Melaka: Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir Memang Padu!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Pagi semua! Semalam cx berkesempatan untuk makan di gerai Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir, Melaka yang tengah viral sekarang ni. Cx pon taknak kalah, nak juga pergi rasa. Apa yang viral nau² tu kan? Tak cuba, kita tak tahu. Almaklum, kalau tak kenal, maka tak cintalah gamaknya. Wah gitu! Siapa yang dah pergi? Angkat tangan sikit! Waktu cx datang tu, gerai penuh juga.

Puan Liya, pemilik gerai Nasi Lemak Hijau Ujing Pasir

Gerai Penuh dengan Kehadiran Pelanggan

Okay sebelum tu, meh cx cerita serba sedikit asal usul gerai Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir yang makin gah viralnya di Malaysia. Pemilik kedai tersebut adalah sepasang suami isteri yang mempunyai empat orang cahaya mata.  Kehidupan mereka sebelum dikenali dan viral amatlah perit. Diduga pelbagai ujian dan dugaan. Mereka pernah hidup susah sehingga nak makan pon tak mampu. Tahun paling perit bagi pasangan suami isteri ini adalah pada tahun 2013.  Namun, selepas lahirnya cahaya mata mereka yang keempat, sedikit demi sedikit Allah mula buka pintu kesenangan bagi mereka. Sehinggalah mereka mendapat ilham untuk berniaga Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir ini. Alhamdulillah.

Apa yang istimewanya di sini adalah Nasi Lemak itu sendiri den sambal resepi rahsia turun temurun daripada arwah nenek Puan Liya.  Memang sedap sungguh sambalnya. Cukup perasa, manis, pedas, masin memang lengkap!. Ditambah lagi istimewa Nasi Lemak Hijau UP ini apabila digandingkan dengan pelbagai pilihan ayam, sotong, udang, dan ikan.  Ada lima menu paling 'kick' di sini, setiap hari memang menu ini akan menjadi pilihan paling tinggi. Jom cx kongsikan di bawah!

Nasi Lemak Hijau Crispy Cheese [RM12.00]
Paling sedap dan padu bagi cx. Marvelous habis! Ini pon menu yang kick dekat Nasi Lemak Hijau UP tau! Cx bagi rate 5/5! Memang padu habis!

Nasi Lemak Hijau Udang Crispy Buttermilk [RM15.00++]
Menu kedua tersedap! Udang crispy dan lembut. Tak terlalu lembik dan tak terlalu keras cara masakan dia. Nice² sahaja. Criapy di luar, lembut di dalam. Buttermilk dia pon sedap. Rate 4.5/5

Nasi Lemak Hijau Sotong Diraja [RM15.00++]
Ini pon tak kurang hebatnya. Sotong kemain besar lagi. Rangup krup krap krup krap tapi dalamnya lembut. Sedap! Rate 4.5/5

Nasi Lemak Hijau Keli Crispy [RM6.50++]
Fuh! Dah lama tak pekena ikan keli. Dapat pula semalam keli besar gini, isi kemain padat lagi. Lembut ya ampun! Serius! Ikan fresh! Sambal dekat atas ikan tu sedap! Pedas cili api. Fuh! Hebat pergi dia! Cx ratah sampai ke tulang! Hahah! Rate: 5/5

Nasi Lemak Hijau Popcorn Chicken [RM10.00]
Ini pon tak nak kalah. Sedap juga  lembut je isi ayamnya. Rangup di luar of course! Rate: 4/5

Terliur tak? Haaa, itu baru cx up gambar makanan yang hot dan dan  dekat Nasi Lemak Hijau UP ni tau! Memang sedap dan padu! Serius! Paling sedap pada cx adalah Nasi Lemak Hijau Crispy Chicken. Terbaik! Okay dah, jom cx belanja air dan makanan sampingan lain yang ada di sana.

Air paling Kick!
Sebelah kiri: Ice Blend Cookies and Cream [RM8.50]
Sebelah Kanan: Chocolicious Float [RM4.00]
Cx paling suka yang choco Float hihi. Itu tekak cx lah sebab cx memang hantu air coklat. Hihi

Air Hijau : Big Cup Green Tea [RM5.00]
Air Oren : Orange Fruit Juice [RM3.70]
Air Merah : Tembikai Fruit Juice [RM3.70]

Ikan Bakar [RM6.50++]
Ini serius sedap! Sambal dia diperah limau nipis dimakan pula ikan fresh. Memang lembut dan cukup rasa. Ini pon cx ratah! Haha! Rate: 5/5

Choco Jar Nasi Lemak Hijau UP [RM6.00]
Ini pon sedap. Rangup krup krap krup krap. Padu pula dengan coklat. Fuh! Terbaik! Rate: 4.5/5

Di gerai Nasi Lemak Hijau UP ini juga ada menyediakan otak-otak dan menu² lain.  Cuma di sini, cx kongsikan menu paling kick dan mendapat sambutan hebat! Itulah punca viralnya Nasi Lemak Hijau UP ni. Memang padu! Korang rasa sendirilah okay! Gerenti puas hati.

