Friday, August 2, 2019

Melaka: Ramen Asam Pedas Tanjak Sonsang Bukit Baru. Terangkat Beb!

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Melaka: Ramen Asam PedasI Tanjak Sonsang Bukit Baru. Terangkat Beb! | Kalau datang Melaka dan tak pekena Asam Pedas, memang rugi! Sungguh! Almaklum, Melaka Bandaraya Bersejarah ini paling padu dengan Asam Pedasnya. Tak gitu?  Kalau boleh, setiap hari kena ada Masak Asam Pedas dekat rumah. Barulah Melaka piau orang kata. Orang luar pon sanggup turun Melaka gara-gara penangan Asam Pedas tau!

Asam Pedas Ramen Paling Rare di Melaka!

Cx berkesempatan untuk pergi dan rasa sendiri apakah yang menarik dan sedap sangat Asam Pedas Ramen Tanjak Sonsang Bukit Baru Melaka ini. Biasalah, lidah orang Melaka, waima setiap hari masak Asam Pedas, tetap juga nak rasa Asam Pedas dekat kedai. Lagi² Asam Pedas Ramen Rare macam ini.  Makluman, kedai Tanjak Sonsang ini juga dibuka untuk sarapan tau tapi bukan menu Asam Pedaslah. Makanan untuk sarapan seperti nasi lemak, lontong, soto, mee kari, goreng², roti canai dan kuih muih. Semua sedap! Cx pelanggan setia bersarap dekat situ tau! Terbaik! Meh cx kongsikan dekat korang apa menu yang menarik sangat dekat Asam Pedas Ramen Tanjak Sonsang Bukit Baru ini.


 Ramen Asam Pedas Telur Campur
Pelbagai jenis telur dicampurkan sekali.  Antaranya adalah telur belangkas dan telur ikan mayong.
Rasa dia memang sedap.
Rate: 5/5

Ramen Asam Pedas Udang Harimau Jumbo
Udang saiz besar ofcourse! Makan sekuali kecil ni memang kenyang dan puas hati. Udang besar, isi padu dan lembut.
Rate: 5/5
Asam Pedas Tetel
Masakan paling disukai orang Melaka. Tetel dia lembut dan besar² potongannya.  Kuah tidak menjadi berlemak waima dah sejuk.  Cx peminat daging, jadinya memang perfecto!
Rate: 5/5
Ramen Asam Pedas Ketam Nipah
Ini memang terbaik! Ketam Nipah isi padu! Lembut nau²! Khas diimport dari Sabah tau! Serius puas hati bila dapat makan. Fuh! Marvelous!
Rate: 5/5
Asam Pedas Telur Ikan Mayong
Menu paling dicari. Kebanyakkannya orang Muar. Mereka turun Melaka semata² untuk Asam Pedas Telur Ikan Mayong. Sedap! Telur Ikan Mayong ini diimport dari Sumatera. Memang besar² saiz dia. Bila makan, boleh rasa sendiri keenakkannya. Pop² Meletop! Bukan calang² tau!
Rate: 5/5
Ramen Asam Pedas Sotong King
Cx suka! Sotong digoreng terlebih dahulu. Ianya jadi crispy tau. Saiz besar dibaginya kita. Memang lemgkaplah! Rangup, crispy2 dan isinnya lembut.
Rate: 5/5
Hidangan Lain : Nasi Lemak Ayam Berempah
Menu ini cx tak sempat rasa. Haha! Tapi kalau chef orang yang sama dengan sarapan pagi, cx boleh gerenti ianya sedap! Cx suka makan sarapan nasi lemak mereka. Hehe. 

Keistimewaan dan Latar Belakang;

1. Asam Pedas Tanjak Sonsang adalah gabungan dariapada tiga jenis ramuan iaitu; Masak Lada, Gerang Asam dan Asam Pedas biasa. Rasa dia memang terbaik! Pekat kuahnya dan cukup rasa semua masam pedas garam segala. Terangkat beb!

2. Nama kedai asalnya tercetus idea adalah daripada Lirik Lagu Bangkit, Ultimate; 
Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang

3. Kedai telah beroperasi lebih kurang setahun lebih di Bukit Baru ini.

4. Jika tidak mahu makan Asam Pedas dengan Ramen, boleh request tukar dengan nasi putih. Tapi harga sama ikut menu asal.

5. Kawasan dan ruang makan kedai luas, bersih dan tenang. Mudah parking dan strategik. Tandas pon bersih.

6. Ramen yang digunakan adalah berkualiti.  Bila makan, ianya lembut dan tidak muak. 

Antara Menu Paling Hot

Memang Padu dan Rare sungguh Asam Pedas Ramen Tanjak Sonsang Bukit Baru Melaka ini. Cx orang Melaka sendiri akui kesedapannya! Cx pula sejenis suka makan lauk pauk yang berkuah pekat. Memang kena betul dengan tekak. Terbaik! Tahap kepedasan masih boleh diterima lidah orang Malaysia. InShaaAllah. Okay, kalau nak pergi dan cuba, korang boleh rujuk maklumat di bawah . Cx lampirkan sekali maps bagi memudahkan. Okbai!

