Waktu Tepat Minum Air

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

hye peeps! dalam kehidupan kita, badan kita memerlukan sumber air yang banyak bagi membantu pemprosesan yang baik dan memberikan kita kesihatan yang berkekalan. InsyaAllah. jadi, untuk hari ini, cx nak share waktu yang paling tepat kita minum air.  apabila kita minum air pada waktu yang tepat, actually ianya memberi kesan yang sangat baik tehadap tubuh badan kita. bilakah? :)


1. Minum dua gelas air selepas bangun tidur
mesti korunk yang tak biasa tu akan cakap yuks! .. tapi kebaikannya? haaa.. ini juga sebenarnya amalan Nabi s.a.w kita. cx amalkan minum selepas bangun tidur, alhamdulillah.  sebenarnya, bila kita minum ketika ini, ianya membantu mengaktifkan organ-organ didalam badan kita :) kira macam kita mandi pagilah. hee

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan.
ini merupakan petua bagi mereka yang nak kurus. betul, tak tipu. cx pon pernah guna cara ni, sebenarnya ramai tak tahu bila kita rasa lapar selepas makan, actually badan kita tidak memerlukan makanan untuk kekenyangan seterusnya tetapi memerlukan air. hehehe. so minumlah air sebelum makan. nanti korunk akan makan sedikit jerk.  tapi dari segi saintifiknya, ia membantu penghadaman didalam perut. sama jugalah dengan memakan buah sebelum makan nasi :)

3. Minum segelas air sebelum mandi
secara saintifiknya ia membantu merendahkan tekanan darah.  maka itu, minumlah air ya sebelum mandi. baik untuk kesihatan.

4. Minum segelas air sebelum tidur
haa. ini sangat bagus untuk dibuat amalan, ianya mengelakkan daripada terkena stroke dan serangan jantung.

jadi kawan-kawan, amalkan sesuatu yang sihat untuk mendapat badan yang sihat dan kehidupan yang sihat. heee. berapa banyak sihat daaaa~ #kbai

amalan yang baik datang dari diri kita
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

Post a Comment

1 Comments

mocha caramel said…
yg selalu diamalkan selepas makan dengan sebelum tidur je...hehehehe tapi lepas ni cuba amalkan yg dua lg tu pulak.tq cx :)