Monday, May 6, 2019

Quad Serum Ardini Essentials Produk Gabungan Formula 4in1 Terbaik!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Quad Serum Ardini Essentials Produk Gabungan Formula 4in1 Terbaik! |  Salam 1 Ramadhan buat semua pembaca blog cx. Semoga dikurniakan kemudahan dalam menunaikan ibadah puasa pada tahun ini. Baik, kali ni cx nak kongsikan sedikit mengenai Quad Serum daripada Ardini Essentials. Ini pertama kali cx menggunakan Quad Serum Ardini Essentials. Masuk minggu ini, sudah hampir sebulan cx menggunakannya secara konsisten. Okay jom cx kongsikan apakah itu Quad Serum, kelebihannya dan kesannya sepanjang cx guna.


Quad Serum Ardini Essentials

Quad Serum Ardini Essentials ini adalah gabungan empat formula khas secara eksklusif dalam merangsang empat fungsi penting kulit yang akan membantu mencerahkan, memperbaharui sel kulit, melembabkan dan mengecilkan lian pori. Ianya membantu mempercepat pembaharuan semula sambil mencerahkan kulit dan menjadikannya lebih sihat, bercahaya serta licin.

Quad serum telah dibangunkan secara saintifik dan direka bentuk dengan teliti untuk meningkatkan kesihatan serta penampilan keunikan kulit pengguna.  Ardini Essential mementingkan rumusan dengan kombinasi terbaik bahan-bahan yang inovatif untuk memberikan satu serum yang selamat dan sangat berkesan .


New Formula: 4in1 Quad Serum


| Fungsi Quad Serum |

1. Mencerahkan Kulit
Quad Serum berfungsi mencerahkan kulit wajah. Ia membantu memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan menjadikan kulit nampak lebih cantik dan cerah.

2. Memperbaharui sel kulit
Quad Serum mampu merawat sel kulit wajah kita yang dah rosak atau mati. Apabila sel kulit dirawat, sekaligus kulit kita mendapat sel kulit yang baharu. Kulit akan nampak lebih sihat dan tiada lagi kusam

3. Melembapkan Kulit
Quad Serum memastikan kulit kita terhidrat iaitu sentiasa melembapkan kulit dan ianya melembutkan daripada dalam ke luar.  Pada masa yang sama, ianya menjadikan kulit kita lembut, licin dan melembapkan sehingga 72 jam.

4. Mengecilkan liang pori
Quad serum juga membantu mengecilkan liang pori terbuka di wajah dan dengan pembaharuan sel baru, akan menutup semula liang-liang pori muka terbuka yang ada. Pada masa yang sama, ianya mengimbangi pengeluaran sebum dan minyak dalam kulit kita supaya kulit kelihatan lebih halus dan licin.

Lulusan KKM

| Cara Guna Quad Serum |

1. Pastikan cuci muka sebersihnya dengan cleanser dalam urutan memutar selama 30 saat, kemudian cuci dan lap kering dengan kain yang bersih.

2. Kemudian picit 1 atau 2 pam Quad Serum Ardini Essentials dan ratakan ke seluruh muka dari arah bawah ke atas dan tap secara pelahan di seluruh bahagian muka.

3. Gunakan secara konsisten pagi dan malam sebelum tidur. Untuk siang pastikan guna sunblock.

Edisi 2019
Quad serum mempunyai special blend tersendiri dan formulator telah membuat pelbagai ujian untuk pastikan keberkesanannya. Paling istimewa, Quad Serum masih mengekalkan dua bahan utama iaitu habatus sauda dan zaitun. Selain itu lagi dua bahan lain adalah vitamin c dan whitegen.

Quad serum sudah mendapat kelulusan kkm dan juga lulus ujian logam berat, mikrob dimana ia selamat digunakan.

Tekstur Quad Serum

Tekstur Quad Serum seperti gel berasaskan air, jadi ia tidak melekit dan cepat meresap dalam kulit selain baunya lembut. Vit c yang digunakan berbentuk pearl dimana hanya bila nak guna kita picit dan blend sekali untuk pastikan manfaat vitamin c dapat terus kekal tanpa teroksida dan buatkan vitamin c hilang begitu saja.

