Friday, April 12, 2019

Program Save Our Rainforest Race 2019 Anjuran Peka Malaysia bersamaan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Program Save Our Rainforest Race 2019 Anjuran Peka Malaysia bersamaan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2019

Hai semua. Kelmarin cx berkesempatan menyertai JomRun sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka Tahun 2019 dan Save Our Rainforest Race (SORR2019) yang berlangsung di Taman Botanikal Ayer Keroh Melaka. Buat kali ketujuh, program Save Our Rainforest Race atau lebih terkenal dengan jenama SORR anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA MALAYSIA) telah berjaya diadakan.  Program ini telah mencapai sasaran menanam 1,000 batang anak pokok hutan dengan penyertaan 1,000 orang peserta dari sekitar negeri Melaka dan negeri-negeri lain termasuk dari pusat pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah menengah dan antarabangsa, agensi kerajaan, badan berkanun, ngo-ngo dan individu-individu.




Tema SORR tahun ini adalah "Save Oir Rainforest to Save Our Wildlife" (Selamatkan Hutan untuk Melindungi Hiduoan Liar) . PEKA memilih tema tersebut untuk meraikan kepelbagaian dan keunikan liar negara kita yang diberkati.  Bagaimana hendak selamatkan hidupan liar, jika kita memusnahkan habitatnya (hutan), kata Setiausaha Agung PEKA Malaysia merangkap Pengerusi SORR2019, Encik Abang Abdul Rahman Hamid.  Bersempena juga dalam mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2019, berslogankan kerakaan negeri Melaka "Pintar, Hijau, Bersih".


Para peserta telah dilepaskan tepat jam 9:30 pagi oleh Yang Berhormat. Laluan SORR kali ini melibatkan laluan sejauh 14.4km bermula dan tamat di Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh.  Sepanjang laluan perlumbaan, peserta diberikan beberapa tugasan di sembilan ''Check Point' termasuk aktiviti menanam pokok hutan.

Visi utama SORR 2019 pada kali ini adalah untuk memupuk dan mendidik masyarakat untuk menghargai khazanah alam di negara ini. Khazanah alam bukan sahaja hutan, sungai, flora dan fauna, tasik serta pelbagai lagi yang terdapat di daratan tetapi termasuk hidupan laut, pantai dan banyak lagi.






"Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah SORR pada kali ini adalah untuk memberi peluang kepada semua negeri di Malaysia disamping mempromosikan penghayatan kecintaan kepada khazanah alam kepada rakyat pelbagai peringkat umur, jantina dan kerjaya secara menyeluruh.  SORR yang pertama telah diadakan pada tahun 2013 diikuti di Hutan Simpan Sg.Besi, Kuala Lumpur (2014), Hutan Lipur Kuala Woh Tapah, Perak (2015), dan Hutan Simpan Sg. Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan (2016), Pulai Pinang (2017) dan Selangor pada tahun lepas.



PEKA Malaysia yang ditubuhkan sejak 2010 merupakan bukan sebuah badan kerajaan (NHO) yang memperjuangkan isu-isu alam semulajadi khususnya hutan hujan tropika di Malaysia dan sering diadakan program² penanaman semula pokok² hutan di kawasan yang telah dimusnahkan akibat kerja² pembalakan. Program² tersebut turut dijalankan dengan kerjasama agensi² kerajaan, badan berkanun, swasta, pusat pengajian tinggi dan kolej, sekolah antarabangsa dan individu² yang menghargai khazanah alam di negara ini



SORR 2019 ini turut mendapat kerjasama daripada prlbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Kerajaan Negeri Melaka, agensi² kerajan Negeri Melaka, mendapat sokongan dari sektor pendidikan seperti Cempaka School, Achmar, UiTM AABGS, UiTM Melaka, Uniten, Usim, Utem, Putra College. Manakala penaja utama SORR 2019, adalah Tenaga Nasional Berhad (TNB). Penaja sokongan pula adalah Tanah Aina Berhad, Ikhasas, Mycar, dan Corncorde Shah Alam sebagai penaja makanan sejak 2013.  Penghargaan juga buat NALSMY dan JOMRUN, bersama menjayakan SORR 2019.  Penaja² KEEK Collection, Malaysia Airlines, Nestle, 100Plus, Doraemon, Hotel Equotaril  Al-Najwa, Saha Associated, Hotel Metrasquare dan RekaReka 

22 comments:

AlongMurni said...

