MAJLIS PELANCARAN PRODUK AFY HANIFF & PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG CABUTAN AKHIR BUY & GO

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

MAJLIS PELANCARAN PRODUK AFY HANIFF & PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG CABUTAN AKHIR BUY & GO 

Pada 11 April 2019, dalam majlis yang berlangsung di Hotel Mahkota Melaka, AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd telah memperkenalkan penjenamaan semula SWiPEL yang dahulunya dikenali sebagai jenama SERAI WANGI. Cx berkesempatan dan dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran tersebut bersama rakan blogger yang lain. Penjenamaan semula ini merupakan salah satu penambahbaikan untuk produk keluaran AFY Haniff sebagai pengeluar pertama di Malaysia yang memperkenalkan produk penghalau serangga dengan menggunakan ramuan semulajadi berasaskan serai wangi sejak tahun 2006.  Sejajar dengan halatuju syarikat dalam mengembangkan pencapaian produk ini, penjenamaan semula kepada jenama SWiPEL dijangka dapat memberi imej baru yang lebih moden dan meluaskan pasaran di dalam dan luar negara.


AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd adalah 100% syarikat IKS yang fokus dalam pembuatan dan pemasaran produk kegunaan isi rumah berasaskan herba.  Syarikat AFY Haniff juga turut memberi perkhidmatan selepas jualan kepada pasaraya-pasaraya terkemuka seluruh Malaysia.  Misi utama AFY Haniff adalah untuk mendedikasikan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk berkualiti, halal dan semulajadi yang berinspirasikan kesegaran, kebersihan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Sementara itu, visi mereka adalah untuk menjadi peneraju pasaran dalam industri perdagangan moden dan meneruskan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan disampaikan dengan rasa Iman (baca: kepercayaan Islam), keutamaan dan keramahan.




Menurut pengarah urusan AFY Haniff; Encik Amirul Firdaus bin Yunus, penjenamaan ini merupakan perkembangan baik bagi syarikat dalam usaha meluaskan lagi pasaran produk di bawah jenama SWiPEL sebagai peneraju produk penghalau serangga semulajadi, sesuai dengan kehendak pengguna yang prihatin tentang penggunaan bahan semulajadi dalam kehidupan seharian mereka. Rangkaian produk di bawah jenama SWiPEL termasuklah semburan penghalau serangga, pencuci lantai, kiub anti tikus dan kiub anti lipas, lilin penghalau serangga dan minyak pelita yang boleh didapati di pasaraya terkemuka Malaysia. 

Swipel

SWiPEL diambil daripada singkatan gabungan perkataan bahasa inggeris iaitu Serai Wangi Insect Repellent (Serai Wangi Penghalau Serangga) yang merupakan produk utama keluaran AFY Haniff. 

[Review] Cx suka sangat pakai SWiPEL ni sebab bau dia harum sangat. Siapa yang tak tahu bau serai wangi macam mana kan? Semerbak bau satu rumah kalau guna. Dekat rumag cx memang banyak serangga macam semut, lalat, lipas dan seangkatan dengannya. Kadang-kadang tu geram tau bila asyik sangat semut berkerumun, sedangkan tadi dah spray. Lipas dengan lalat pon tak kurang hebatnya, sibuk masuk rumah ni haa. Padahal tak tinggal makanan sembarangan pon.  Selepas guna SWiPEL , cx rasa nak melompat tau! Mana tidaknya, puas hati sangat! Semua serangga hilang. Barulah tenang sikit pandangan mata ni. Hihi. Alhamdulillah sangat. Tq Afy Hanif!

Plash : Buih berbentuk Foam. Sangat wangi.

Pada masa yang sama,  Pengarah Urusan AFY Haniff Group (M) Sdn.Bhd.  Encik Amirul Firdaus bin Yunus turut mengumumkan pelancaran dua produk terbaharu keluaran syarikatnya iaitu PLASH dan 40DAYS. Plash merupakan sabun tangan berbuih dengan ramuan semulajadi yang melembabkan dan melembutkan kulit tangan agar sentiasa segar.  Ia didatangkan dengan dua jenis bauan iaitu SWEET SAKURA & FRESH ALOE. 

[Review] Plash paling cx suka sangat! Sebab ianya wangi! Wangi nau-nau kata orang Melaka. Serius! Kalau korang baru lepas makan sambal belacan ke kan? Makan kari kaw ke, haaa korang wajib ada PLASH ni tau! Segala bau² tadi tu boleh hilang serta merta. Serius! Dahlah sejenis foam tau, bila picit, akan keluar foam buih buih kecil. Wangi sangat. Lepastu, cx suka sangat sebab wangi dia tahan lama. Dah macam pakai losyen. Suka sangat. Uols wajib ada LITTLE PLASH untuk dibawa kemana sahaja. Gerenti puas hati!