Sepanjang cx guna, cx memang jatuh hatilah! Kulit cx sejenis kering, makanya bila apply Quad Serum Ardini Essentials ini, kulit wajah cx menjadi lembab sentiasa. Seronok sangat! Kalau tak, kulit wajah cx akan kering dan kadang kala mengakibatkan pengelupasan. Ini serius! Lepas tu, liang pori cx pon makin mengecil. Alhamdulillah dengan penggunaan yang konsisten, kulit wajah cx kembali normal dan tona lebih sekata. Bukan itu sahaja, kulit wajah pon lebih shining! Boleh usha SINI kalau nak tengok kulit wajah cx selepas menggunakan Quad Serum! 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, korang boleh dapatkan di link yang cx sediakan seperti di bawah okay. 


Selamat Mencuba!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

19 comments:

Farhana Jafri said...

suka kalau serum jenis gel ni, rasa sejuk je bila apply dekat muka. Packaging pun cantik!

Mira Cikcit said...

Menarik, ada 4 in 1. Berbaloi la beli, tak banyak produk perlu pakai.

Hanny Abdullh said...

Serum memang bagus di pakai, sis pun baru aje beli serum, tak tahu pulak ada brand serum ni, kalau tahu sis beli serum ardini ni je..tak apalah, next time boleh cuba

Mimie said...

Nampak menarik je quad essentials n . Fungsinya semua bagus yang paling suka mengecilkan liang pori t . Mana produk yang bagus memang saya nak try .

AyuArjuna BiGoshh said...

Nak try la produk
Ni. Kebetulan mmg ada problem liang2 roma kat muka ni luas sikit. At least dpt mengecil ok la kan

5 Little Angels said...

Quad serum looks suitable for my skin. The best part is I don't like those sticky lotion that always makes me feel uncomfortable.

Huda Halid said...

Cam best jer serum jenama ni, banyak betul manfaat untuk kulit. Wajib try ni, barulah cantik flawless raya nanti kan?

suara dari telapak kaki comel said...

any product yang water base camni ramai org cari, sesuai dengan cuaca asia yang panas lembab kan. bagusnya nanti sy nak explore juga. tahnks sharing

Nadia Johari said...

menarik produk ni..banyak kelebihan..nak raya ni mestilah nak cantik kan..hehee..makin cun la cx ye..hehee..serum meng elok untuk muka..sebab dia resap terus dlm kulit

Cik Puan Ena said...

Ena suka kalau 1 produk banyak formula terus contoh macam ni 4in1. Hehe. Jimat masa nak apply skincare. At least sibuk camne pon basic skincare kena ada. Ena paling takut liang pori kelihatan. Tak boleh nak selfie dekat2 nanti. Haha.. confident itu penting. Bagus produk ni sambil membantu mengecilkan pori muka.

budakbandunglaici said...

oh macam tu cara nak guna serum ni. banyak betul benefit lepas guna. tambah lagi nak dekat raya mesti nak kulit muka flawless gituh. boleh la BBL cuba sebotol hari ni

xulhlmi said...

wah ada serum barulah. banyak benefit dia. thanks for the info. raya nanti bolehlah kacak selepas apply serum ni.

Rollinggrace said...

tq for the info, teringin nk cuba ni. agaknya ok ke x kalau guna bersama produk lain?

AlongMurni said...

Bagus n memang d cari2 produk seperti ini.. Sbb AM ada masalah kulit kering n sensitif.. AM nk cuba n cari la d pasaran.. Harap dapat atasi masalah kulit kering nie..

JMR said...

4 in 1? Jadi tak perlu nak beli 3 jenis serum la kan.semua ada dlm 1 jenis ni kan

Nina Mirza said...

Bagus ni banyak kelebihannya. 4 in 1 tu buat kkita terjatuh cinta nak try gak... Kita memang tengah cari serum ni. Maklumlah usia dah patploh kena extra care

Mouse Mommy Treats said...

Serum baru kat pasaran? Ada kelulusan KKM dan tiada logam berat, yang penting selamat digunakan.

FM said...

terima kasih for the info for this product.. serum ni kalau ada kelulusan serta tidak memudaratkan boleh je pakai

Syamimi Saad said...

Serum ni penting kan. Sebolehnya jangan skip pemakaiannya. Ada kelebihannya yang tersendiri dalam merawat masalah dimuka..