jom cx bawa korang semua tengok sikit bidangan yang disediakan. 🎶~Rasalah ketupat ini, dengan rendangnya sekali, sudilah rasa kuihku, pilihlah yang mana satu. Hai di hari begini kita menjamu selera ~🎶


Menu paling cx suka. Nasi Ulam! Nasi ulam dia memang sedap. Serius! Tak tahu mana pergi gambar nasi ulam dalam telefon ni 😅 Nasib baik ada gambar nasi ulam dengan chef waima juauh. Maaf ya. Tapi memang sedap!

Asam Rebus Batang Keladi ni lauk yang dilawankan dengan nasi ulam. Cx paling suka! Sedap! Pedas, masam, manis, cukup rasalah! Padu! Berpeluh makan sebab sedap sangat! 

Nasi Ayam Briyani adalah menu nasi kedua pada bufet preview ini.

Lawan dengan ini.  Maaf cx lupa nama dia masa pengacara sebut. Ampun.

Sambal Tumis Kerang Petai

Masak Lemak Tetel dan Rebung

Ikan Kbung Berlada

Gulai Perut Lembu dan Nangka Muda

Sayur Campur Cendawan Hitam

Pelbagai Jenis Ulam-Ulaman bagi pencinta ulam.

Masakan seperti paru berlada dan seangkatan dengannya

Pelbagai jenis penyedap makanan seperti kerabu mangga, sambal belacan, kicap cili api dsb.

Pilihan minuman sejuk
Pilihan minuman panas

Berikut adalah antara menu utama yang disediakan untuk berbuka puasa. Pelbagai juadah lauk pauk disediakan supaya kena dengan tekak pelanggan yang berbilang kaum waima ianya adalah bufet Ramadhan. Sekarang mari cx ceritakan makanan lain di gerai-gerai yang disediakan sekeliling bufet Ramadhan Temasek Hotel. Sungguh dengan harga paling murah yang diberikan, sangatlah berbaloi untuk jadikan Temasek Hotel sebagai Hotel pilihan utama keluarga berbuka puasa nanti. Cx gerenti korang puas hati! Cx bukan cakap kosong sebab cx dah rasa okay! Sambil menjamu selera, dialunkan pula alunan lagu-lagu hari raya, memang layan! Jom cx kongsikan menu lain yang disediakan untuk pelanggan. 

Kambing Golek; Lamb Chop

Ikan Bakar Sumbat

Air Batu Campur Special

Puyuh Goreng

Pisang Goreng Panas
Char Kuey Teow
Menarik tak? Banyak lagi nak tunjuk ni supaya korang semua teruja untuk pergi dan terus buat tempahan sebab cx memang puas hati sangat dengan bufet ramadhan Temasek Hotel dan semestinya korang juga akan rasa yang sama bila dah cuba berbuka di sana nanti. Okay jom cx kongsi pula pasal dessert dan menu tambahan lain yang dihidangkan. InShaaAllah korang juga akan teruja sangat. Dessert yang disediakan juga menarik Bagi yang sejenis berbuka puasa tak makan nasi, dessert ini juga salah satu pilihan yang ada. InShaaAllah sedap. Rasa dia tak manis sangat, tak tawar, just nice sesedap rasa. 

Mee dan Bihun Soto (Eh! Salah masuk kategori ni 😅)

Buahan-buahan pencuci mulut

Kuih Muih Tradisi

Kuih Tradisional: Kuih Talam

Puding; Sedap, tak terlalu manis, just nice rasa dia

Cucur

Okaylah ini adalah hidangan yang disedian buat para pelanggan yang ingin berbuka dan tempah bufet ramadhan di Temasek Hotel. InShaaAllah sangat berbaloi dan sedap. Jom! Kalau nak booking slot, boleh dah tempah sekarang! Jangan lambat-lambat tau sebab setiap minggu nanti ada cabutan bertuah! Jika berminat, boleh terus hubungi maklumat di bawah ya. Selamat menyambut Ramadhan Almunarak! Dan selamat berpuasa! 

Tempahan / pertanyaan lanjut :

🌻06-288 3588  (General line)

🌻017-321 3566 (Front Office)
🌻012-327 3588 (Sales)

🌻012-358 8197 (Sales)

Facebook Page: 


Instagram:


Website:



Salam Ramadhan AlMubarak
Lahirkanlah Keikhlasan diHatimu