Tanjak Sonsang Bukit Baru Duyong Melaka

Nama Kedai:
Tanjak Sonsang Asam Pedas

Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu (17:30pm - 23:30pm)
Ahad (Tutup)

Tempahan: 
01121087145 / 0172079063

Tempahan Atas Talian:

🐼 FOODPANDA

Lokasi Maps:

Facebook Page:

Instagram:

Asam Pedas Ramen Rare!
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu

21 comments:

Suria Amanda said...

Kejam betul entry ni...tgok time ni terus teringin..ni macam mana nak buat ni...sampai terbayang2 ni

athirahassin said...

Ya allah... dah la pagi tari terfikir apa nak masak dinner kang. Nampak tak awal gila kena fikir pastu terfikir asam pedas pastu nampak pula post ni. Aduhaiiiii..

messarah said...

selalu sangat datang melaka tapi clueless nak makan mana lepas baca blogpost ni dah tahu dah nak singgah mana nanti hehehe

Muhammad Naim Abdullah said...

Review pun dah terbaik , di tambah pula boleh order dalam Apps pula. mesti best kedai ini. Terima kasih share lokasi kedai ini. Terbaik

Marina Bashah said...

Aishh..buat terliur je pagi2 ni. Banyak makanan yg rare marina tak pernah try. Kalau ke melaka boleh cari kedai ni. Harga ok tak?

budakbandunglaici said...

betul-betul lain dari biasa menu kedai ni. siap campur ramen ni. BBL terluar tengok ramen ketam tu, besar pulak portion dalam mangkuk. menyelerakan mulut

Dunia Zumal said...

Teruja tengok menunya 😋

MaisarahSidi said...

Asam pedas memang sedap. Belum pernah cuba yang dimakan dengan ramen ni. Nampak menyelerakan! Asam pedas ketam tu menarik hati betul adehhh. Kalau ke sana boleh cuba nanti.

www.maisarahsidi.com

Syafiera Yamin said...

ketam nipah tu wow gila mesti isi dalaman dia gebu gebu kan.. tiba tiba jadi lapar ni bila tengok asam pedas tu... huuuu harap sangat food panda available di kawsan hulu langat batu14.. banyak permintaan dah sekaranggg...

Zharif Azis said...

Ya Allah nampak sedap betul ramen yang udang besar tu. terliur rasanya. alaa nape tak tulis harga sekali. nak tahu harga dia

Ahmadi said...

perghhhh boleh habiskan tak? Nampak masakan tu boleh terangkat badan...kena detox lepas habis makan semua tu :) BTW nice sharing dan hope ada kesempatan nak ke sana...

Ena said...

Unik nya bekas untuk food presentation dia. Dulu dulu selalu pelik awat orang makan dalam kuali kecik haha walhal tu baru style kan😝. Adudu baca entry nk dah rindu nak g Melaka💖

Rawlins GLAM said...

Bahaya sungguh kalau Rawlins datang sini - semuanya 5/5 dan paling teringin nak makan adalah asam pedas tetel tu.

Nampak gaya kena pergi la nie.

Lia Hasty said...

Lama betul tak makan Asam Pedas Melaka ni. Kalau pergi Melaka boleh lah singgah kedai Tanjak Sonsang ni. Pilihan menu dia adoi sedapnya lagi telur, udang & ketam tu.

Siti Awadah said...

lama x makan menu masakan melaka ni.. sedap sedap nampak semuanya tu.. sib baik jauh kalau dekat sis pun terjah sama dah ni... nice sharing

mrsliez said...

favourite kalau asam pedas tetel dan asam pedas telur ikan.. sebab susah nak dapat 2 jeni nie. selalu ikan atau daging je. mmg klau g melaka asam pedas yang dicari-cari..

SuperMamy Syu said...

Duk google "asam pedas melaka". Seklai keluar ramen asam pedas ni daa..adududu. Tetiba rasa nak makan ramen. Tapi xde stok ramen pulak kat rumah ni.
Hantam megi je la haha lebih kurang jugak tu ngan ramen

Rollinggrace said...

Omaigoodddddddddddd ramen, asam pedas and ketam are like 3 of my favorite things. Ciptaan restoran ini mmg power dan tepat skali

AyuArjuna BiGoshh said...

Portion dia nampak besar betul. Suka selera masakan melayu macam ni. Memang best. Boleh rekomen kat kengkawan datang makan kat sini

Mahamahu said...

Kita baca nama restoran tu dah pelik hehehe tapi bila kita baca tahu ia adalah lirik lagu Altimet baru tahu ok lah hehehe kita memang suka Asam Pedas kena cuba ni ok...

precious cla said...

terangkat eh ! hahaa...tulisanmu sudah cukup membuat saya percaya makanan itu sedap-sedap belaka. haha ^^ ada waktu nak try jugalah