Wednesday, July 8, 2015

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Holla everyone! Pagi ini nak cerita yang cx masih dapat kad raya! Yeah! Hehe. Tak sangka sebenarnya. Sebab request dekat orang lain awalnya tapi dapat daripada orang lain kemudiannya. Muehehe. 

Semalam alkisahnya apabila mak mertua ketuk pintu bilik dan selitkan surat di bawah pintu (gara-gara tidur tak ingat dunia! Miahaha!). Dapat sahaja terus cx buka dan taraaa~


Perkara pertama yang cx tengok adalah tulisan di alamat. Cantik! Seriously cantik! Cx memang jenis addict sikit dekat tulisan yang cantik-cantik ini. Iyalah, tulisan sendiri pon bila orang tengok ... 'ehh! Ini tulisan kau ke?' Nampak tak betapa tak senonohnya tulisan? Muahaha! Orang yang study dengan cx tahulah tulisan cx macam mana. Hehe  Tapi memang cx suka dekat tulisan yang cantik. 

Haaa dah kelaut entry ini. Okay. Korang tengok pon korang tahu dah kad ini daripada siapa. Terpampang kot! Huhu. Terima kasih banyak cx ucapkan kepada sis @azhafizah.com sebab sudi bagi kad raya! 

Seronok bila dapat kad raya. Fenomena yang semakin pupus. Ehh! Betulkah penggunaan fenomena? Ke salah? Maaflah ya. Hahaha! Macam pelik pula. Okaylah.. ada yang nak bagi cx kad raya lagi tak? Haaha tak malu. #kbai

Terima kasih!
Lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Tuesday, July 7, 2015

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Click banner
Ucapan hari raya :

Selamat Hari Raya buat semua umat Islam di dunia. Harapan cx semoga semua gembira hendaknya. Baliklah kampung walau sesukar mana pun kita hadapi kerana rezeki ajal maut semua di tangan Tuhan. In Syaa Allah. Yakinlah dengan Allah :) 

Maaf Zahir Batin
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hai selamat pagi semua! Haa gitu paginya sebelum mata kembali layu di tasik madu. Eh! Pejam celik dah masuk penghujung Ramadhan. Allahuakhabar! Semoga Allah izinkan kita untuk tergolong dalam golongan yang bertemu malam LailatulQadar. InSyaaAllah amin. 

Okay nak bercerita tentang kuih raya. Tahun ini sangat rajin buat kuih. Tidak cx tahu kenapa. Huhu. Tapi bagus juga .. apabila sudah berumahtangga ini, serba serbi perlu. :) Alhamdulillah dah siap dua jenis kuih. Tinggal lagi dua jenis kuih. Kuih apa? Nanti baca entry seterusnya ya. Itupun jika rajin. Miahahah!

Gambar ehsan daripada kamera handphone emak. Hehe
Haa itu dia kuih sarang semut cx! Huhu. Sebenarnya buat sebab nak makan.  Lama sangat rasa mak tak buat since cx sekolah dahulu kala. Makanya cx pon kembalikan nostalgia kuih sarang semut ini di rumah. Taraaaa~ tahun ini sarang semut kembali! Yeah! Syukur kuih menjadi. Alhamdulillah dapat bagi mertua sebalang. Jadilah nak. :)

Cx's says:
Entry tiada motif langsung untuk up resepi. Hehe nak cerita tahun ini rajin buat kuih sahaja pon. Muehehe

Syukur Alhamdulillah
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

Monday, July 6, 2015

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click image
Happy Iftar
lahirkanlah keikhlasan dihatimu

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

click HERE
Tarikh Tutup pada 7/7/2015 jam 12:00 tengah hari. 

Selamat Hari Raya
Lahirkanlah Keikhlasan dihatimu