Tawaran Hebat Kombo Dominos Pizza bersama Mobile Legends United We Win!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tawaran Hebat Kombo Dominos Pizza bersama Mobile Legends United We Win!

Pada 03 Mei 2019 bersamaan Jumaat, cx bersama rakan #BloggerMelaka menghadiri jemputan sempena kempen Domino's × Mobile Legends "United We Win" di Domino's Pizza cawangan Ayer Keroh Melaka.  Kami diperkenalkan dengan pelbagai jenis perisa pizza baru yang termasuk dalam bilangan 515 Domino's Pizza terpilih sempena kempen ini. 

United We Win : 515 Quest

Rakan Blogger Melaka

Kita sebagai rakyat Malaysia berpeluang menikmati sajian istimewa apabila Domino's Pizza berkolaborasi bersama Mobile Legends untuk melancarkan kempen "United We Win"!.  Apa yang menariknya kempen ini adalah, kita sebagai pelanggan boleh merebut peluang untuk bertarung bersama² rakyat Malaysia yang lain, bersama misi menyelamatkan dunia dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang! Menarik kan? 

Makluman semua, Permainan Mobile Legends: Bang Bang! ditubuhkan oleh Moonton dan ianya terpilih sebagai acara pingat di Sukan Asia Tenggara (SEA) 2019 yang dijadualkan berlangsung pada bulan November di Filipina. Malaysia juga tidak terkecuali tau, kita dipilih dan akan melancarkan kempen Global Mobile Legends "515 Unite Day" ; pemain menyelamatkan dunia. Fuh! Hebat bunyinya bukan? Kempen United We Win anjuran Domino's akan menyokong '515 Unite Day' dengan matlamat menarik penyertaan baharu disamping mod permainan terkini akan dilancarkan dan pemain akan berusaha mematahkan serangan kuasa gelap yang bakal menjelma. 

Royale Chicken Pizza

Royale Tuna Pizza

Royale Delight Pizza

Banana Kaya (6")


Untuk lebih banyak lagi penjimatan, pelanggan boleh membeli United We Win Combo, yang menawarkan 1 Regular Pizza,  1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM24.90, untuk penjimatan RM15.90 atau 2 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM21.85. United We Win Combo disediakan dengan penghantaran percuma, dengan jaminan penghantaran 30 minit. Tambahan lagi, pelanggan boleh menyertai peraduan ‘United We Win’ Domino’s dengan setiap pembelian Personal Pizza RM5, Regular Pizza RM15 atau United We Win Combo. Pelanggan berpeluang untuk memenangi patung kecil Miya Edisi Terhad, Set Parti Domino’s, Grafik Kagura Soryu Maiden (Epic), dan banyak lagi.


Royale Chicken Wings

Royale Cheesy Stix

Fabulous Four

Blueberry Cheesecake

Domino’s Malaysia dan Singapura berpegang  janji ; ‘It’s All About You’ menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan Pemasaran. Melalui janji itu, kerjasama dengan Mobile Legends membawakan pengalaman baharu dan menarik kepada pelanggan serta merapatkan silaturrahim menerusi piza dan gaming. Kempen ini juga menekankan sokongan berterusan Domino’s kepada industri e-sports yang kian berkembang dengan mengiktiraf potensi besar e-sports dalam kalangan rakyat Malaysia. Kita semua akan menikmati tawaran ‘515’ Domino's yang luar biasa! Ianya begitu mengujakan sebab cx peminat Domino's Pizza tau! 

Kempen Mobile Lebends: Bang Bang!  ini berlangsung dari (20 April - 8 Jun 2019). Sempena dengan ‘515 Unite Day’, kempen Domino’s x Mobile Legends ‘United We Win’ yang diadakan dari (29 April - 23 Jun 2019). Promosi ini membolehkan kita bawa balik ‘515’ Domino’s termasuk Personal Pizza daripada harga RM5, yang memberikan penjimatan RM7.90 dan Regular Pizza daripada harga RM15, untuk penjimatan RM14.90. Wow!