40 Days
Produk 40 Days pula yang baharu diperkenalkan merupakan produk sabun pencuci pinggan yang dapat menghilangkan kesan minyak dengan berkesan serta mudah dibilas, sesuai dengan keperluan pengguna di rumah.  Ia sesuai untuk semua jenis kulit dan sangat bagus dalam membantu kaum hawa didapur.  Ia didatangkan dengan dua jenis bauan yang merupakan formula terkini gabungan SERAI WANGI LEMON serta PANDAN LIME. 

[Review] 
40 DAYS best juga. Bila kita pakai untuk basuh pinggan mangkuk, tak perlu banyak-banyak isi. Sikit pon dah elok. Bila kita cuci tu, ianya boleh menghilangkan kesan minyak degil dengan berkesan sekali. Baunya pon wangi. Jimat sangat sebab tak perlu picit banyak-banyak pon boleh cuci pinggan mangkuk yang menimbun. Puas hati sangat tau! 

Sejak PLASH dan 40 DAYS mula diperkenalkan akhir tahun 2018 permintaan begitu memberansangkan daripada pelanggan setia AFY Haniff.  Sehubungan itu, AFY Haniff cuba mempertingkatkan pengeluaran agar dapat dibekalkan ke seluruh pasaran Malaysia.  Amirul Firdaus Yunus berharap agar lroduk keluaran syarikatnya lebih berkembang maju sehingga memasuki pasaran luar Malaysia. 

Majlis Perasmian ditandatangi oleh YB Norhizam Hassan Baktee

Rakan Media Blogger yang dijemput untuk turut serta dalam Majlis Penjenamaan Semula

Majlis penjenamaan semula SWiPEL serta pelancaran PLASH dan 40DAYS, ini telah dirasmikan oleh Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka, YB Norhizam Hassan Baktee bersama Pengarah Urusan AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd. (AFY Haniff) sendiri iaitu Encik Amirul Firdaus bin Yunus dan Ketua Pegawai Operasi AFY Haniff Group (M) Sdn.Bhd iaitu Encik Muhammad Wahiduzzaman bin Yunus. 

Dalam masa sama, satu rangkaian baru produk bersaiz kecil 'Door Gift' turut diperkenalkan oleh pihak AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd, merangkumi penyembur SWiPEL, Little Plash dan Little 40 Days.  Ia sesuai dijadikan sebagai cenderahati atau pemberian kepelbagaian dan pilihan kepada para pengguna dalam memilih cenderahati yang menarik dan unik untuk dihadiahkan kepada tetamu di majlis yang mereka adakan di masa akan datang. 

Encik Nasri Sabri, selaku Team Marketing bergambar bersama produk Door Gift Afy Haniff Group (M) Sdn Bhd

Door Gift Edition: Little Plash

Door Gift Edition: 40 Days

Sempena majlis pelancaran jenama AFY Haniff ini juga, turut diraikan pemenang-pemenang peraduan CABUTAN BERTUAH AKHIR TAHUN BUY & GO yang telah dijalankan oleh AFY Haniff Group (M) Sdn. Bhd dengan kerjasama penajaan oleh syarikat Ukhwah Harmoni Travel & Tour Sdn Bhd.  Hadiah utama merupakan pakej unrah untuk dua orang yang bernilai hampir RM12,000 telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Ukhwah Harmoni Travel & Tour Sdn Bhd, Ustaz Haji Mohd Farid Haji Eshak kepada pemenang Puan Rossana Zailani dari Kuala Lumpur, diikuti pemenang hadiah kedua motorsikal Honda Wave Alpha 110 iaitu Encik Lee Chien Hong dari Perak dan hadiah ketiga Air Fryer Khind yang dimenangi oleh Encik Ahmad Helmi dari Selangor.  Menurut Encik Amirul Firdaus, peraduan ini adalah sebagai menghargai sokongan pengguna-pengguna setia produk AFY Haniff selama 12 tahun bertapak di pasaran Malaysia.  Sambutan hangat daripada pelanggan amat menggalakkan sehingga menerima ribuan penyertaan. 