Makluman;

Okay. Satu lagi, InShaAllah Nasi Lemak Hijau UP akan buka cawangan baru di Klebang. Nantikan tau! Kalau tiada aral, InShaaAllah hujung bulan Ogos 2019. Nanti terjah ramai² okay!


Sedap Padu Habis!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

Post a Comment

22 Comments

Thanks for sharing, semoga makin sukses..
Atul Hamid said…
Kalau pergi Melaka, selain Mango Float kena mesti kena try nasi lemak hijau ni. Nampak gambar pun dah menyelerakan, kalau dah viral mestilah sedap punya. So, Rugi tak cuba ni.
Fadzi Razak said…
Ikan bakar tu, pergh. Boleh bayang kesedapan dia. Dah lah dah lama tak makan ikan bakar kedai
Marina Bashah said…
Wahhh. Boleh masuk dalam list ni kalau ke Melaka. Thank you share info tempat makan.:)
Best kalau pergi melaka. Harga pun berpatutan. Jika ada kesempatan, Naim akan pergi kedai ini. Terima kasih bagitau
Mahamahu said…
Wow besarnya Sotong Udang dan juga Ayam goreng tu memang puaslah makan kat sini pulak tu kena dengan sambal hijau tu terbaik lah ehhehehe kat Melaka yer ok nanti kita turun sana kena terjah ni tau...
Pamela Yeoh said…
wow sedap makanan tu. Sudahlah pin dalam list tempat makan kat melaka
Nadia Johari said…
ya ampun, malam-malam namapk makanan ni..haahaa..sedpnya..lain dari yang alin nasi lemak ni..ikan bakar lagi..aummmm..Why jauh sangat..tunggula pergi melaka nanti
Siti Awadah said…
menggoda betul menu-menu kat atas tu.. sedap sedap lahai CX oiii.... nasi lemak hijau lauk sotong goreng tepung tu paling win kat hati sis.... terliur haaa
Nina Mirza said…
Nina memang suka holiday kat Melaka. Kita save bookmark! Nanti nak pi terjah. Paling terliur nengok Nasi Lemak Hijau Udang Crispy Buttermilk tu... Nampak sungguh crispy dia dan sos buttermilk tuuu cair lemak kita nengoknya. Hahaa
Rawlins GLAM said…
Wow! Nampak memang padu dan meriah ye. Kalau ada rezki ke Melaka, insyaAllah Rawlins akan datang mencari Nasi Lemak Hijau nie. Padu Padu.
marsha said…
Ok masuk list tempat makan bila ke Melaka nanti. Thanks cx sharing. Sebab xtau nak g makan mana dah kalau g melaka
atiehilmi.com said…
Allahu— Melaka memang dah jadi syurga makanan kan.. akak suka !! hahahahah~ nanti akak pegi Melaka, akak singgah sini..
sheayang said…
Bookmark dulu.
Dah lama tak jalan-jalan cari makan kat Melaka.
Nama je duduk Melaka. Hahahaha.
Omg! Nasi lemak ni diraja ni, penuh dengan lauk yang menggodakan, siap dengan Cheese lagi. Gemuklah sy nnt.
zarul farhana said…
Wahhhh dia punua menu best2 semua.. Ni kena masuk wishlist....
Cx, dekat gambar first tu ada typo heheh. Nampak menarik, macam nasi lemak pandan kan. So far Nad belum pernah rasa lagi. Nasi lemak pink starwberry pernah la makan kat Cameron ekeke.
Tengkubutang said…
Nasi lemak Hijau? uniknya.. TB tak pernah rasa lagi.. nampak menarik pulak kaler hijau nasi nya.. mesti sedap ni kan.. kalau lalu area ni boleh lah try..
aliah syafiqah said…
nasi lemak nampak sedap! terliurnyaaaa
Unknown said…
wow...airnya menyelerakan...air dia sedap ke...?
Anonymous said…
air dia nmpk mcm sedap je...?
Anonymous said…
air dia nmpk mcm sedap je...?