OMG! 2IN1 KIT DETOX BUBBLING MICROFIBER MASK FROM DOUBLE DARE

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

OMG! 2IN1 KIT DETOX BUBBLING MICROFIBER MASK FROM DOUBLE DARE | OMG! Mask ini merupakan keluaran daripada Double Dare yang mana tempat kelahiran asalnya adalah di tengah-tengah pusat kecantikan dan fesyen dunia iaitu Los Angeles, California.  Double Dare ditubuhkan pada Januari 2017 oleh seorang veteran industri kecantikan dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman. Beliau mewujudkan beberapa jenama yang paling unik dan inovatif dalam kategori ini.  Double Dare amat sinonim dengan slogan mereka Dare to Discover - berbekalkan semangat pengembaraan, keseronokan dan pengalaman baru kali pertama. Mereka berani mencari sesuatu yang baru untuk dirasai dan dinikmati kecantikan itu dengan Double Dare.

Double Dare OMG! Mask
OMG! 2in1 Kit Detox Bubbling Microfiber Mask ini merupakan antara produk paling laku keras dan laris terjual! 2in1 Kit Detox Bubbling Microfiber Mask ini didatangkan dengan dua jenis mask di dalamnya iaitu Detox Bubbling Mask dan Microfiber Mask. Packaging dalam kotak yang eksklusif dan sangat menarik. Cx suka betul kotak dia, cantik warna pink hitam. Menawan sungguh! Turut disertakan Mega Hair Band OMG! didalamnya. Sangat eksklusif bila pakai mask dengan OMG hair band!  Umpama berada di spa terkemuka sedangkan di rumah sahaja. Hihi 


FUNGSI UTAMA 2IN1 MASK

1. Detox Bubbling Mask

Gambaran

Masker ini berfungsi membersihkan dan menyahtoksik wajah dengan bahan-bahan semulajadi.  Buih berkarbonat kecil yang terdapat di dalamnya mampu merangsang dan membersihkan kulit dengan mengeluarkan semua kesan minyak, sebum dan kulit mati. 

2. Microfiber Mask

Gambaran

Masker ini berfungsi memberikan makanan kepada kulit dengan pelbagai nutrien, kolagen hidrolisis dan berasaskan tumbukan semulajadi untuk menjadikan kulit lebih sihat dan kelihatan muda.

BAGAIMANA CARA GUNA DETOX BUBBLING MASK

Step 1: Apply Detox Bubbling Mask

1. Lekatkan Detox Bubbling Mask di muka dengan atau tanpa solekan.

2. Setelah dilekatkan di muka, detox bubbling mask akan menghasilkan gelembung kecil yang akan menghilangkan kulit mati sambil menyegarkan dan membersihkan.  Biarkan selama 1-3 minit.

3. Setelah tiga minit, tanggalkan detox bubbling mask tersebut secara urutan perlahan bagi menanggalkan solekaon dan sisa kotoran berlebihan. Kemudian bilas wajah dengan air dan dilap kering.

| PERSONAL REVIEW - Detox Bubbling | 

Bubble Foam yang akan keluar setelah tiga minit

Masa buka sahaja paket, bau wangi dah harum sangat.  Kandungannya adalah berasaskan epal tetapi cx bau haruman bunga ros. Harumnya Ya Allah! Suka sangat. Tenang sahaja. Bila dah mula letak dekat muka akan rasa sejuk.  Kemudian kita biarkan selama tiga minit untuk Detox Bubbling ini buat kerja pembersihan di wajah. Dalam tempoh tiga minit, ianya keluarlah bubble foam. Macam buih pencuci muka tu. Rasa bersih sahaja muka cx. Jangan lupa bilas muka pula ya. Hihi. Memang best pakai masker detox bubbling ni.  Umpama ada robot mesin yang tolong cucikan muka kita. Senang kerja. Lekat, biarkan dan bersih! 


BAGAIMANA CARA GUNA MICROFIBER MASK

Step 2: Apply Microfiber Mask

1. Lekatkan Microfiber Mask di muka secara rata dan keseluruhan.  Biarkan selama 15-20 minit.

2. Setelah 20 minit, tanggalkan masker.

| PERSONAL REVIEW - Microfiber Mask 

Microfiber Mask ini pula, selepas dah detox, kita gunakannya okay. Bauannya harum dan maskernya sejuk bila ditampal ke muka . Setelah dibiarkan 20minit, muka rasa sangat segar dan ringan. Rasa macam baru lepas buat spa tapi di rumah sendiri dan layan diri. Hihi. Memang best sahaja rasa muka cx selepas guna masker ini.

