Monday, June 17, 2019

Melaka : 'Port' Durian Kahwin Gred Terbaik dan Harga Mampu Milik !

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Melaka : 'Port' Durian Kahwin Gred Terbaik dan Harga Mampu Milik ! : Siapa peminat Durian semestinya tidak akan lepaskan peluang untuk menikmati kelazatan dan keenakan Durian yang kini boleh didapatkan di Melaka berdekatan Mahkota Parade Melaka. Cx sebagai orang Melaka sudah pasti tidak ketinggalan untuk merasai keenakan Durian Kahwin ini! Ya! Bukan durian biasa-biasa okay, Durian Kahwin gred terbaik sahaja dibekalkan buat anda tau! Ini serius!

Antara  yang sempat cx makan

Deretan Durian Kahwin. Pilih sahaja nak yang mana. 

Tempat Durian Kahwin ni jika korang nak pergi, mudah sangat landmark yang boleh dikenal pasti. Ianya berdekatan dengan UpTown dan jalan ke depan sikit ada Wong Solo serta Texas Chicken, kemudian korang dah boleh nampak Stall Durian Kahwin ni. Mudah! Kalau lalu kawasan Dataran Pahlawan tu dan Mahkota Parade, korang senang sangat jumpa. Okaylah, banyak pula membebel. Meh cx belanja gambar . Cx boleh jamin korang terliur punya. Hahah! 



Jenis Durian Kahwin:

Musang King | XO | iOi | D2 | D13 | Hong Lo | Udang Merah | D24 | D18 | D96 | D98

Waktu Operasi:  10pagi - 11malam
Harga Durian: Ikut Musim


Bergambar bersama Mr.John Lau. Manager Stall Durian Kahwin berhampiran Mahkota Parade Melaka




Memang berbaloi sangat tau kalau pergi makan durian dekat sini. Bukan durian biasa-biasa. Gred baik punya disediakan. Tak rugi punya. Cx makan waktu tu durian Hong Lo, D13 dan dan iOi. Pergh! Padu! Takleh nak makan banyak². Bahaya hahahah!  Pelanggan yang datang pon puas hati tau! Full House! Kalau nak datang, boleh contact Mr.John Lau. Beliau Manager Durian Kahwin terbaik di Melaka ni. Contact sahaja beliau di nombor berikut : 018-778 6998 | Mr.John Lau

Cx sempat bergambar dengan durian Hong Lo. Cx suka durian Hong Lo ni. Sedap sangat! Isi dia tebal, biji kecil, rasa dia padu habis! Lemak² manis dan pahit. Pergh! Terbaik! 

Isi Durian Hong Lo. Padu beb!

Kalau korang nak tahu, durian kahwin ni semua hasil dari kebun mereka tau! Terbaik dari ladang gitu! Memang fresh! Stall mereka memang full house! Kalau tak nak ketinggalan untuk rasa kehebatan lazatnya durian kahwin ni, lelaju pergi terjah okay! Gerenti sedap dan puas hati! 

Antara pelanggan yang hadir
Full House Stall!

Dengar cerita tadi Mr.John ada cakap, mereka akan buka buffet bulan Julai 2019 nanti. Fuh! Jom serbu! Harga InShaaAllah berpatutan. Tak serbu rugi tau! Kbai!

Durian Kahwin Sedap
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu