Pokok Gharqad @ Pokok Yahudi

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

apa khabar semua? semoga sihat sentiasa. hari ni cx nak cerita tentang pokok gharqad. korunk tahu tak pokok apa ni? pernah dengar hadis Nabi s.a.w tentang kedatangan hari kiamat? sebelum hari kiamat berlaku, akan ada perang antara orang Islam dengan Yahudi yang diketuai oleh Dajjal. 

ketika peperangan, Allah yang Maha Kuasa telah menjadikan semua tumbuhan dan pokok-pokok bercakap.  semua pokok akan membantu orang Islam dengan memberitahu kewujudan orang Yahudi yang bersembunyi dikawasan berdekatan atau belakang mereka (pokok).  CUMA.. ada satu pokok yang tidak akan bersuara dan membantu orang Yahudi dengan memberi perlindungan kepada mereka. 


Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud 

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)"

korunk tahu tak? sekarang ni, orang Yahudi giat menanam pokok Gharqad ni secara berleluasa? katanya menanam pokok ni untuk kempen bumi hijau? haaa.. gerun bila cx dapat tahu perkara ni. nak tahu lebih lanjut? korunk boleh baca dekat SINI. if korunk tak baca, korunk rugi. seriously rugi. 

Allah Maha Mengetahui
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Post a Comment

2 Comments

mieza said…
thankz atas perkongsian cerita ni.
Unknown said…
en suami ada cerita pasal pokok nie.Dan pernah baca dlm 1 buku agama.tajuk lupa.thanks for sharing.menambahkan lagi ilmu :) .