Selepas bermasker bersama Mega Hair Band OMG! 

Okay taraaa! Inilah hasilnya selepas bermasker dengan 2in1 Detox bubbling Microfiber Mask dari Double Dare. Memang syok habis! Nanti cx nak cuba 3in1 Kit Peel Off Mask pulalah! Tak sabar rasanya. Kalau cx dah guna, nanti cx kongsikan di instagram cx okay! Jom dapatkan set 2in1 Kit Detox Bubbling Microfiber Mask ini dengan menggunakan PROMO CODE  = OMG10%SYAZA sekarang untuk dapatkan diskaun menarik! Terima kasih sudi baca! Kbai!

3in1 Kit Peel Off Mask

Website | Facebook Page | Instagram | 

Berani untuk Cantik!
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

23 Comments

Cik Nor said…
jeles arr gni..mkin comel la syaza..hihi
Chris_Sella said…
saya suka time bubble foam tu. best sangat
xpenah dengar brand ni. tapi saya akan berminat nak cari tq share
so cute, 1st time to know of this mask. great sharing here, as we need masking at least once week. been a week I not yet put mask!
Faries said…
Amboi bestnya ada mask buble kt muke. Memang ada mask macam ni yer. First time tahu..
first.. packaging dia comey gila. and part keluar bubbles tu menarik la. uniknya..
Mahamahu said…
Wakakakak comel lah bila pakai mask and ada reben kat atas kelapa tu hehehe untuk tujuan apa tu wakakakka. OMG tu memang jenama produk ni ingat apa tadi hehehehe tapi nampak bagus lah produk ni dan rasa yakin nak menggunakannya... Orang perempuan suka lah ni...
Menariklah produk OMG nih... tak pernag nampak produk ni, Bolehlah dicuba nanti.. cuaca panas macam ni memang kena selalu pakai mask bagi kulit muka lembab dan nampak segar..
Mimie said…
Terpegun kejap te gok mask bubble tuh .Geram je tengok macam kapas tau .Aduh dha terbayang bayang pula sendiri yang pakai mask ni. Dah lah sekarang gila nak kumpul mask.
Nina Mirza said…
Alahai comel nya siap ada hair band. Suka laaaa warna pink! Bagus yaaa ada 2 step mask. Nak try gak laaa... Umur cam kak nina dah patplohan memang kena extra care
mrsliez said…
Serius bestnya. Liez suka pakai product facial form ke mask ke yang bibble dekat muka mcm ni.. sbb mmg dpt rasa muka bersih je..mega hair band tu cute la.. nak beli gak la sbb cantik.seswkali manjakan diri kan..
Bebelan Cik Min said…
Nampak menarik sangat la mask ni. Tak pernah lg try mask yg kuar2 buih camni, rasa teruja nak try plak..
Syamimi Saad said…
Wow.. Didatangkan dalam box yang exclusive gitu..
Syoknya dapat buat rawatan muka sendiri dari rumah je kan.
Zaman sekarang ni mudah dah.
Kita pun tergoda tengok, kalau dapat rehatkan muka macam tu, best juga tu.
Alia Farhan said…
Comeynya hair band tu... Hahahaha
Cute sgt... Nanti nak usha la.. Yg bubble tu mesti syiok kan
Nadia Johari said…
Cute sangat kan.. Nad pun ada. .Belum pakai lagi. .Memang menarik mask dia ni tau.. Heehw. .Siap kelaur buih tu. .Memg magic sangat ni.. Dia punya headband tu mmg comel kan. .Anak kita nak pulak. .haishh
comelnya packaging OMG ni. Memang sesuai sangat untuk perempuan. Jeles pulak BBL tengok, rasa nak jugak beli satu..dah lama tak rest muka pakai mask. Kena beli cepat ni sebelum stok habis nie
nikkhazami said…
saya memang suka pakai mask. boleh try la yang ni.. nampak menarik dan siap ada buih buih lagi.. belum pernah cuba yang macam ni
Emi said…
Ramai duk post pasal mask ni. dengan kita sekali rasa terpengaruh haha. Nanti nak usha gak la, sebab nampak menarik
comelnya hair band tu... OMG! Detox bubbling mask tu bagus utk kita ni yg selalu makeup kan. Detox jap.
Sunshine Kelly said…
Oh yess I need facial sheet mask everyday to replenish my skin hydration and firming.
Lia Hasty said…
I suka hair band tu sebab cute sangat & lagi warna pink favorite I. I jeles ramai blogger dapat review ni. Nak try juga lah masker tu.
Jueliza Jamani said…
oh mak bestnya dapat set ni..
Siti Awadah said…
1st time datang sini... done follow