Barisan Para Pemenang

Pemenang Tempat Pertama: Puan Rosanna Zailani dari Kuala Lumpur
Pemenang Tempat Kedua: Lee Chien Hong dari Perak

Pemenang Tempat Ketiga: Encik Ahmad Helmi Abd Kadir dari Selangor

Penyampaian hadiah bagu cabutan akhir tahun buy & go telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Ukhwah Harmoni Travel & Tour Sdn Bhd sendiri Ustaz Haji Mohd Farid Haji Eshak. 

Jika korang berminat untuk dapatkan produk Afy Hanif, tak perlu runsing, produk Afy Hanif  terdapat di seluruh pasaraya yang ada di Malaysia ini seperti, Tesco, Mydin, Jusco dan Giant. Kalau nak beli online pon boleh sesaiyang semua. Pergilah shopping di Lazada dan Shoppe okay? Korang hanga perlu taip kata kunci "Afy Haniff" sahaja. Selamat membeli ! 

Penjemaan Baru AFY Haniff
Lahirkanlah Keikhlasan Di hatimu

Post a Comment

25 Comments

Sheila Adziz said…
WOW... MACAM BEST JE PRODUKNYA.. BGS NINI SUKA BRANDING DGN NAMA MUSLIM,,, BGS CUBA NI KAT UMH BYK SERANGGA...
Cik Nor said…
wow..bgus produk ni..:)
Rawlins GLAM said…
Tak tersangka, Rawlins sebenarnya dah ada SWiPEL tu - memang sangat efektif. Dah la berpatutan, halal dan juga functional. Tahniah buat AFY! Tahniah pada semua pemenang gak!
Cik Rose said…
banyak rangkaian produk keluaran Afy Haniff ni. bagus buat begini, dapat menarik lebih ramai mengenali produk-produknya kan.

p/s: Ros memang pernah guna produk 'Serai Wangi ' dulu. memang puas hati.
Faries said…
Kite memang suke rangkaian produk afy haniff ni. Kat rumah mak bnyk stok. Paling best tahan lama dan bau die wangi taw. hehehe
el said…
tak pernah lagi lah dengar produk keluaran afy haniff ni..tp mcm perasan juga jual kat hypermart tu adoii..nti bolehlah try..support keluaran tempatan
CXopportunities said…
Sangat bagus . Cx pon suka produk Afy Haniff ni. Wangi je rumah. Hehe
CXopportunities said…
Sangat bagus tau ciknor. Nanti try tau!
CXopportunities said…
Betul tu! Penjenamaan seri wangi kepada swipel adalah sangat bagus
CXopportunities said…
Ya serai wangi kini dikenali dengan nama swipel.
CXopportunities said…
Wah! Terbaiaklah! Diap ada stok!
CXopportunities said…
Sekarang dah tau kan? Boleh cuba tau nanti
sheayang said…
Bagus la dah rebranding sebab macam confused je dengan produk serai wangi yang lain. Tapi Afy Haniff ni dah top kot, so senang je nak kenal.
Mahamahu said…
Ohhh ni produk Serai Wangi patut kita lama tak nampak jenama tu telah rebrand semula untuk lebih bersaing dengan banyak produk kat pasaran bagus lah nama lebih international...
Fadzi Razak said…
Eh saya pun pakai jugak serai wangi ni. Sebab nak halau serangga dekat dapur. Nak nak ade budak budak dekat rumah. Kena pakai yang selamat untuk budak budak. Tak sangka dieorang tukar nama. Nama baru lebih moden
Zharif Azis said…
Wahhh tahniah buat para pemenang. Sy memang pakai produk Afy Haniff nie. Suka produk Splash yg sabun foam basuh tangan tu. Wangi sangt ! Rugi nya tak join dia punya contest hari tu. Tahu haritu sy join
CXopportunities said…
Sungguh. Skrg ni Swipel! Lebih eksklusif 😀
CXopportunities said…
Betul. Peluang antrabangsa
CXopportunities said…
Betul. Cx pon suka pakai. Selamat untuk anak² juga
CXopportunities said…
Best kan! Cx pon suka. Plash tu Ya Rabbi! Wangi!
kita memang penggun aproduk ni..mmg best..suka dengan bauan serai dia...lagi satu sebab kita mmg menyokong produk islam keluaran bumiputera...sama-sama bantu meningkatkan ekonomi mereka dalam bisnes :-)
penaberkala said…
Waaah. Afy Haniff dah ada produk baru. Dulu pernah guna yang produk pewangi untuk letak dalam kereta dan produk penghalau serangga tu. Memang terbaik produk AFY Haniff. Highly recommended
Mawardi yunus said…
Kita pun pengguna produk afy hanif ni. Memang highly recommended la produk2 dia.nak nak produk utk halau serangga tu