Thursday, July 18, 2019

Dashing Deo + Perfume Body Spray: Haruman Maskulin baharu daripada DASHING!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Dashing Deo + Perfume Body Spray: Haruman Maskulin baharu daripada DASHING! | Memulakan langkah pertama selepas mandi bagi memulakan rutin harian adalah memastikan kesegaran dan keharuman yang kekal berpanjangan.  Siapa tidak suka bau yang wangi dan harum sepanjang hari kan? Cx pon suka berwangi-wangian yang berpadalah bagi seorang wanita. Tetapi bagi seorang lelaki, sudah pasti inginkan keharuman yang mampu meyakinkan hari mereka dalam menempuh kerja harian. Rakan-rakan pon turut senang dengan kehadiran kita dalam menyelesaikan kerja.


Jika sebelum ini, kita lebih menitik beratkan pemakaian deodorant sahaja dan jarang-jarang orang beli minyak wangi sebab harganya yang mahal. Mungkin ada juga koleksi deodorant set dan minyak wangi tetapi kebanyakkan lelaki lebih sukakan perkara mudah, senang dan lebih pantas. Deodorant sudah mencukupi asalkan tiada bau badan sepanjang hari waima bau deodorant tidak kekal lama seperti minyak wangi.  Nak tak gabungan deodorant dan minyak wangi dalam satu botol? Senang sangat. 2dalam1 terus!  Jimat pon ya! Jom cx kenalkan produk hebat daripada DASHING!

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki, DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad.  DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING , satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari. 


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY baru yang dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodorant dan minyak wangi dalam satu botol! Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilet, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan para lelaki berbau hebat sepanjang hari. Mempunyai agen anti bau dan anti-bakteria, ianya mampu memberikan perlindungan 24/7 terhadap bau badan.

DASHING DEO + PERFUME BIDY SPRAY dikeluarkan dengan empat (4) variasi yang mampu bertahan selama lima (5) bulan bagi 250ml satu botol. Bentuknya direka khas supaya ringkas dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Hattrick Deo Perfume Body Spray

HATTRICK
Jaringan kemenangan lelaki DASHING.  Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol.  Hattrick terhasil daripada percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.

Ultimate Kick Deo+Perfume Body Spray

ULTIMATE KICK
Inilah wangian sebenar sang juara.  Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden.  Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanila serta musky.

Speed Deo+Perfume Body Spray

SPEED
Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat.  Haruman klasik fougere dengan wangian kontemperori nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky

Hitman Deo+Perfume Body Spray

HITMAN
Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia kemana sahaja. Didahului dengan haruman kesegaran Citrus dan Ice Cucumber.  Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan lavendar beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif. 

DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY ini hadir dalam botol semburan bersaiz 120ml pada RM12.20.  Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platfom belian atas talian.  Maklumat lanjut seperti di bawah.



Wangian Maskulin Hebat
Lahirkanlah Keikhlasan Dihatimu

19 comments:

Farhana Jafri said...

bagusnya dah ada produk deo perfume macamni. Boleh jimat duit & space bila 2 produk combine jadi 1. Lepas mandi bau segar je sampai ke petang

Muhammad Naim Abdullah said...

Naim memang pegguna produk ini. Lepas ini kena cari jenama ini pula. nak try n error hehe

Mat Drat said...

Wow... Dashing ada keluarkan haruman baru la. Boleh la Mat Drat try product baru ni. Sepanjang hari bau harun mcm ni

Nadratul Syazwana said...

Seronok eh dapat 4 haruman terus. Mesti segar-segar kan bau dia. Perfume lelaki ni banyak yang bau sedap-sedap berbanding perempuan punya hahah. Bau fresh je.

Sunshine Kelly said...

That's good now they come out with 2in1 its even more convenient for men.

nurul aqidah azahar said...

kaum lelaki mesti grab ni. memang wangi..klu zaman sek dlu dari jauh dah boleh bau kalau budak lelaki yg pakai

Izaramli said...

owh rupanya ni deodorant yang boleh dijadikan body spray. ingat dia hanya semata-mata body mist je. senang gini. tak yah dah nk beli perfume lagi sebab dah sekali dengan doedorant. nanti nak suggest kat husband la.

Mira Cikcit said...

Macam-macam dah produk Dashing sekarang, bolehlah beli bagi suami cuba. Dia memilih sangat pakai deodorant ni, ada certain bau je dia prefer.

Faries said...

Wah dashing dh ad bodyspray bru. Mcm best sebab skali dgn perfume kan. Rasa mcm nk try la. hehehe. Thanks for share yer

AyuArjuna BiGoshh said...

Produk ni memang wangi. Kasi kat suami suka di. And tahan sangat lama. Kiranya dah tak perlu pakai perfume lagi. Mmg best!

Lia Hasty said...

Skrg ni produk lelaki variasi dah kalah produk wanita. Banyak juga pilihan Yang ada kat sini.

Mawardi Yunus said...

kita pun salah seorang pengguna produk dashing. bagus betol dashing ni sentiasa mempelbagaikan produk mereka. xdelah peminat dia asyik guna bnda yang sama je kan.

saidila said...

nak belikan asbenlah set camni sebab nampak best ..kita pun boleh tumpang sekaki guna

Rawlins GLAM said...

Bagus ada produk sebegini - takde le nak bawa banyak2 barang bila nak travel. Pakai satu selesai perfum & deodoran kan. Wangian dia best tak? Kalau best, Rawlins macam nak dapatkan gak la.

Wawa Ashihara said...

Dashing ada yg baru ni kompem husband wawa nak beli nnti.. Sebab dia peminat produk dashing dr dulu lagi.. Hahhaa.. Ni siap 2 in 1 lagi deo + perfume... Mesti best

penaberkala said...

Suka produk baru dashing ni. Sebab 2 in 1,ada Deodorant dan perfume. Wangi pun wangi. Memang skang tengah pakai yang ni. Best

airah syahirah said...

Cantik nya packaging dia. Nak belikan untuk husband la nanti mostly review cakap semua wangi.

Sharon Lee said...

Deodorant spray is part of our life! Suitable to use for hectic lifestyle, and dash is a good brand choice!

Mouse Mommy Treats said...

Mouse mommy also likes this deodorant cum perfume, just nice for men! The smells also just nice, not too over.