Jadi, apa tunggu lagi? Jomlah kita kongsikan momen menarik Mobile Legends bersama Domino’s di media sosial dan jangan lupa tag  @DominosMy, #DominosMy, #515Unite dan #MLBB. Jika nak tahu maklumat lanjut tentang kempen ‘515 Unite Day’ bersama Domino’s Pizza dan Mobile Legends, boleh klik pautan berikut okay:


Semoga Terus Maju
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

Post a Comment

20 Comments

Admin said…
Nampak menarik je pizza tu. Nak join gak tp saya ni tak suka main mobile legend.. Haha..
el said…
domino ni pizza favourite family kami..baru jer 2 hari lepas makan pizza domino..ni dah war2 kan pasal pizza kombo ni terus laju turun bawah ofis ni jer utuk mkn lunch
Qeela said…
waa bagus yea promosi mcm ni sbbnya mmg ramai kan peminat permainan game Mobile Legends bang Bang ni hehe. dulu husband pon peminat tegar jugak game ni tapi skrg dh bnyk ke yg lain. anyway menarik jugak combo tuu nnt nk tgklah 😁
Maya said…
Tak tahu pulak Domino's ada blueberry cheesecake. Sekali imbas ingatkan burnt cheesecake. Saya jadi tergoda pulak tengok dessert Domino's ni
sedapnya dominos pizza tu. BBL dah la lama tak makan pizza. craving betul tengok gambar pizza tengah panas tu. siap dengan cheese banyak pulak tu. ada jugak pergi order online kejap lagi. boleh makan sambil blogwalking kan
MiaZain said…
Bestnya domino buat promosi macam ni. Harga memang sangat jimat dah tu. Pizza Domino memang jadi pilihan kami sekeluarga. hihi
wah dominos..tak pernah failed dalam promosi..nampak menarik utk set kombo ni..saya memang peminat dominos..nanti nak tryla cuba set baru ni hehe
Menariknyelaaa dominos pon ada sediakan menu utk games mobile lagend. Lepas ni nak terjah dominos nak makan combo ni sebelum puasa ha ha ha
wow Domino's Pizza has team up with Mobile Legends "United We Win" for the exciting campaign this time. Nice job Domino's pizza. plan to eat it this coming dinner with the family
Mimie said…
Hei godaan apakah ini. Dahlah kita peminat setia dominos tau .Pizza dominos tak pernah tak sedap. Dah sejuk pun sedap di makan. Roti pizza pun lembu . Rasa memang umphh lah.
nikkhazami said…
belum rasa lagi blueberry cheese cake. ramai cakap sedap. pastu garlic bread dominos mmg padu. pizza diorang jangan ckp la. jauh lagi best dari pizza hut. ooops hehe
saidila said…
royale chicken tu sedap....minggu ni jer dah order dominos 2 kali..memang anatara pizza faveret sekeluarga ....mudah cepat dan sedap
Zharif Azis said…
allahu ! jadi mengidam nak makan dominos malam2 buta nie. mujur tak baca time tengah puasa tau. dah lama xbeli dominos. nanti nak singgahlah utk berbuka puasa. sekarang ramai yg collaborate dengan game2 nie. sy nie x mengikuti sangat game2 nie jadi x berapa nak tahu
Tenshi Chn said…
Both are my favourite but I've stopped the game for quite sometime and also pizza too! Now you mKe me crave for pizzza from domino's !!! Omg...
Domino's pizza is soft, yummy and chezzzyyyyy.... mouse mommy loves it too! Lava cheesecake also my favourite~!
Tengkubutang said…
Alamak.. yang ni yang tak boleh tahan ni.. memang suka PIzza.. dah jumpa entri ni lagilah buat TB menggigil tengok.. hahaha.. wah.. untungla sape-sape yang main pubg tu.. ada tawaran hebat untuk diorang
Rawlins GLAM said…
Wah. Even Domino's is also hooked with the online games. Nampak gaya Rawlins nak kena pergi gak nie - sedap2 kot pizza Domino nie. Perhaps berbuka kat Domino's la kot petang karang. Haha
Nina Mirza said…
Domino's Pizza favorite Nina sekeluarga! Sukakan teksturnya yang lembut, crispy kat luar dan servis pantas
Cik Puan Ena said…
Sedap sgt pizza.hehe.. royale cheesy stix n royale chicken wing tu memang marvellous rasanya. Nak repeat lagi lan tak puas makan. Semua sedaplah.. dah la memang favourite place ena.
Faries said…
Dominos mmg selalu ikut trend semasa. Lama dh x mam dominos. Boleh try nnti ni. hehehe