Baguslah program yg dianjurkan PEKA ini.. Di samping baik utk perkembangan jasmani, dapat mengenali alam dan memupuk sayangkan bumi kita.. AM Suka n sangat menyokong program seumpama ini

el said...

bestnya jomrun ni sambil run sambil melihat khazanah hutan. Dulu masa sekolah selalulah join mcm ni..a lotsa boleh kita learn bila masuk dlm hutan ni..lg2 kalau hutan tu penuh dengan khazanah alam yang tak biasa kita tengok..best sgt ni

Chris_Sella said...

Bestnya, saya pun suka join program macam ni. SORR ni bagus sebenarnya sebab dapat meningkatkan kedatangan orang luar ke Melaka, disamping dapat mempromosikan tempat menarik untuk melancong.

Rawlins GLAM said...

Bagus kan ada acara sebegini - beriadah sambil menanam minat dan pengetahuan berkenaan penjagaan alam sekitar dan kehidupan kita kan. Good job everyone

khai artzfar said...

wah uniknya larian dia medal pun cantik! kenapalah kl takde camni erh? jauh sangat nak join. kena adakan selalu untuk kesedaran masyarakat

Julia Mahir said...

Go green, save the forest! Hehe. Best nya buat aktiviti mcm ni. Kita lama dah x lari-lari ni. Last join fun run pun tapi berjalan je la pimpin tangan anak-anak. Haha

Tengkubutang said...

Bagusnya PEKA Malaysia buat prograam macam ni.. beri kesedaran untuk belia-belia kita agar berusaha memmelihara dan memulihara alam semulajadi khususnya hutan hujan tropika di Malaysia ..

xulhlmi said...

bagusnya program ni, dapat kembalikan kesejahteraan alam semula jadi kita. Bagus melaka buat event macam ni,

Cik Puan Ena said...

Memang terbaik program ni. banyak agensi dan NGO yang terlibat. awak pon bertuah dapat sertai program seperti ni. selain bermanfaat untuk menyelamatkan hidupan liar dan alam semulajadi, ia juga aktiviti yg sihat untuk manusia.

MaisarahSidi said...

Bagus ada program menarik sebegini. Membuka mata dan mata peserta dan juga orang ramai supaya lebih peka dengan perubahan hutan serta habitat binatang.

www.maisarahsidi.com

Nina Mirza said...

Bagusnya program SORR ni...!! Golongan belia yang turut serta dapat menghargai alam semulajadi. Cumanya baca pun dah rasa capekkkk nya RUN 14.4km. HAhaa... Tapi terbaik laaa ada banyak aktiviti sepanjang hari tersebut

Mimie said...

Bagus diadakan program macam ni .Beri oendedahan kepada masyarakat akan kepentingan memelihara dan memulihara hutan di negara kita .Seronok tengok yang lain buat aktiviti yang dianjurkan .

iffah208 said...

Tahniah kerana berjaya mengikuti event ni, bukan calang-calang orang boleh join kena sedia metal dan fzikal juga nih!

Zharif Azis said...

Wahhhh bagusnya ada kempen sebegini. Berlari sambil membersihkan hutan dan memulihara hutan. Kalau ada lagi nanti nak joinlah. Dah lama tak ikut lari2 nie. Semoga akan ada lebih banyak kempen seperti ini di masa akan datang.

Izaramli said...

Bestnya program macam ni. Kalau run dalam hutan ni sambil-sambil tu boleh hirup udara segar. Teringin nak join aktiviti macam ni.

Emi said...

Bagusnya cx join aktiviti2 macam ni. Emi dah lama tak join aktiviti macam ni. Tak sempat, asyik busy memanjang. Tapi seronok jugak kalau berkesempatab join.

Syiera Firdaus said...

Menariknya. Jarang ada program macam ni. Dekatkan diri dengan alam sekitar. Tak semua org nak buat macam tu. Sambil lari sambil nikmati alam.

AyuArjuna BiGoshh said...

Seronok dapat berlari dalam hutan. Terutama dengan persekitaran alam memang best. Terus hilang stress. Acara ni boleh dijadikan acara tahunan

Jia Shin Lee said...

What a great programe, I would love to join programs like that, hopefully there will be more in the future and I'll get a chance to experience it myself.

mrsliez said...

Bestnya join aktiviti dalam hutan macam ni.. bukan je utk beriadah tapi belajar menghargai kei dahan alam dan menjaga persekitaran hutan kita. Event pemulihan macam ni memang patut dibuat selalu

Sunshine Kelly said...

Wah this is such a fun race or run in the forest, hope that i can join the next round.

Rabiatul Adawiyah said...

Ruby pernah join event ni tahun 2014. Masa dulu takda medal macam ni. Bestnya dapat kumpul medal. Nanti next year nak join le. Hehehe.